Khamis, 7 September 2023
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
DNAA Zahid langkah kebelakang agenda reformasi Kerajaan Madani – MUDA
KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid merupakan langkah kebelakang agenda reformasi Kerajaan Madani.
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila bimbang dengan keputusan ACG membuat ‘pusingan U’ selepas kes yang dibicarakan selama empat tahun, melibatkan 99 saksi dan Mahkamah Tinggi memutuskan terdapat prima facie.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, rakyat mengundi untuk menghapuskan rasuah, salah urus dan memberi tanggungjawab kepada mereka yang dipilih.
Rakyat tidak sama sekali mengundi kerana mahu melihat kes rasuah disingkirkan daripada mahkamah, ujarnya.
Beliau juga kesal kerana AGC hanya menjawab isu tersebut melalui kenyataan dua perenggan yang pendek dan tidak responsif.
“Adakah ini Malaysia yang kita mahukan? Mampukah Malaysia makmur jika kita terus menggugurkan setiap kes rasuah ahli politik elit?
“Tuntut daripada Ahli Parlimen dan ADUN anda pendirian mereka kerana, pada masa ini saya merangka kenyataan ini hampir tidak ada yang menentang keputusan AGC.
“Apa yang saya tahu pasti Zahid bebas berkeliaran tanpa sebarang pertuduhan rasuah terhadapnya, dan beliau kini adalah Timbalan Perdana Menteri kita di bawah Kerajaan Madani,” kata Amira Aisya.
Sebelum ini beliau menuntut kerajaan melaksanakan tiga perkara iaitu Peguam Negara wajib menjawab isu tersebut di Parlimen dan menuntut Ahmad Zahid didakwa semula di mahkamah.
Selain itu kerajaan perlu menetapkan tarikh untuk memisahkan peranan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwaraya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding.
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.-
JIKA MUDA
BIJAK MENGOLAH
PARTI INI AKAN
MENAWAN HATI
ANAK MUDA
AMIN
WAJIB DILIHAT
COOL
CUN BERGETAH
AMIN
PALING PENTING
BERANI MELAWAN
BERANI TURUN
BERDEMO
AMIN
KHALAS
LEPAS ZAHID ROSMAH PULAK
Mahkamah Tinggi tetapkan 13 Disember dengar permohonan Rosmah batal tuduhan
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 Disember ini untuk mendengar permohonan Rosmah Mansor untuk membatalkan 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan pengelakan cukai melibatkan lebih RM7 juta yang dikemukakan terhadapnya.
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang memfailkan permohonan itu melalui Tetuan Reza Rahim & Rajivan berkata pertuduhan itu cacat dan dia harus dibebaskan serta dilepaskan.
Rosmah mendakwa tiada perintah, arahan atau permintaan yang menunjukkan jumlah dalam caj tersebut tertakluk kepada pembayaran cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
“Pada masa material, Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menyerahkan kepada saya sebarang taksiran, permintaan dan tuntutan seperti diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 tersebut yang menjadikan jumlah itu boleh dikenakan bayaran,” katanya.
Dakwa Rosmah, hanya Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) yang mempunyai hak untuk menentukan sekiranya jumlah tersebut adalah tertakluk kepada pembayaran cukai dan bukannya mahkamah.
“Jika mahkamah jenayah meneruskan dengan penentuan tersebut (iaitu sama ada jumlah tersebut perlu pembayaran cukai) maka ia akan mengambil alih fungsi SCIT yang merupakan satu badan diberi kuasa melalui undang-undang bertulis.
“Saya mempunyai hak substantif dan hak perlembagaan untuk dilayan secara saksama dan mempunyai hak perundangan substantif di bawah Bahagian VI Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan rayuan terhadap apa-apa taksiran dilakukan pihak LHDN yang jelas dinafikan kepada saya dalam kes ini,” katanya.
Semasa pengurusan kes hari ini Hakim K Muniandy menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan yang difailkan semalam.
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.
Ini perbicaraan kedua Rosmah.
Tahun lepas Mahkamah Tinggi pada 1 September mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM1.25 bilion berhubung projek solar hibrid untuk membekalkan elektrik untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang akan diselesaikan secara serentak yang bermakna hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun.
Dia juga didenda RM970 juta jika gagal dipenjara 30 tahun tetapi hukumannya ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. – 7 September, 2023.
WOIT
SATU LAGI
TEKANAN UNTUK
ANWAR
AMIN
JIKA ZAHID
BOLEH BEBAS
MAKA ROSMAH
JUGA BOLEH BEBAS
KAH KAH KAH
LEPAS ROSMAH
NAJIB PULAK
AMIN
KHALAS
INCREDIBLE ANWAR !!!
