Jumaat, 7 Julai 2023
RAMALAN TUKAR TIUB BETUL !!!
Rosmah dapat tangguh kes rayuan solar hibrid
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan yang sepatutnya mendengar kes rayuan rasuah projek solar hibrid Rosmah Mansor minggu depan telah menangguhkannya pada saat-saat akhir hari ini.
Rosmah telah memohon untuk menangguhkan kes itu yang sepatutnya bermula minggu depan selama empat iaitu 11 hingga 14 Julai ini.
Tiga panel hakim yang bersidang hari ini dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu.
Kata Hakim Azizah, permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding ini merupakan kali pertama sementara menunggu satu rayuan lain didengar di Mahkamah Persekutuan.
Permohonan Rosmah membolehkan rayuannya berkaitan pelantikan mendiang Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes berkenaan diputuskan Mahkamah Persekutuan terlebih dulu sebelum Mahkamah Rayuan mendengar kes rasuah itu.
Rosmah ketika ini sedang merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda yang diputuskan terhadap beliau yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Pada 1 September 2022, Rosmah dihukum penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah tersebut.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosmah selepas mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan.
Sekiranya Rosmah gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama 30 tahun.
Rosman didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah dalam petisyen rayuannya telah mengemukakan 127 alasan antaranya mendakwa Hakim Mohamed Zaini merumuskan pembelaannya adalah penafian kosong semata-mata sebagai tidak munasabah. –
RAMALAN
TUKAR TIUB
TEPAT BETUL
AMIN
INI KERENAH
ROSMAH NAK
LAMBATKAN
MASUK JIL
AMIN
NANTI AKAN
ADA RAYUAN
MENOLAK PEN
DAKWAT ITAM
YANG DI PAKAI
OLEH HAKIM ZAINI
AMIN
KALAU GAGAL
AKAN BUAT
RAYUAN TUNTUT
HAKIM PAKAI
DAKWAT MERAH
MASA TULIS NOTA
KAH KAH KAH
KHALAS
KERAJAAN TAKDA PELAN EKONOMI
Kerajaan tiada pelan konkrit isu keterjaminan makanan, kata pakar
Kerajaan dilihat masih tiada mempunyai pelan konkrit berhubung isu keterjaminan makanan, meskipun kepimpinan negara sudah membincangkan perkara itu lebih 10 tahun lepas, kata pakar.
Penganalisis Ekonomi, Politik dan Hubungan Antarabangsa Herizal Hazri berkata, ini menyebabkan kerisauan berhubung pergerakan mata wang negara kerana Malaysia masih mengimport lebih separuh bahan makanan dari negara luar.
"Ini masalah besar. Saya telah buat banyak kajian dan membentangkan kepada kerajaan-kerajaan sebelum ini betapa bahaya jika kita mengawal kebergantungan makanan kita di peringkat antarabangsa.
"Banyak kajian telah menunjukkan tidak ada ekonomi yang berasal dari pertanian berjaya mencapai berpendapatan tinggi tanpa memodenkan pertanian mereka," katanya dalam bicara Dialog Tiga Penjuru oleh Astro Awani malam tadi, yang membincangkan masalah kejatuhan nilai wang ringgit.
Beliau yang merupakan bekas ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) berkata, situasi itu seterusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan di pasaran.
Nilai ringgit menjadi perbualan ramai apabila ia semakin menyusut sejak beberapa bulan lepas, akibat daripada kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan di Amerika Syarikat.
Susulan itu, Bank Negara (BNM) turut sebelum ini menaikkan kadar polisi semalaman (OPR) bagi mengekang inflasi dan mengawal kejatuhan ringgit.
Bekalan asas menjadi isu selepas pandemik Covid-19 apabila rantaian bekalan terganggu akibat peperangan antara Ukraine dan Rusia, yang mana kedua-dua negara itu merupakan antara pengeluar gandum terbesar dunia.
Harga ayam dan telur antara yang naik di Malaysia kerana bekalan dedak dan ubat ternakan unggas meningkat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan masalah bekalan makanan sejak pembentukan kerajaan perpaduan.
Antara keputusan yang dicapai ialah membuka pasaran Malaysia kepada import telur dari India.
Nilai import makanan Malaysia naik kepada RM75 bilion bagi tahun lepas dan dijangka mencecah RM100 bilion pada tahun 2025.
Sementara Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia, Noor Azlan Ghazali berkata, kebergantungan terhadap import makanan bukanlah satu isu yang baru dibincangkan.
