Khamis, 20 Julai 2023
INI WATAK POLITIK KITA
AMK Tasek Gelugor bantah konsep kerusi ‘dinasti’
TASEK GELUGOR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tasek Gelugor menolak konsep kerusi dinasti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Timbalan Ketuanya, Muhammad Qusyairi Johari berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi mencalonkan individu yang tidak mempunyai kelayakan dan kredibiliti yang cemerlang dari segi perkhidmatan dalam kawasan.
Katanya, laporan beberapa portal sebelum ini mengenai seorang calon yang dikatakan akan menggantikan tempat bapanya bagi salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di sini bukan keputusan muktamad.
“Kami menyangkal spekulasi tersebut dan menegaskan bahawa perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku walaupun ianya sekadar kemungkinan.
“Kita semua sedia maklum bahawa pimpinan masih lagi dalam perbincangan untuk menentukan calon.
“Saya secara peribadi tidak setuju dengan konsep dinasti terutama sekali apabila anak yang bakal mengantikan kerusi bapanya tidak mempunyai kelayakkan dan kredibiliti yang cemerlang dari segi perkhidmatan dalam cabang kawasan atau tempatan,”katanya dalam kenyataan media.
Sebelum ini dilaporkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal mungkin bakal diangkat sebagai calon muka baharu untuk bertanding di kerusi DUN Telok Air Tawar pada PRN Pulau Pinang.
Zakwan yang juga setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail merupakan anak kepada bekas Adun kawasan itu,Mustafa Kamal Ahmad.
Mengulas lanjut Muhammad Qusyairi berkata, mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen adalah milik rakyat.
“Sekiranya parti mahukan meletakkan calon muka baharu, calon tersebut haruslah disenangi oleh akar umbi dan masyarakat.
“Bakal calon yang merupakan ahli parti yang aktif berkhidmat, mesra rakyat dan mesra akar umbi seperti pemimpin yang ada sekarang.
“Bukannya calon yang tidak aktif dan juga tidak pernah berada di kawasan untuk berkhidmat,” katanya.
Tambah Muhammad Qusyairi, bakal calon yang dikhabarkan akan mengantikkan bapanya telahpun tewas di dalam pemilihan parti tahun lepas bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan. –
KAH KAH KAH
WOIT
MAMAT NI
TAK FAHAM
AMIN
KITA MASIH LAGI
DITAHAP FEUDAL
AMIN
ANAK GANTI
AYAH PERKARA
BIASA BUKAN
SATU JENAYAH
AMIN
ANAK JUAL
NAMA AYAH
PERKARA BIASA
AMIN
KHALAS
SANUSI - KES CURI
SPRM mahu panggil Sanusi untuk siasatan kes curi REE
AGENSI antirasuah mengesahkan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor akan dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata pihaknya masih lagi belum menetapkan tarikh untuk memanggil Sanusi memberi keterangan.
Azam memberitahu pemberita, Sanusi akan dipanggil memandangkan terdapat dokumen tular yang menyebut nama menteri besar tersebut berkaitan kes berkenaan.
“Ada surat viral di internet, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md. Nor pun akan dipanggil sebab dia tandatangan surat itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Cakna Rasuah bersama Media peringkat Zon Timur di Kuala Nerus, Terengganu.
Tambahnya setakat ini SPRM memanggil seramai 12 orang saksi melibatkan pegawai Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan syarikat swasta yang terlibat dalam perlombongan REE tersebut.
Katanya SPRM juga sedang mengesan beberapa saksi dari China untuk melengkapkan siasatan.
“Saksi dari China itu dikatakan membuat pelaburan kepada (aktiviti) perlombongan REE ini,” katanya.
Azam turut menolak SPRM ditekan pihak tertentu untuk mempercepatkan siasatan kes REE memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.
Beliau berkata kes itu hanya kebetulan berlaku dalam tempoh ini.
“Tiada siapa menekan kami, ini cuma secara kebetulan. Sama ada kerana PRN atau tidak, ia bukan masalah.