INCREDIBLE
ANWAR
TANGAN MEMBESAR
KAH KAH KAH
INI BUKAN KERANA PENYAKIT
INI KERANA TANGAN SELALU
MELANCAPKAN ORANG
KAH KAH KAH
KHALAS
KAH KAH KAH
SELESAI KOBID SIASAT KJ
SELESAI KOBID
SIASAT KJ
KHALAS
abuqassim commented on
"BARAH LEPAS KOBID"
Kono heret kj tu..
Ngato org bkn main lg..
Cm dio tu suci bona..
Dio tk ponah mraso kono siasat tu..
Bg can la dio raso skit..
KAH KAH KAH
HOT HOT HOTT - PKR PECAH DUA
HOT HOT HOTT
TERKINI TER NOW
AMIN
BARISAN MUDA
DARI AMK
ANTI PEMBEBASAN ZAHID
AMIN
JELAS
TIMA TAK MAHU DENGAR
CAKAP ANWAR
AMIN
KHALAS
HOT HOT HOT TERKINI TER NOWW - AMK YANG BERANI !!!
Parlimen perlu bincang keputusan lepaskan Zahid, kata AMK
PARLIMEN perlu mengadakan persidangan tergempar bagi membincangkan keputusan melepaskan Zahid dari tuduhan rasuah, kata pemimpin pemuda PKR.
Naib Ketua AMK Malaysia Tyra Hanim Razali menggesa demikian kerana mengesyaki keputusan Jabatan Peguam Negara tersebut bermotifkan politik.
“Untuk menjernihkan keadaan, AMK menggesa kerajaan mengadakan satu sesi Parlimen tergempar supaya (keputusan membebaskan Zahid) dibahaskan…” katanya.
Selain itu, Jabatan Peguam Negara perlu diberikan tempoh untuk menyiasat bagi melakukan pendakwaan semula dengan segera.
“(Pendakwaan dan siasatan) perlulah dilakukan dalam kadar serta merta jika sekalian pimpinan kerajaan perpaduan tidak mahu kehilangan kredibiliti yang kelak akan menyukarkan lagi pentadbiran Malaysia Madani,” katanya. – 7 September, 2023.
TAHNIAH AMK
ANAK MUDA
BERANI & JUJUR
AMIN
BERANI BERKATA
BENAR
AMIN
TIDAK TAKUT
DENGAN KUASA
AMIN
INI PETANDA BAIK
KITA MASIH ADA
HARAPAN DGN
JENERASI MUDA
AMIN
KHALAS
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
BERSIH DULU
ADA DEMO
AMIN
BERSIH SEKARANG
DAH MANDUL
KHALAS
Unknown commented on
"TAK PERLU CAKAP BANYAK"
Hi BERSIH,will there be street demonstrations
SUARA TAMRIN
SEDAR KAH NEGARA
I DI PIMPIN
BEKAS BANDUAN ?
Tamrin Ghafar
2. Bak pesan Tengku Abdul Rahman Putra ( Alfatehah ) , bapa Kemerdekaan , "mendapat Kemerdekaan mungkin mudah namun mengisi Kemerdekaan ia memerlukan pengelibatan dan pengorbanan rakyat"
3. Tun Musa Hitam pernah mengajak agar Orang Melayu jika mahu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain MISTI berani dan mempunyai sikap 'KURANG AJAR'
4. Samada sedar atau tidak , selepas 9 orang Perdana Menteri , kini buat PERTAMA kali dalam sejarah dunia Negara kita di pimpin oleh seorang bekas banduan
5. Anwar Ibrahim , PMX PERNAH di penjarakan 2 kali selama lebih 10 tahun atas 2 KESALAHAN JENAYAH yang serius , SALAHGUNA KUASA dan LIWAT atau bahasa mudahnya mengadakan hubungan seks luar tabie - lelaki SAMA lelaki bukan lelaki dengan perempuan