"Kalau kita lihat dokumen pembangunan, semuanya menyebut perkara sama. Namun perhatian kita terhadap masalah-masalah ini hanya muncul sekali-sekala," katanya.
Menurut Azlan, perihal ekonomi tidak boleh dikaitkan dengan kepimpinan yang sedia ada semata-mata, susulan permasalahannya sudah wujud sejak sekian lama.
Herizal menambah, perbincangan mengenai mata wang tering kali dikaitkan dengan kelemahan satu-satu kerajaan dan tidak kepada masalah struktur.
"Kita tidak pernah menangani masalah-masalah yang memungkinkan ekonomi terkesan jika mata wang kita jatuh."
Dalam pada itu, bekas ahli parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, dasar pertanian tidak diubah suai untuk memberi hala tuju yang lebih baik kepada pemain industri.
"Projek kerajaan hanya kekal sebagai projek di sesetengah tempat dan tiada impak ekonomi jangka masa panjang yang lestari."
KITA BOLEH
TANAM MAKANAN
KENAPA TAK
TANAM ?
AMIN
KENAPA PERLU
IMPORT ?
AMIN
MULA KEMBALI
KEMPEN BUMI HIJAU
AMIN
TANAM SAYUR
TANAM BUAH
MANA ADA TANAH
KOSONG GUNAKAN
AMIN
JIKA TIDAK KITA
AKAN PARAH
AMIN
KHALAS
EL NINO SAMPI KE MALAYSIA
MetMalaysia jangka El Nino meningkat hujung 2023 hingga awal 2024
FENOMENA El Nino dijangka meningkat pada penghujung tahun ini hingga awal tahun depan dengan kebarangkalian melebihi 90%, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada 4 Julai lepas, serta memberitahu fenomena tersebut terjadi apabila berlakunya pemanasan suhu permukaan Lautan Pasifik di sekitar Khatulistiwa melebihi 0.5 darjah Celcius berbanding nilai purata jangka panjang.
“Fenomena El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga tujuh tahun dan berlanjutan antara sembilan hingga 12 bulan. Pada awal 2024, fenomena El Nino dijangka akan memberikan kesan lebih ketara apabila intensitinya mencapai kemuncak dengan negara akan mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan kesan daripada fenomena El Nino itu akan mengakibatkan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah hujan serta mampu menyebabkan keadaan jerebu merentas sempadan jika pembakaran hutan dan tanah gambut tidak terkawal.
Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta mengurangkan aktiviti di luar rumah atau bangunan.
MetMalaysia turut menyarankan orang ramai supaya peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat amaran cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.
“MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba sekiranya bacaan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 7 Julai, 2023.
DUNIA MAKIN
PANAS
AMIN
UMAT MANUSIA
MASIH SIBUK
BEREBUT KUASA
AMIN
SELAMATKAN DUNIA
HAPUSKAN
POLITIKUS
KHALAS
DANA PAU TOK ARAB
SENJATA PASAR
GELAP UKRAINE
AMIN
DANA DARI
TOK ARAB & IRAN
KHALAS
Unknown commented on
"KUASA LAHIR
DARI MUNCUNG SENAPANG"
dana dan senjata nak dapat kat mana bro? sembang al qassim bole la..ada ke senjata buatan islam?gua sarankan tentera bersekutu saudi yg serang yemen , tampil dan bantu warga palestin ini.
GERILA ANTI ZIONIS MULA BERSATU !!!
BEBERAPA
KUMPULAN GERILA
PALESTIN & LEBANON
SEDANG BERGERAK
MENYERANG BERSAMA
INI TAHAP BARU
KHALAS
HUJAN PETANG
AWAN PUTIH
PAGI TADI AWAN PUTIH
BERKUMPUL JADI AWAN HITAM
JAM 4.15 PETANG TURUN JADI HUJAN
CUACA PANAS BERUBAH
MALAM INI JADI LUMAYAN SEJUK
DAN BOLEH MELEPAK
AMIN
AKIBAT BARAH RASUAH
AKIBAT
BARAH RASUAH
KHALAS
"PEGAWAI KERAJAAN MENGAMAL RASUAH"
Cuba buat macam negara kafir China Merah tengok siapa berani lagi? Atau macam Indonesia buka baju terus dimalukan secara langsung dalam TV Bro, satu keluarga kena humban malu, masalah kita ini ada jenis specific tarak malu punya kah kah kah
panglimo potaseh commented on
"PEGAWAI KERAJAAN MENGAMAL RASUAH"
Di negara Kapir Laknat Pelahap Rasuah akan di ledak sampai mampos .. perasuah ni lebih terok dari "ghabiehan boreh" tapi perasuah merosakan sebidang sawah.
