Khamis, 8 Jun 2023
PANDANGAN JUJUR
Dominasi UMNO sudah berakhir, kena akur realiti politik semasa – perwakilan Wanita
KUALA LUMPUR – ‘Ukur baju di badan sendiri’, kata perwakilan Wanita UMNO dalam sesi perbahasan sayap itu, hari ini.
Menurut Mazlina Mohamed, UMNO perlu menerima hakikat bahawa dominasi parti tunjang orang Melayu itu kini sudah berakhir.
Malah tambah Mazlina, UMNO perlu akur akan realiti semasa yang dihadapi parti tersebut selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
“UMNO kini dalam keterbatasan memenuhi tuntutan rakyat dan ahli parti. Sebagai ahli dan orang parti, fasa dominasi UMNO sudah berakhir dan kita perlu belajar menerima realiti politik hari ini.
“Wanita UMNO menginsafi akan keberadaan kita semua dengan hanya tinggal 26 kerusi membataskan laras kuasa UMNO, sebagai parti yang tidak lagi dominan maka kita akur akan keperluan menghormati perjanjian dengan Kerajaan Perpaduan.
“Namun kita tetap teguh sebagai penjaga dan pemelihara kepada kepentingan Melayu Islam sebagai teras pembinaan negara ini,” katanya pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.
Justeru itu, beliau mengajak semua ahli parti bermuhasabah menerima realiti dengan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan yang hanya memiliki 26 kerusi Parlimen.
Katanya, meskipun keberadaan UMNO pada situasi yang mempunyai had namun ia tidak akan membataskan peranan parti keramat itu dalam menjaga kepentingan Islam dan Melayu.
“Saya teringat akan kata kata Jack Ma seorang yang yang berpengaruh di dunia if you want to be succesfull , learn from other people mistake, don’t learn from succesfull stories. when this mistake come, you know how to deal with it.
“Maknanya apa? Maknanya apa yang boleh kita simpulkan kita tidak perlu menuding jari mencari siapa yang melakukan kesilapan tetapi kita perlu belajar dari kesilapan.
“Mengambil iktibar dari sikap tidak serius memenangi hati pengundi muda 18, maka bagaimana caranya supaya kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama di Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri akan datang,” ujar Ketua Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota itu. –
INI PANDANGAN
JUJUR
AMIN
WANITA INI
WAJIB JADI
PEMIMPIN
AMIN
KHALAS
BIARKAN NAJIB DALAM PENJARA
Tidak perlu bangkit soal kerjasama dengan DAP, kata Zahid
ISU kerjasama dengan DAP tidak seharusnya dibangkitkan lagi memandangkan kedua-dua parti sudah bersetuju membentuk kerajaan perpaduan, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, parti itu kini sedang menjalankan proses penerangan kepada akar umbi mereka berhubung kerjasama tersebut.
“Perkara itu tak perlu timbul lagi kerana mereka dah menyatakan perkara ini beberapa kali.
“Malah di dalam perundingan untuk bentuk kerajaan ini perkara itu antara syarat utama mereka setuju seratus peratus tak perlu ulangi perkara yang telah dipersetujui,” kata Zahid.
Beliau mengulas ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh yang menggesa DAP memohon maaf kepada Umno agar orang Melayu lebih berlembut hati dengan parti itu.
Langkah itu agar orang Melayu dapat menerima DAP terutamanya menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata Akmal dalam ucapannya terdahulu.
Mengulas lanjut, Zahid berkata Umno tidak perlu terjejas dengan sentimen pihak yang tidak senang dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Kita mempunyai prinsip kerjasama ini antara BN dan PH. Maka asas inilah terbentuknya kerajaan yang ada sekarang.
“Jangan terbuai-buai dengan pihak yang tidak senang dengan kewujudan dan kestabilan kerajaan sekarang,” kata Zahid yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu.
Beliau juga yakin hubungan antara BN dan PH, gabungan yang merangkumi PKR, Amanah dan DAP, itu mula membentuk keserasian bersama.
Tambahnya, Umno mempunyai kaedah tersendiri untuk meyakinkan ahli di peringkat akar umbi parti.
“Hakikatnya kebersamaan BN dan PH terbentuk dengan keserasian semakin bertambah, mungkin di akar umbi ada kaedah tertentu lakukan penjelasan.