“SPRM dalam hal berkaitan apa juga isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan, yang ada merit untuk siasat, kita siasat,” katanya.
SPRM semalam mengumumkan mereka menahan reman pegawai tertinggi MBI dan seorang pengarah syarikat berkaitan kes itu.
Siasatan tertumpu ke atas dakwaan rasuah lebih RM13 juta dalam perlombongan nadir bumi haram melibatkan pihak berkuasa negeri dan menyebabkan kerugian kepada negeri. – 20 Julai, 2023.
WOIT
INI BERAT
AMIN
MELIBATKAN
RASUAH DARI
CHINA MERAH
AMIN
TIADA AMPON
BAGI MU
AMIN
BILA DAH JATUH
BANGLA PUN
BERANI KENCING
KAH KAH KAH
KHALAS
BERI ANWAR PELUANG
Bekas pegawai Muhyiddin pertikai bukti Anwar berhubung lupus hutang Felda
BUKTI dokumen Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan hari ini bukanlah perjanjian pelupusan hutang untuk peneroka dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kata bekas pembantu Muhyiddin Yassin.
Bekas setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad berkata apa yang dikeluarkan sebenarnya adalah perjanjian mengenai sukuk yang disokong kerajaan yang diterbitkan secara berperingkat.
“Tadi perdana menteri mengeluarkan sebahagian daripada dokumen itu yang dikatakan perjanjian pelepasan hutang RM8.3 bilion untuk peneroka Felda.
“Sekilas pandang, saya tahu apa itu dokumen. Dokumen tersebut bukan perjanjian pelupusan hutang untuk peneroka Felda tetapi perjanjian sukuk yang dijamin kerajaan, yang akan dikeluarkan secara berperingkat.
“Dokumen yang disertakan bersama kenyataan media perdana menteri tidak membuktikan pengecualian hutang hanya berlaku pada bulan Jun. Ia adalah mengenai terbitan sukuk jaminan kerajaan yang merupakan sebahagian daripada keputusan yang dibuat oleh Kabinet pada 2020,” kata Marzuki dalam catatan Facebook hari ini.
Terdahulu hari ini, Anwar menunjukkan dokumen untuk membuktikan beliau, dan bukannya Muhyiddin, perdana menteri pada 2022, yang menandatangani skim pengecualian hutang untuk peneroka Felda.
Anwar mengeluarkan sebahagian daripada dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) berkaitan jaminan kerajaan kepada Felda, yang dibuat pada 26 Jun 2023.
Perjanjian itu ditandatangani Anwar, yang juga menteri kewangan.
Anwar menjawab dakwaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bagi permohonan maaf bertulis secara terbuka dan tanpa syarat berhubung dakwaannya yang hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak dihapuskan di bawah pentadbiran pengerusi Perikatan Nasional itu.
Muhyiddin juga mahu Anwar memberikan dokumentasi yang ditandatangani yang Anwar menandatangani pelupusan hutang itu.
Selepas mengeluarkan beberapa dokumen, Anwar pula menuntut Muhyiddin memohon maaf kepadanya atas fitnah tersebut.
Marzuki berkata dokumen yang dikeluarkan hari ini - mengenai sukuk yang disokong kerajaan - hanya boleh ditandatangani oleh menteri kewangan.
“Seingat saya, Muhyiddin tidak pernah menjadi menteri kewangan.
“Justeru, penerbitan dokumen seumpama itu menyokong dakwaan saya sebelum ini bahawa dokumen yang ditandatangani perdana menteri yang juga menteri kewangan itu bukanlah perjanjian pelupusan hutang peneroka Felda tetapi perjanjian berkaitan penerbitan sukuk yang disokong kerajaan,” katanya.
Marzuki berkata kerajaan perlu menyahklasifikasi minit mesyuarat kabinet 14 Oktober 2020 bagi mendapatkan penjelasan yang lebih baik mengenai perkara itu.