panglimo potaseh commented on
"PEGAWAI KERAJAAN KENA 15 TAHUN PENJARA"
Tu sobab Sokan SEA ari tu Malaysia hampir nombor corot duduk di bawah nogori kochik cam Singapore dan Kambuja .. dapek borapo bijik yo omeh .. bawak balik lobeh banyak bijik kolontit dari pingat. Apo tak eay Montori Sokan Malaysia (sobolom Hajjah Hannah) tolah molahap 64 kali rasuah .. cilako boto Montori Molayu ni.
SEBELUM SEMUA BERAKHIR
SEBELUM SEMUA BERAKHIR
Kita telah diberi pencerahan bahawa perubahan iklim dan pemanasan dunia hari ini adalah hasil kerja tangan kita sendiri. Kita sendiri ini adalah kita umat manusia.
Umat manusia anak semua bangsa. Bangsa dari semua negara. Umat manusialah penyebab yang membawa malapetaka iklim yang kita hadapi sekarang.
Bumi kita makin panas. Kebakaran disana sini. Sungai, tasik , kolam dan salji di gunung menjadi kering. Kemarau membawa kebuluran. Kebuluran membawa orang pelarian.
Kerbau lembu kambing ayam itik binatang ternakan mati dahaga. Mati bergelimpangan disana sini.
Ratusan ribu pelarian iklim cuba menyelamatkan diri dari malapetaka alam. Mereka berpindah randah mencari wilayah dan mukim yang lebih selamat dari bahang mata hari yang membakar.
Bergerak beramai-ramai mencari mukim dan wilayah yang ada punca air. Mencari air untuk diminum, air untuk binatang ternakan.
Ratusan ribu umat manusia pelarian iklim berpindah dari wilayah asal ke wilayah asing. Meninggalkan tanah tumpah darah – tanpa pasport tanpa visa - meredah untuk mencari bumi subur agar dapat bercucuk tanam. Untuk memulakan hidup baru.
Apa yang saya tulis ini bukan tanda-tanda kiamat telah sampai. Saya bukan pembawa ayat-ayat syaitan yang menakutkan. Saya hanya berniat ingin memberi pencerahan.
Pencerahan yang saya tulis adalah dari apa yang saya dengar, apa yang saya baca dan apa yang saya tuntun. Semua ini manifestasi malapetaka iklim. Semua sedang terpampang di hadapan mata.
Dari kitab-kitab kuno, dari kitab suci kita membaca bagaimana Nabi Noh dilanggar banjir. Kita mendengar surah-surah bagaimana kota Thamud hancur di pukul oleh debu padang pasir. Atau kota Thonis di Mesir tenggelam disedut ke perut laut.
Kitab-kitab suci menyatakan bahawa kota-kota ini musnah kerana melanggar hukum Tuhan.
Kali ini dalam kurun ke 21 di zaman pasca moden dimana meta naratif telah di ketepikan. Kita bukan lagi melanggar ajaran Nabi atau ingkar perintah tuhan. Kemusnahan ini sampai kerana kita umat manusia sedang melanggar bukan hukum Tuhan tapi melanggar hukum alam.
Bumi dan alam kita ini berjalan dan bergerak dengan sistem dan putaran yang tersusun rapi. Dari kajian ilmiah semua yang wujud di bumi ini – walau pun sebesar zarah – ada memiliki peranan masing-masing.
Hukum dan syarat wujudiah kita di bumi ini adalah hasil evolusi yang telah berjalan berbilion tahun.
Dari Big-Bang – ledakan pertama - kun fayakun – jadilah jadi – berbilion tahun dahulu - dari setitik atom kita telah berevolusi untuk menjadi bumi, cakerawala , bintang dan alam semesta.
Pokok kayu kayan hutan belantara , binatang, hidupan dan umat manusia adalah hasil evolusi. Dari proses evolusi kita jadi kita seperti yang wujud hari ini.
Tamadun moden manusia telah mewujudkan kota London, kota Paris, Berlin, Shanghai, Cairo, Mumbai, Jakarta, Singapura , Beirut, New York atau Kuala Lumpur yang didalamnya ada Brickfeilds tempat saya bercanda-canda.