“Dalam sesi townhall oleh ketua penerangan perkara ini jelas, perkara ini tidak timbul lagi dan dalam taklimat presiden saya sudah sebutkan. Berlaku pencerahan yang sangat cerah dalam hal ini.”
Akmal dalam ucapannya terdahulu turut memberi ingatan DAP untuk membuktikan parti itu tidak mempunyai agenda perkauman dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.
Beliau menegaskan, Umno kekal dengan prinsip perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu dan agama Islam, walaupun bekerjasama dengan DAP. – 8 Jun 2023.
GEROMBOLAN DAP
DAP perlu lembutkan hati orang Melayu, kata Pemuda Umno
PEMUDA Umno menggesa DAP memohon maaf atas segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada parti Melayu itu sewaktu kedua-dua parti itu bermusuhan sebelum ini.
Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, DAP perlu berbuat demikian bagi melembutkan hati orang Melayu agar memilih mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Akmal berkata, DAP juga perlu membuktikan parti itu tidak mempunyai agenda perkauman dalam pentadbiran kerajaan perpaduan.
Katanya, DAP perlu membuktikan parti itu tidak akan bersikap anti-Melayu, anti-Islam, rasis, dan berkiblat komunis sewaktu menyertai kerajaan perpaduan.
Tambahnya, DAP perlu memohon maaf seperti yang dilakukan parti itu terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Kena jujur kenapa dengan GPS boleh buat, kenapa bukan dengan kita?
“Saya mohon pemimpin DAP kalau nak menempuh PRN mahu hati orang Umno lembut, maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahan kepada Umno mesti dilakukan segera dan inilah cara kita.
“Tiada selindung lagi, kita kena jujur…inilah luahan hati akar umbi, kita tak nak cakap benda baik sahaja kena cakap realiti di bawah supaya dapat selesaikan perkara pokok,” kata Akmal.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung sayap tersebut di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pagi tadi.
Akmal yang Adun Merlimau turut menegaskan, meskipun DAP dan Umno perlu menghormati batas tertentu walaupun kedua-duanya kini menjadi antara 19 komponen parti kerajaan perpaduan.
“Kita bersama kerajaan untuk kongsi ruang pentadbiran tapi bukan ruang pemahaman. Kita rentas politik kepartian tapi sempadankan prinsip perjuangan.
“Kalau ada orang yang berani melintas prinsip perjuangan ini pemuda Umno pertama akan cantas orang itu,” katanya.
Beliau juga berikrar akan mengekalkan identiti Pemuda Umno dan tidak akan menjadi pengikut DAP.
“Kita jelas Umno tak akan sesekali jadi DAP. Kita tak pernah minta DAP jadi Umno dan nak tegaskan pemuda Umno akan pastikan Umno ini tidak sesekali menjadi pengikut DAP.
“Itu wajib itulah suara pemuda Malaysia. Ini sumpah dan ikrar pemuda,” tambahnya dalam ucapan di perhimpunan pertama pergerakan itu sejak pilihan raya umum 2018. – 8 Jun 2023.
KERJASAMA
MELAYU CHINA
DAH LAMA ADA
TAKDA MASALAH
AMIN
YANG BAWA
MASALAH
YANG BAWA PECAH
PARTI POLITIK
KERANA NAK
CARI UNDI
AMIN
KHALAS
SAIFOL ADA JUMPA NAJIB
SAIFOL ADA JUMPA
NAJIB JUGA
AMIN
Unknown commented on
"HAL LIWAT TANYA SAIFUL"
Dna tak dikenali dalam ju6or Saiful tu sapa? Sebelum bawa ke balai ada satu pegawai bawa dulu Saiful ke hotel untuk interview. Kah kah kah
Unknown commented on
"ADA TALIBAN GEMBIRA"
betul tanya saipol macam mana betuk belalai lebai.. kah kah kah
PANJANG TIGO INCHI
PANJANG
TIGO INCHI
AMIN
panglimo potaseh commented on
"ASAL USUL
NAMA DAN JATIDIRI"
Ngapa tak guna Malayland .. pelik ya .. pado den tak do apo yang polik .. takdo 7X. Lu tingok orang Melayu ari ni somuo nak jadi Arab walau pun pipit panjang tigo inchi jo .. Lu tingok Rajo2 Molayu hampir somuo carik Minah Salih .. UK, Sweden, Russia .. Siam pon ado .. Kenya belom laey.