6. JIKA tidak bersalah mengapa beliau memohon untuk memadamkan rekord Mahkamah berhubung kesalahan yang dilakukan
7. JIKA tidak bersalah mengapa Agong dari Kelantan dahulu mengampunkan beliau ?
8. Sejak menggambil alih kepimpinan negara , hampir setiap hari rakyat didendangkan dengan 'meratip SAKAU ' dengan menyalahkan pemimpin - pemimpin lama sebelum beliau seolah - olah beliau hebat dan bersih dari rasuah
9. Tidak salah , malah segala usaha memerangi rasuah dan salahguna kuasa dikalangan ahli - ahli politik dan Pegawai Kerajaan MISTI disokong
10. Semasa kali kedua Tun memerintah , Index Rasuah yang di akui oleh sebuah Badan Antarabangsa TURUN kesatu tahap yang memberangsangkan TAPI hari ini Salahguna Kuasa dan Rasuah terus meningkat naik , satu angka yang serious
11. Sepatutnya sebelum 'MERATIP' beliau PERLU terlibih dahulu MENGIKIS segala jenis najis yang masih melekat di badan
12. Ada beberapa persoalan yang perlu di jawab yang masih bermain dipemikiran ramai :
i. Mengapa TIDAK menyaman malu atau mengheret ke Mahkamah Tan Sri Morad Khalid , Timbalan Gobanor Bank Negara ( BNM ) berhubung AKUAN BERSUMPAH atau SD beliau yang di daftarkan diMahkamah MEMBONGKAR bagaimana beliau sendiri terlibat menyembunyikan RM3 Billion MILIK Anwar di Jakarta yang ketika itu Menteri Kewangan semasa zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 4
ii. Mengapa senyap atau TIDAK menafikan tuduhan dan cabaran Nalla Kurapan , Ketua Pemuda MIC dan Pengarah Magnum Corporation , orang kepercayaan beliau ketika itu berhubung tindakan menyediakan khidmat seks lelaki dan perempuan , dan bagaimana beliau pernah menggunakan 'duit judi' Magnum untuk Parti PKR
iii. Apa cerita Azizan , Sukma dan Saiful ?
iv. Tolong perjelaskan isu rumah kediaman di Sungai Long - rakyat perlukan kepastian sebenar BUKAN dengan kumpulan ini satu cerita kemudian kumpulan lain pula cerita lain
v. Mengapa TIDAK berterus terang berkenaan Pulau dan Perairan Ambalat yang mengandungi telaga minyak dan gas yang terbesar didunia
vi. Mengapa SKMM
di gunakan menyekat KEBEBASAN BERSUARA rakyat ? apa jadi dengan JANJI - JANJI manis REFORMASI mahukan rakyat bebas bersuara dan mana janji hendak menghapuskan segala undang - undang yang menekan dan menzalami rakyat seperti ISA dan SOSMA dan mengapa POLIS dan SPRM diperalat kan sewenang - wenang nya
vii. Mengapa aktibiti LGBTQ terus lantang walaupun sudah ada pengharaman nya dan yang terbaru mengapa penuntut TAHFIZ di bawa ke Pesta jijik yang jelas bertentangan dengan ISLAM ?
viii. Mana janji Anwar nak turunkan harga minyak ke RM1.50 seliter 24 jam selepas Angkat Sumpah , mana janji nak bantu rakyat bawahan sedangkan kos sara hidup terus meningkat naik dan nilai matawang terus jatuh - adakah pemimpin lama yang salah ? kini beri alasan lain pula - bak kata Sanusi " Anwar , buka mulut jer B O H O N G ! "
13. Apakah dengan MERATIP rasuah dan salahguna kuasa itu beliau berharap dapat :
i. Menutup sejarah hitam beliau walau pun sudah lama berlalu dan telah di ampungkan ; apakah ini bermakna beliau tidak pernah melakukan 2 KESALAHAN JENAYAH tersebut
ii. Apa kah beliau BENAR - BENAR bersih sedangkan beliau perlu tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung penggunaan helikopter dan kereta mewah semasa berkempen menjelang PRU lepas - bukankah ia juga rasuah - tolong perjelaskan siapa pemilik Helikopter dan kereta - kereta mewah tersebut
iii. Juga berharap dapat menutup kelemahan mentadbir negara seperti yang di janjikan dan di harapkan
14. Negara ini ada Parlimen jestru SEPATUT NYA perkara yang menyentuh Raja - Raja , Agama dan Bangsa atau 3R ( Royal , Religion and Race ) MISTI terlebih dahulu di bentang di Dewan Rakyat dan Senat dan mendapat kelulusan Agong SEBELUM ia nya menjadi sebahagian dari Undang - Undang ; dalam hal ini Perdana Menteri TIDAK ADA HAK dan boleh sesuka hati membuat Undang - Undang dengan mengeluarkan 'fatwa' dan Polis HANYA boleh bertindak SELEPAS ianya menjadi Undang - Undang - Parlimen BUKAN 'rubber stamp' atau 'pak turut'
15. BERANI KAH Kerajaan membentangkan Kertas Putih atau White Paper berhubung isu AMBALAT dan KEDIAMAN beliau di Sungai Long ?
16. Jika sebelum ini dikatakan beliau dan Zahid Hamidi dan beberapa Ahli Jemaah Menteri lain mengelamani penyakit
PATHOLOGICAL LIAR tapi juga KAKISTOCRACY - memerintah dengan TIDAK menggunakan otak
17. Berdasarkan beberapa fakta di atas kita doakan agar Ahli - Ahli Parlimen di beri KESEDARAN dan KEKUATAN ; TERSERAH LAH kepada mereka samada masih mahu mengekalkan beliau sebagai PMX atau sebalik nya ; ingat , yang BERKUASA akhirnya ialah rakyat melalui Peti Undi
Wassalam
Terima Kasih
SEJARAH KES LIWAT
DAKWA ZAHID
PN tak masuk campur kes Ahmad Zahid masa tadbir negara
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) tidak pernah campur tangan dalam kes rasuah yang melibatkan Presiden UMNO, Zahid .