Dunia dan alam ini bersama kota-kota yang indah wujud untuk kita singgahi. Kita singgah sebentar sebagai penumpang transit. Kita membonceng untuk sementara waktu di bumi yang indah ini.
Bumi dan mukim yang kita pijak ini bukan milik kita. Bumi ini kita pinjam dari anak cucu cicit kita.
Bayangkan bumi yang indah ini akan termusnah. Tanpa kita sedari kitalah yang bertanggung jawab memusnahkan apa yang kita ada hari ini.
Semua kota-kota dan tamadun moden yang penuh dengan bangunan pencakar langit akan musnah seperti Thamud, seperti kota Pompeii, seperti kota Sodom dan Gemorrah.
Kemusnahan kota dulu-dulu kerana ingkar dengan perintah Tuhan. Kemusnahan yang akan kita terima hari ini bukan kerana ingkar perintah Tuhan tapi umat manusia sedang melawan alam semula jadi.
Manusia melawan alam – homo sapiens versus the earth – inilah yang membawa kemusnahan.
Maka kita bertanya : Jika begini keadaan apa yang wajib di lakukan ?
Apa yang wajib dilakukan ialah persoalan induk. Jawapan dari persoalan akan merungkai untuk membawa kita mencari jalan keluar dari malapetaka yang maha sangat ini.
Saya yakin kita umat manusia memiliki fikrah. Upaya dari fikrah ini akan memungkinkan kita membuat sesuatu untuk selamat dari malapetaka ini.
Kita sedar kita penyebab justeru kita wajib bertindak. Tindakan ini terbahagi kepada dua cara. Cara pertama : cara individu persendirian. Cara ke dua : cara kolektif berkumpulan.
Pencerahan yang kita terima ini seharusnya menjadi pemangkin untuk ini mewajibkan kita sebagai sosok untuk mengambil langkah bersendirian.
Kita sendirian boleh melakukan tanpa memerlukan orang lain.
Kita mula kurangkan penggunaan plastik. Gunakan pengangkutan awam. Kurangkan pembakaran bahan bakar fossil. Kitar semula botol-botol plastik. Ketika dibuang masukan ke dalam tong yang menerima plastik untuk dikitari semula.
Jika bercucuk tanam cuba elakkan penggunaan bahan kimia untuk baja atau untuk melawan serangga.
Jangan kita racuni bumi kita ini. Meracun serangga bermakna meracun diri kita juga kerana racun itu tidak musnah. Akhirnya racun itu akan sampai juga ke meja makan kita.
Kurangkan keberahian untuk memiliki itu dan ini. Nikmati apa yang sedia ada. Kebahagiaan bukan mengumpul. Berahi tidak ada sempadan. Berahi tidak ada noktah.
Dengan penuh kesedaran kita wajib menjadi pengguna jenis baru. Pengguna yang memiliki kesedaran tentang alam sekitar.
Cara ke dua: Cara berkelompok, kolektif dan berkumpulan. Apakah kita telah lupa akan konsep bergotong royong ? Apakah kita telah lupa konsep berseraya?
Dengan penuh kesedaran untuk menyelamatkan bumi ini kita bantu membantu – ingat mengingat. Kita tidak ada jalan lain. Sikap individualisma – jadi enau dalam belukar – tidak akan menyelamatkan bumi ini.
Memang kesan kerja berseorangan dengan berkumpulan jauh bezanya. Dampak apa yang kita lakukan akan lebih berkesan jika seluruh kampung, seluruh daerah . seluruh negeri – membuat perkara yang sama.
Tolak penggunaan beg plastik. Pulaukan kedai yang tidak menggunakan cawan kaca atau tembikar. Hanya masuk ke rumah makan dimana pinggan mangkuk cawan yang boleh di ulang pakai. Bawa mangkuk sendiri ketika tapau. Bawa balang, bekas , kerpai atau bakul sendiri ketika membeli belah di pasar.
Ingat banjir ingat plastik. Ingat plastik ingat kemarau. Ingat kemarau ingat pemanasan dunia.
Bayangkan jika seluruh warga Malaysia mengambil sikap sedemikian.
Saya juga yakin apa yang saya cadangan untuk kita lakukan ini tidak akan memberi dampak yang besar. Anggap ini tidak salah.
Tapi kesedaran dan apa yang kita lakukan ini bukan hanya dilakukan di Kuala Lumpur , di Ipoh atau di Malaysia. Perkara yang sama wajib dilakukan juga di New York, London, Paris, Dacca atau Shanghai.