PAKSA ORANG LAIN JADI TALIBAN
YANG JADI
MASALAH PAKSA
ORANG LAIN
JADI TALIBAN
AMIN
Unknown commented on
"TALIBAN RACUN
MURID SEKOLAH"
Orang KEDAH orang kelantan orang Terengganu suka Taliban, biarkan.mereka hidup cara Taliban, tak apa asal jangan kacau orang tak suka Taliban kah kah kah senang saja kan kah kah kah
MELAYU ISLAM MENCURI OKAY !!!
PENCURI PERASUAH
SEMUA OKAY
JIKA MELAYU ISLAM
KHALAS
Unknown commented on
"NAJIB DAN JAM TANGAN"
Atas curi billion tak apa tak apa asal orang kita sama bangsa sama agama semua settle, cuma orang lain tak boleh, kah kah kah subsidi kena bagi golongan yang terus nak miskin tunggu bantuan, tak apa, yang berusaha kerja siang malam berniaga siang malam hutang bank hutang ah long untuk terus berusaha kena bayar cukai, yang lepak kedai kopi siang malam tak mahu kerja kotor susah, kita terus bantu bantuan bagi makan bagi rumah bagi kerja kah kah kah mana nak maju?
Mana nak bersaing? Kebelakang ke gostan gear selalu corak perintah negara, tak kira siapa? Kah kah lihat semua negara keliling maju belaka kita ke.belakang, nak tunggu Mahathir jugak nampak gaya kah kah kah bagi peluang semua nak jual jual lagi kah kah kah
MB KEDAH BERJAYA !!!
MB KEDAH
BERJAYA !!!
AMIN
Unknown commented on
"NIK AZIZ DAN LIM KIT SIANG"
Plot bawa skrip, drama diatur untuk tarik undi Melayu kepada PERIKATAN nasional berjaya, MB KEDAH berjaya, Mahathir plot Hadi supaya agama bangsa terus ditayangkan, lanchau diguna DAP terpedaya sangkut kah kah kah kan politikus Malaysia pandai pecah belah, senang amat senang, kah kah kah plot China Merah plot Melayu ditipu Cina dikuasai Cina akan berjaya, tahniah TT kah kah kah
ASAL USUL NAMA DAN JATIDIRI
ASAL USUL
NAMA DAN JATIDIRI
Saya bukan ilmuwan atau pakar sejarah. Tapi saya meminati sejarah – perkara lampau - yang menarik perhatian saya. Dari zaman sekolah di Jelebu hingga ke hari ini saya masih lagi berminat untuk membaca, mendengar dan menuntun babak-babak segala macam sejarah.
Saya ingin tahu kenapa itu jadi itu tidak jadi ini. Kenapa disana tidak sama macam disini. Semua ini untuk saya amat menarik. Saya tidak dapat membayangkan hidup saya tanpa meminati sejarah dan persejarahan.
Pada hemat saya jika kita tidak mengenal sejarah – kita tidak tahu siapa kita. Dari mana kita datang. Kenapa kita jadi macam ini dan tidak macam itu. Jika kita tak tahu dari mana kita datang maka pastilah susah untuk kita tahu ke mana hendak dituju.
Saya tahu saya dari suku Biduanda – suku Orang Asli di Negeri Sembilan. Saya tahu asal usul datuk nenek moyang saya yang satu ketika dahulu adalah Sakai.
Saya mengenal dan tahu asal usul Jelebu daerah saya dibesarkan. Ini menurut cerita orang-orang tua yang diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Ini sejarah mulut.
Surah daerah ini bermula dalam masyarakat Jakun. Kisah mengenai seorang Tok Batin Asli yang telah membuka sebuah ladang. Dalam ladang ini ada tanaman labu yang cukup subur.
Akar labunya menjalar jauh. Kerana kesuburan labu-labu Tok Batin itu, maka ramai orang datang ke ladang labu Tok Batin tersebut. Mereka menamakan tempat itu sebagai ‘Jalar Labu' sehingga lama-kelamaan bertukar menjadi Jelebu.