Beliau berkata kabinet ketika itu di bawah pimpinan Muhyiddin meluluskan Pelan Pemulihan Felda, yang antara lain termasuk pengecualian 80% hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion dan terbitan sukuk yang disokong kerajaan RM9.9 bilion.
Tambahnya, pelan pemulihan itu turut merangkumi penyelesaian pinjaman antara Felda dan Maybank serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; dan peruntukan geran tahunan bernilai RM990 juta.
“Bagi meredakan sebarang keraguan yang timbul mengenai pelupusan hutang peneroka Felda, sebaiknya ‘declassify’ minit (mesyuarat) kabinet pada 14 Oktober 2020,” katanya. – 20 Julai, 2023.
WOIT
MAMAT NI
BUAT HAL
KAH KAH KAH
RAZAK BUAT
FELDA
AMIN
ANAK RAZAK
BUAT HUTANG
FELDA
AMIN
BAGI CHANLAH
ANWAR GORENG
SIKIT
KAH KAH KAH
ANWAR NAK JUGA
DILIHAT
HERO FELDA
KAH KAH KAH
AMIN
SAMA
PANGLIMA NUSI
PANGLIMA NUSI
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"SANUSI BAHAYA BESAR"
Personality Sanusi dari parti agama terbaik, vokal kuat lantang memang terbaik, selama ini semua pemimpin PAS lemah kemut nenas tahap begitu kalau dapat Audi senyap, tengok porno tak bayor kah kah kah Nusi terbalik pulak character change fighters tak hormat tak tahu hormat jenama kaki lawan Rajah Mendeliar pun lawan kah kah kah
AMARAN - JANGAN SEBAR FITNAH
AMARAN
JANGAN
FITNAH PMX
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"SANUSI BAHAYA BESAR"
Betol ke PMX hingga ke Turki ontok mombontot .. gwa makin keliru skrg ini .. kata orang nak kan janda jgn ambik janda Arab (Turki,)
LAWAK BERDIRI - TIAN CHUA APA CERITA ?
Saya tidak akan zalimi sesiapa, kata Anwar
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menzalimi sesiapa termasuklah individu daripada parti pembangkang.
Anwar berkata beliau tahu bagaimana kehidupan di dalam penjara dan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai perdana menteri.
“(Kalau ikutkan) saya dikritik, sudah lama saya ambil tindakan. Kalau ikut kadang-kadang geram, saya dah perosok dalam lokap tetapi tidak boleh sebab negara ini negara hukum (ada undang-undang).
“Orang PAS ke, orang Bersatu ke, saya tidak akan zalimi kerana saya tahu apa dia sengsara duduk dalam penjara,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa di Tanjong Karang yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Perdana menteri berkata demikian susulan pendakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, 48, di dua Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lepas.
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Sementara itu, perdana menteri berkata anak muda perlu mempunyai kefahaman dalam memacu perubahan negara seperti yang dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah, Ali bin Abi Talib, yang memainkan peranan utama ketika peristiwa hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah.
“Anak muda bukan setakat pegang bendera, jerit-jerit. Ikut dengan kefahaman. Kalau tanya setuju, sokong Anwar atau Pakatan Harapan, Barisan Nasional, biar dengan kefahaman,” katanya. – Bernama, 20 Julai, 2023
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
INI LAWAK
BERDIRI KE?
KAH KAH KAH
TIAN CHUA
APA CERITA ?
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
KHALAS
NASEHAT KANG KONG
Ahli politik diseru elak ceramah bangkitkan kemarahan, kebencian
PIHAK yang berkempen dan menyampaikan ceramah politik diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kebencian dan kemarahan individu lain.
Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata kenyataan dalam ceramah mereka juga perlulah berdasarkan fakta dan data.
“Rakyat semakin peka untuk menilai manakah parti yang matang dan jujur, dan manakah parti yang suka berbohong dan fitnah.
“Jadi pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ini wajar menjadi pengajaran kepada semua.