Hakikatnya dari Mumbai ke Moscow , dari Karachi ke Kathmandu dari Perth ke Port Moresby, dari Jepun ke Jamaica , dari Brazil ke Bhutan – malah umat manusia diseluruh dunia wajib mengamal sikap yang sama.
Setia Usaha Agong Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu Antonio Guterres telah berkali-kali memberi ingatan . Pada 23 Mac 2023 dia berkata :
“Every year of insufficient action to keep global warming below 1.5 degrees Celsius drives us closer to the brink, increasing systemic risks and reducing our resilience against climate catastrophe”,.
“Setiap tahun tindakan yang tidak mencukupi untuk mengekalkan pemanasan global di bawah 1.5 darjah Celsius mendorong kita lebih dekat ke jurang, meningkatkan risiko sistemik dan mengurangkan daya tahan kita terhadap bencana iklim”, kata Setiausaha Agung António Guterres.
Pada 29 Mac 2023 : Para saintis iklim terkemuka mengeluarkan laporan penilaian akhir mereka tentang perubahan iklim, mengisytiharkan ini adalah peluang terakhir untuk mengehadkan pemanasan global yang disebabkan oleh manusia kepada 1.5 C di atas paras pra-industri sebelum kerosakan menjadi tidak dapat dipulihkan.
Membaca kenyataan para saintis iklim ini saya menjadi risau dan takut. Dalam ketakutan dan kerisauan ini saya wajib bertindak. Bukan tindakan bersendirian tapai secara kolektif, secara beramai-ramai.
Warga dunia tahu penjenayah utama pemanasan dunia hari ini ialah syarikat minyak. Syarikat minyak – mencari gali tenaga fossil – untuk menjadi bahan bakar – adalah penyebab utama dunia jadi panas.
Syarikat gergasi – multi national – seperti Shell, Esso, BP , Aramco – adalah penyebab dunia jadi panas. Syarikat ini amat degil dan berdolak dalik dalam usaha untuk melawan pemanasan dunia.
Dengan dana syarikat minyak membayar saintis untuk mengeluarkan kajian molek yang berupaya melapik jenayah syarikat minyak.
Dengan dana yang lumayan syarikat minyak membeli pengaruh di tampuk kuasa. Mereka melobi politikus dalam Dewan Kongres Amerika, dalam Parlimen United Kingdom, dalam National Assembly Perancis. Di negara Dunia Ketiga seperti di Nigeria mereka membeli seluruh negara. Ini hakikat kuasa syarikat minyak.
Yang perlu di lobi akan di lobi. Yang perlu di rasuah akan di beri dolar. Gali terus gali.
Hakikatnya sistem ekonomi dunia kita ini – sistem kapitalis - di pasak oleh syarikat minyak. Sistem kapitalis inilah yang membawa malapetaka iklim hari ini.
Apakah kita tidak ada jalan keluar?
Jawabnya ada. Dunia ini milik anak semua bangsa. Dunia ini milik bangsa semua negara. Maka kita wajib bangun bersama-sama beramai-ramai menuntut penggalian bahan tenaga fossil ini di kurang dan akhirnya di hentikan.
Tenaga penggerak baru dalam tamadun baru manusia ialah cahaya mata hari. Kuasa mat hari adalah Tuhan Ra yang disembah oleh Mesir Kuno. Tenaga solar wajib menjadi jawapan kepada kita semua.
Jika syarikat minyak terus berdegil. Jika politikus terus tak ambil pot. Dunia makin terbakar maka masanya telah sampai untuk kita bergotong royong menghumbankan politikus ke dalam tong sampah sejarah.
Kita memilih dan melantik politikus baru yang faham tentang malapetaka iklim. Dan akan bertindak melawan malapetaka iklim.
Bila politikus berubah maka pengaruh syarikat minyak akan mengendur. Jika politikus dan syarikat minyak bersekongkol maka kita wajib turun ke jalan raya.
Bila seluruh warga dunia – dari Dubai ke Delhi, dari London ke Los Angles, dari Peking ke Panama dari Toronto ke Timbaktu, dari Melbourne ke Marsseiles - semua turun ke jalan raya – saya yakin dunia kita ini dapat di selamatkan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DI PORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/07/07/sebelum-semuanya-berakhir
WAT DE BEKOS RINGGIT JATUH NILAI
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh susulan minit mesyuarat terbaharu daripada mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) membayangkan kemungkinan kenaikan lagi kadar faedah di negara itu.