Sejarah mulut cerita rakyat asal usul Jelebu ini untuk saya masuk akal dan meyakinkan.
Kemudian tahun 80’an bila Perang Dingin makin reda Presiden Ronald Reagan membebaskan Internet dari monopoli tentera Amerika. Internet berkembang meluas merebak ke seluruh dunia untuk kegunaan awam.
Pada 14 Februari 2005 muncul YouTube dalam Internet. Ini mengubah dunia sama seperti The Beatles mengubah muzik. Media cetak merosot. Media resmi stesen TV merosot sama. Di negara yang berkuku besi terhadap media seperti Malaysia Internet membawa udara pencerahan segar.
Tiga tahun kemudian pada 1 Januari 2008 saya menerbitkan buku Keganasan, Penipuan dan Internet : Hegemoni Daulah Pecah. Antara isi buku ini ialah saya merayakan Internet yang membawa kepelbagaian sudut pandangan.
RTM , TV3 , Utusan atau Berita Harian telah hilang monopoli. Internet menjadi media pilihan rakyat. Rakyat bergembira.
Ramalan tulisan saya itu ada yang benar dan ada yang salah. Malah banyak perkara baru yang muncul di luar pemerhatian saya.
Saya begitu gembira merayakan pemandulan RTM dan Utusan dan media milik United Malays National Organisation hingga saya gagal untuk sedar bahawa banyak sampah saraf jenis baru juga terhambur keluar dari Internet.
Paling terbaik sebagai contoh saya bawa pembaca kembali ke sejarah Jelebu.
Baru-baru ini saya telah menuntun satu klip YouTube berkenaan asal usul Jelebu. Klip panjang 3 minit 19 saat ini telah di muat turun ke YouTube 3 tahun dahulu. Video ini bertajuk : Asal Usul Jelebu.
Seorang Ustad dari Indonesia telah berceramah tentang asal usul Jelebu. Ustad ini meminta Raja, Sultan dan Rakyat Malaysia menghayati apa yang terhambur dari mulutnya.
Awalnya saya hendak ketawa kerana kawan-kawan saya selalu memanggil Ustad YouTube ini sebagai Retard atau terencat akal.
Memang betul Retard ini... oops .. Ustad ini telah membuat saya ketawa. Mengapa tidak kerana menurut Retard ini... opps... maaf menurut Ustad ini Jelebu telah di teroka oleh seorang Tok Arab bernama Al-Syumaisi pada tahun 628 Masihi.
Untuk mengAji No Motokan labunnya Ustad ini telah menerangkan bahawa Al- Syumaisi ini adalah sahabat Nabi Muhamad. Malah si Syumaisi ini memainkan peranan penting dalam perjanjian Hudaibiyah.
Aji No Moto lagi di tambah dengan cakap-cakap Arab dan ayat-ayat Arab. Maka umum diberitahu bahawa Jelebu ini berasal dari kalimah Arab Jalbu kemudian menjadi Jelebu.
Maka saya Hishamuddin Rais Sakai dari Jelebu menjawab semua ini dengan ayat Sakai : minkum bil karutun tak maluun - ini bahasa Arab yang saya Aji No Moto kan.
Apa yang saya tulis Ini bukan fitnah dan bukan auta. Klip ini masih ada dalam YouTube untuk dijadikan rujukan.
Ceramah-ceramah karut seperti ini yang bertopeng agama bertimbun-timbun dalam YouTube. Pelbagai rupa Ustad mengeluar labun dongeng Tok Arab mereka. Biasanya akan juga di tayangkan nombor bank akaun mungkin untuk meminta dana.
Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah sejarah dan persejarahan. Ini berkait rapat dengan jati diri. Saya mengambil klip asal usul Jelebu kerana Jelebu adalah daerah datuk nenek moyang saya.
Faktanya ialah Jelebu tidak ada sangkut paut dengan mana-mana nama Tok Arab – sahabat Nabi atau pun musuh Nabi.
Ada apa pada nama ?
Ayat ini berasal dari bangsawan Romeo dan Juliet karya Shakespeare: 'Apa ada pada nama? Yang kita panggil mawar dengan nama lain akan berbau harum.’
Untuk saya nama ini bukan sahaja harum atau busuk. Ada perkara yang lebih penting di belakang nama-nama ini.