“Soal salah atau tidak itu akan diputuskan oleh mahkamah, namun semua pihak dari semua parti perlu lebih peka dan berhati-hati dalam musim kehangatan pilihan raya ini,” katanya.
Beliau berkata semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya juga perlu berhati-hati agar tidak menjalankan kempen yang berbentuk mencipta kebencian dan permusuhan serta menimbulkan perkara sensitif sehingga boleh mencetuskan perbalahan.
“Persaingan politik sepatutnya berlaku secara sihat dengan masing-masing menawarkan barisan kepimpinan terbaik dan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.
“Memang isu 3R (agama, raja dan kaum) sebahagiannya sensitif… penjelasan yang dibuat itu perlulah berfakta, tepat dan tiada unsur hasutan dan fitnah,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kerajaan, Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa COLGIS Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Noor Farihah Mohd Noor berkata hak kebebasan bersuara sememangnya dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun ada batasnya.
“Ucapan yang dibenarkan perlu berbentuk membina dan dilaksanakan untuk tujuan dan matlamat yang betul, demi keadilan dan kebenaran serta kepentingan negara dan rakyat,” katanya.
Beliau berkata ahli politik dan orang awam perlu lebih peka dan mempunyai tanggungjawab menyampaikan idea dan pandangan yang bijak dan bernas, serta tidak berbaur provokasi sehingga boleh menimbulkan ketegangan mana-mana pihak.
“Bagi orang awam pula mereka perlu pandai menapis ucapan yang diberi supaya boleh membuat pilihan yang lebih baik dan tepat, bukan atas dasar emosi.
“Mereka juga perlu bijak dan kritikal dalam menilai ucapan yang disampaikan oleh ahli politik agar tidak terikut-ikut dengan sentimen yang tidak sihat,” katanya.
Selasa lepas, Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik. – BERNAMA
WOIT
KANG KONG
NI INGAT POLITIKUS
MACAM LEBAI
KAH KAH KAH
KERJA POLITIKUS
IALAH SUMPAH
SERANAH
TIBAI MENIBAI
KUTUK MENGUTUK
TIPU MENIPU
KAH KAH KAH
SALAH BENAR
BELAKANG KIRA
KAH KAH KAH
KERANA ITU
POLITIKUS TAK
JAGA SURAU
KUIL GEREJA
ATAU JADI SAMI
KECUALI
SAMI VELU
KAH KAH KAH
KHALAS
BEBASKAN KETUM DAR PENJARA BAGINDA QUEEN
Polis tahan 4 lelaki, madrasah tahfiz jadi pusat simpan 100kg ketum
POLIS Kelantan menahan empat lelaki dan merampas pil yaba serta ketum di dua lokasi termasuk di sebuah madrasah tahfiz di Batu 11, Ketereh yang disyaki menjadi tempat simpanan 100 kilogram (kg) ketum, pada Selasa lepas.
Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata dalam serbuan pada 9.15 malam, Selasa lalu (18 Julai), 10 bungkus plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum ditemukan di madrasah tahfiz tersebut, iaitu lokasi kedua serbuan, pada hari sama.
“Serbuan ke madrasah tahfiz adalah dipandu arah oleh empat suspek terbabit berusia 20-an, yang ditahan pada serbuan pertama di sebuah rumah di Jalan Tali Air Kampung But, Ketereh, pada kira-kira 9 malam,” katanya dalam kenyataan, di Kota Bharu.
Katanya siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
Muhamad Zaki berkata dalam serbuan pertama, polis merampas 20 bungkusan plastik berisi kira-kira 20 liter cecair ketum, empat bungkusan plastik berisi daun hijau disyaki ketum dianggarkan seberat 40kg.
“Pemeriksaan lanjut di sekitarnya turut menemukan satu kotak rokok disyaki berisi pil kuda, selain satu periuk besar berisi air rebusan ketum dianggarkan sebanyak 10 liter, dua tong gas dan sebuah dapur gas yang turut dirampas.
Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4,522 dan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas kesemua suspek berakhir 22 Julai ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 19 Julai, 2023.
MASA DAH
SAMPAI UNTUK
BEBASKAN KETUM
DARI PENJARA
BAGINDA QUEEN
AMIN
QUEEN DAH MATI
AKTA TAHUN 1952
MASIH BERJALAN
AMIN
AKTA INI DIBUAT
UNTUK LARANG
PERUBATAN MELAYU
DAN BELI UBAT
MAT SALLEH
AMIN
JANGAN TERUS
DI TIPU
KHALAS
SILA JUMPA HADI
SILA JUMPA
HADI
AMIN
Unknown commented on
"BANGLA TURUN
KE JALAN. RAYA"
Dunia semakin kacau, alam semulajadi sudah mula kacau, manusia lagi tambah kacau, semua akan berlaku tanpa rela, semua sampai hujung, sesama manusia hilang sifat manusia baik, siapa nak tiket teruskan jumpa Hadi The Greatest kah kah kah
PIALA DUNIA
PIALA DUNIA
KHAMIS 20 JULAI 2023
HEBOH PASAL SANUSI
MASIH BELUM REDA
DARI LAPORAN BERITA
ADA SATU LAGI KES
KES REE
APA REE INI ?
JENG JENG JENG
KALAU DI KELANTAN
SANUSI INI DI ANGGAP GEDEBE
KALAU DI SELANGOR
SANUSI DI ANGGAP KAKI BUSUK
TAPI DI KEDAH
SANUSI ADALAH WIRA
KAH KAH KAH
PIALA BOLA SEPAK DUNIA WANITA
DI AUSTRALIA
DI NEW ZEALAND
BERMULA HARI INI SERENTAK
20 JULAI 2023
HINGGA
20 OGOS 2023
BOLA SEPAK WANITA INI
MAKIN GAH MAKIN HEBAT
MAKIN BESAR
MAKIN BERKEMBANG
UKRAINE
JAMBATAN ANTARA RUSIA
DAN CRIMEA DI BEDIL
RUSIA BALAS KEMBALI
BEDIL PELABUHAN ODESA
KAPAL GANDUM JADI MANGSA
INI AKAN. MENAIKKAN LAGI
HARGA ROTI CANAI
KAH KAH KAH
SIAM
BAKAL CALON PM
PARTI YANG RAMAI YB
KINI DI SINGKIR DARI PARLIEMN
KAH KAH KAH
JIKA PENYOKONG
TURUN KE JALAN RAYA
MAKA INI PELUANG UNTUK ASKAR
AMBIL ALIH KUASA
KAH KAH KAH
AMERIKA
TRUMP DI SIASAT
KERANA TERLIBAT DALAM
USAHA RAMPAS KUASA
20 JANUARI 2020
SEBENARNYA DEEP STATE
NAK NAFIKAN TRUMP BERTANDING
KALAU TRUMP BERTANDING
TRUMP AKAN MENANG
DAN
TRUMP AKAN TAMATKAN
PERANG UKRAINE
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI SEJUK BASAH
LOPAK AIR DI JALAN
KL & KL SENTRAL BERKABUS
LANGIT MENDUNG
MATA HARI TAK BERCAYA
ARAH SUNGAI BESI LANGIT
AGAK CERAH
ARAH SHAH ALAM
AWAM HITAM PENUH AIR
SAEKOR GAGAK MENDAYU SEDIH
DI TINGGAL KUMLUPAN
JANTAN BERRKOKOK
ARAH ISTANA LAMA
TIONG TERBANG RENDAH
MENANGAP ULAT BASAH
GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
MUNGKIN SEKALI LAGI
HUJAN PETANG
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
YANG MULIA
BRO
ADA TONG DARI BESI
WALAU DI RENDAM TIDAK PUDAR
AMAT BERUNTUNG JADI SANUSI
DI TANGKAP POLIS JADI POPULAR
SELAMAT
MENONTON PIALA DUNIA