Pada 6 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.6580/6630 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6485/6555 pada Rabu.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata minit mesyuarat dasar Fed memberi penekanan kepada kenaikan kadar yang mana menjadi pemangkin kepada pengukuhan seterusnya dolar AS.
Sementara itu, Jawatankuasa Dasar Monetari (BNM) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bank pusat berkata ekonomi Malaysia terus berkembang apabila pendapatan dan pekerjaan kekal positif dan akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.
Innes berkata, memandangkan BNM mengekalkan kadar menjelang jangkaan pengumuman kenaikan kadar oleh Fed pada Julai ini, ia meluaskan jangkaan kadar faedah antara dolar AS dan ringgit.
“Ujian utama seterusnya bagi ringgit adalah data senarai gaji bukan ladang AS yang dijadual diumumkan pada Jumaat, terutamanya dalam suasana dasar AS yang reaktif,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali berbanding euro yang mana ia meningkat kepada 5.0600/0654 daripada paras penutup 5.0641/0717 pada Rabu.
Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2323/2359 daripada 3.2221/2272 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.9310/9374 daripada 5.9101/9190.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean lain.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2881/3088 daripada 13.3237/3510 pada Rabu dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 309.3/309.8 daripada 309.4/310.1.
Bagaimanapun ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4497 daripada 3.4380/4437 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.39/8.40 daripada 8.39/8.41. – Bernama, 6 Julai, 2023.
WOIT
WAT DE BEKOS
RINGGIT MURAH
KAH KAH KAH
BILA 1 DOLAR
JADI 5 RINGGIT
MAKA RINGGIT
BIKIN MADANI
KAH KAH KAH
RINGGIT JADI
MENU RAHMAH
KAH KAH KAH
KHALAS
ANWAR TALIPON ERDOGAN
Pengguna Twitter disiasat polis lepas siar video persenda PM
Seorang pengguna Twitter mempersoalkan pendirian kebebasan bersuara di bawah pentadbiran kerajaan campuran apabila dipanggil memberi keterangan sebanyak dua kali dalam tempoh kurang dua bulan.
Bercakap kepada MalaysiaNow, Salim Iskandar seorang pengguna Twitter yang aktif berkongsi siaran berupa tulisan, foto dan video mengkritik kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Katanya, kali pertama beliau dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 17 Mei lalu dengan proses soal siasat selama kira-kira dua jam bermula jam 10 pagi.
Kali kedua, katanya, beliau dipanggil sekali lagi semalam pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.
"Ini juga dah masuk dua kali telefon bimbit saya dirampas oleh polis," katanya ketika dihubungi MalaysiaNow.
MalaysiaNow difahamkan, beliau dipanggil memberi keterangan atas dua hantaran di Twitter berhubung siaran video yang tidak berpihak kepada kerajaan campuran.
Manakala, satu lagi siaran video yang menunjukkan Anwar mendakwa sedang bercakap telefon dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Katanya, dalam hantaran tersebut beliau turut mengkritik pentadbiran Anwar termasuk kelemahan Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil yang dianggap tidak menjalankan tugas dengan baik.
"Saya hanya membuat kritikan yang membina kerana rakyat sedang susah.
"Kalau tiada orang macam saya yang memberi kritikan, kita nak harapkan siapa lagi?" katanya.
Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta Twitter untuk menurunkan beberapa ciapan oleh Salim gagal kerana mendukung hak dan kebebasan bersuara.
"Memandangkan Twitter sangat percaya dalam mempertahankan dan menghormati suara pengguna kami, adalah menjadi dasar kami untuk memberitahu pengguna jika kami menerima permintaan undang-undang daripada entiti yang diberi kuasa (seperti penguat kuasa undang-undang atau agensi kerajaan) untuk memadamkan kandungan daripada akaun mereka," kata Twitter dalam e-mel kepada Salim pada 30 Jun lalu bagi memaklumkan permintaan SKMM kepadanya.
Mengulas lanjut, Salim turut memuji sikap profesional pihak polis sepanjang proses memberi keterangan yang berlangsung setiap kali beliau hadir ke Bukit Aman.
Katanya, beliau tidak berasa gentar dan terancam apabila berada dalam proses itu menyebabkan dirinya mampu memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa.
"Tetapi sebagai manusia biasa, saya tetap gusar juga sebenarnya kerana orang atau pemimpin tetap boleh salah gunakan kuasa yang ada pada mereka."