Justeru ada pencerahan yang mahu saya sampaikan disini ialah tentang nama. Bagaimana nama ini berkait dengan sejarah. Nama termasuk nama individu dan nama tempat. Nama ini adalah kad pengenalan identiti diri.
Harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama.
Jati diri harimau lahir dari belangnya.
Jati diri kita muncul dari nama.
Mari kita lihat perkembangan terakhir tentang nama. Awal tahun 2023 - tidak lama dulu Turkey menukar nama negara dari Turkey ke Turkiye Cumhuriyeti. Nama baru diwujudkan untuk memperkukuh jati diri sebuah republik.
Nama baru ini mengetepikan nama asal yang memiliki sejarah turun temurun. Kuasa kolonial sengaja mengubah suai mengikut suara hati dan pengucapan mereka.
Justeru Inggeris memanggil Canton walhal nama asal ialah Kwangchow. Memanggil Hong Kong walhal nama asal ialah Xiangggang. Menamakan tanah jajahan sebagai yang ditemui oleh Cecil Rhodes (1853-1902) sebagai Rhodesia walhal nama asal ialah Zimbabwe.
Penjajah dengan kuasa dolar dan kuasa senjata memastikan nama-nama ini terus diguna pakai. Buku-buku ilmu alam karangan Jabatan Pelajaran yang didirikan oleh penjajah telah memastikan nama-nama yang direka oleh penjajah ini terus diguna pakai di seluruh dunia.
Apabila negara-negara yang di jajah ini merdeka maka nama asal kembali digunakan. Bombay menjadi Mumbai. Rhodesia menjadi Zimbabwe. Batavia menjadi Jakarta
Penjenamaan semula juga memberikan permulaan yang bersih selepas kemerdekaan. Sikap nyah penjajah di Afrika membawa banyak perubahan nama negara.
Bechuanaland menjadi Botswana, Nyasaland dinamakan semula sebagai Malawi, Gold Coast ditukar kepada Ghana dan negara yang secara rasmi dikenali sebagai Upper Volta muncul sebagai Burkina Faso.
Nama-nama negara ini memberi definisi jati diri dan siapa pemilik asal bumi tersebut.
Justeru masyarakat dunia mengenal Ireland. Land bermakna tanah. Maka Ireland adalah tanah Irish. Finland bererti tanah milik orang Fin. Scotland bermakna tanah milik orang Scott. England bermakna tanah milik orang English.
Kita lihat tetangga kita menamakan negara mereka dari Siam ke Thailand. Tai ini adalah warga asal negara yang kita panggil Siam. Tai juga membawa makna bebas maka nama Thailand ini membawa maknya bumi Tai yang bebas.
Semua negara-negara ini bangga dengan nama dan jati diri mereka. Nama-nama pemberian kuasa kolonial dibenamkan. Nama asal usul di munculkan.
Dari sini saya menimbulkan soalan. Ada apa dengan nama Malaysia?
Ramai tidak tahu atau ramai telah lupa nama asal Semenanjung Malaysia ialah Tanah Melayu – Malayland. Ini sama taraf dengan Thailand, Finland atau Ireland – maknanya tanah dan bumi itu berasal usul dan milik Bani Melayu.
Apa telah terjadi ? Kenapa jadi Malaysia. Kenapa kita tidak terus menamakan diri kita Tanah Melayu ? Tidak terus menjadi Malayland kalau di Inggeriskan. Walhal Tanah Melayu ini adalah asal usul persejarahan tanah air kita.
Saya masih ingat lagi zaman tanah air kita ini pernah di panggil Persekutuan Tanah Melayu. Saya ingat lagi menerima surat yang menggunakan alamat PTM – Persekutuan Tanah Melayu.
Apa terjadi ? Kenapa Bani Melayu bersedia meninggalkan nama asal usul bumi milik mereka ? Walhal negara -negara lain satelah penjajah berundur mereka dengan bangga menggunakan nama jati diri mereka.
Kita di Tanah Melayu membuat perkara songsang.
Pada hemat saya ini adalah salah satu jenayah besar yang telah diakukan oleh United Malays National Organisation. Parti ini adalah parti tajaan penjajah Inggeris telaah menukar nama Tanah Melayu ini.