Presiden Parti Gerakan, Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, PN mempunyai prinsip menjunjung tinggi sistem kehakiman negara berbeza dengan Anwar.
“Selepas Anwar jadi Perdana Menteri, pihak pendakwaan yang mewakili kerajaan perpaduan memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Zahid.
“Saya nak tanya pemimpin Pakatan Harapan, kenapa Zahid dilepaskan? Kenapa Jabatan Peguam Negara (AGC) menggugurkan pertuduhan? Rakyat mahukan jawapan daripada Anwar Ibrahim kerana AGC di bawah pentadbiran Perdana Menteri” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dominic berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas tanpa membebaskan (DNAA), Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.
Terdahulu, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Dusuki Mokhtar menggariskan 11 alasan bagi menyokong permohonan agar Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan bagi kesemua pertuduhan.
Dalam pada itu, Dominic berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU15) lalu, PN mengumumkan bersedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) tetapi dengan syarat Zahid meletak jawatan sebagai penerusi.
Namun, jelasnyua, ia amat berbeza dengan Anwar yang menegaskan kerjasama beliau tanpa syarat lalu membentuk kerajaan perpaduan.
Dominic menggesa pemimpin kerajaan campuran untuk berhenti menipu rakyat, menutup kebenaran dan membela Anwar. Hormati kedaulatan undang-undang dan sistem demokrasi supaya badan kehakiman bebas serta melindungi hak rakyat.
“Hanya dengan cara ini Malaysia boleh mendepani krisis politik dan mencapai perpaduan dan pembangunan negara,” katanya.
WOIT
PARTI GERAKAN
INI JUJUR
AMIN
ZAMAN MUHYIDIN
ZAHID MINTA
DI BEBAS DARI
MUHYIDIN
AMIN
INI TELAH
DI TOLAK
KHALAS
BARAH LEPAS KOBID
Jumlah pesakit kanser kolorektal naik mendadak – NCSM
MELAKA – Kanser usus besar atau kolorektal menjadi cabaran baharu dunia kesihatan hari ini apabila menunjukkan peningkatan mendadak pasca Covid-19 selepas kanser payudara.
Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, (NCSM) Dr M Murallitharan berkata, ia mungkin didorong keadaan rakyat terpaksa duduk lebih lama di rumah sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara tiga tahun lalu.
“Walaupun kanser yang tertinggi dicatatkan adalah kanser payudara dalam kalangan wanita tetapi apa yang betul-betul merisaukan kira kini adalah kanser usus yang besar tiba-tiba naik begitu mendadak.
“Malah umur pesakit juga makin menurun berbanding 10 tahun dulu pesakitnya berusia 50-an tapi sekarang menurun kepada seawal 30-an atau 40-an,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran klip video ‘Saya Anak Malaysia’ yang dihasilkan oleh NCSM dan Etiqa bersama pencipta bersama lagu, dR Sam Rasputin (Salim Ibrahim) serta pemandiri kanser sempena Hari Malaysia di Bukit Katil di sini hari ini.
Perasmian disempurnakan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka, Allex Seah Shoo Chin.
Mengulas lanjut, Dr Murallitharan berkata, antara penyumbang kepada peningkatan pesakit kanser di negara ini adalah selepas Covid-19 kerana ramai yang tidak dapat membuat pengesanan awal kanser sejak tiga tahun lalu.
“Saya sendiri sebagai doktor pakar yang merawat sebelum ini mendapati kira-kira 90 peratus pesakit dikesan kanser mereka sama ada di stage satu atau dua.
“Tapi dalam tahun 2022 hingga kini sekitar 90 peratus pesakit yang saya jumpa semua sudah berada di tahap empat atau tiga yang berpunca apabila mereka tidak tak dapat ke hospital sewaktu awal negara dilanda Covid-19,” katanya.
Tambahnya dijangkakan, kesan daripada Covid-19 terhadap kesihatan rakyat dunia termasuk Malaysia akan dapat dilihat sehingga tempoh lima tahun lagi.
“Sebab itu, NCSM beriltizam untuk membuat lebih banyak saringan kanser di kawasan kampung dan terpencil sekali gus mewujudkan kesedaran kepada rakyat pentingnya pemeriksaan awal ini.
“Secara keseluruhannya kita telah buat saringan terhadap lebih 50,000 orang tahun ini termasuk 8,000 wanita dan memberi kesedaran kepada 30,000 wanita mengenai kanser payudara,” katanya. –