Ada apa pada nama? Apakah menukar nama satu jenayah ? Tunggu pencerahan minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THEMALAYSIAINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/446592
DAN
DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/06/08/asal-usul-nama-dan-jati-diri
SAPA BERI LESEN TEBANG HUTAN ?
Pewartaan semula hutan simpan hanya 'gula-gula pilihan raya', kata aktivis
PARTI politik yang memperjuangkan isu alam sekitar melabelkan pengumuman kerajaan Selangor mengenai pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) minggu lalu sebagai “gula-gula pilihan raya”, menjelang pilihan raya negeri akan datang.
Pengasas Parti Hijau Malaysia Abdul Razak Ismail berkata, Menteri Besar Amirudin Shari sepatutnya mengumumkan pewartaan semula tahun lalu apabila beliau mengumumkan pembatalan pewartaan itu pada September 2021.
Pada September 2021, Amirudin berkata pembatalan itu termasuk membatalkan hak milik tanah yang sebelum ini dipindahkan kepada syarikat swasta untuk projek pembangunan bercampur.
Keputusan itu dibuat selepas perintah penghentian baru-baru ini dikeluarkan kerajaan negeri berhubung rancangan menyahwartakan HSKLU seluas 536.7 hektar yang mendapat bantahan awam daripada pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa Adun Selangor.
“Ia sepatutnya diwartakan semula tahun lalu. MB lewat setahun setengah membuat pengumuman.
“Beliau berjanji untuk mengumumkannya tahun lalu dan sekarang dengan pilihan raya negeri yang akan datang, ini hanyalah ‘gula-gula pilihan raya’,” kata bekas ahli PKR itu.
Sabtu lalu, Amirudin berkata pewartaan semula hutan simpan yang dinyahwartakan pada 2021, dimuktamadkan semasa mesyuarat kerajaan negeri dua minggu lalu.
Jelasnya, perkara itu sudah diselesaikan dan pentadbiran hutan simpan akan dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
“Jumlah kawasan hutan masih sama seperti dahulu. Pentadbiran akan dibuat oleh jabatan,” katanya.
Penyahwartaan HSKLU diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian pada Sidang Dewan Undangan Negeri pada 30 Ogos 2021, diluluskan di bawah Seksyen 12, Enakmen Akta Perhutanan Selangor (Penggunaan) 1985.
HSKLU - terdiri daripada hutan yang dilaporkan berusia 8,000 tahun - diwartakan sebagai hutan simpan kekal seluas 7,246.96 hektar pada 1927.
Hari ini, hanya 957.6 hektar kawasan hijau yang tinggal dengan 931.17 hektar daripadanya terancam oleh cadangan penyahwartaan kerajaan negeri.
Bagi Sahabat Alam Malaysia, penantian selama lebih dua tahun membuatkan kumpulan itu mendambakan jawapan yang pasti.
Jurucakapnya, Theiva Lingam berkata kumpulan itu akan menunggu untuk melihat pewartaan sebenar dengan harapan proses itu akan diperketatkan bagi memastikan hak masyarakat Orang Asli tempatan dilindungi.
“Selama lebih dua tahun sejak penyahwartaan, kerajaan Selangor berulang kali mengatakan kawasan itu akan diwartakan semula.
“Dengan pengumuman ini, kami akan menunggu untuk melihat pewartaan sebenar dan berharap proses ini dipercepatkan bagi memastikan kawasan itu kembali menjadi hutan simpan kekal di samping memastikan hak masyarakat Orang Asli tempatan dilindungi,” kata Theiva.
Sementara itu, Randolph Jeremiah dari Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM) memuji keputusan itu.
Ahli jawatankuasa eksekutif EPSM itu berkata, walaupun pembangunan penting bagi negeri itu, ia tidak boleh menyebabkan kehilangan habitat semula jadi yang tidak boleh ditukar ganti yang bernilai dari sudut pemuliharaan, penggunaan dan warisan.
“Kami ingin memuji keputusan kerajaan negeri Selangor yang memberi pertimbangan sewajarnya terhadap maklum balas yang diberikan oleh semua pihak bagi pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
“Perlindungan semua habitat semula jadi yang ada di negeri ini juga kritikal dan mesti dijadikan keutamaan untuk bergerak ke hadapan,” katanya. – 8 Jun, 2023.