Khamis, 21 Disember 2023
FABNO SABUN JENAMA BARU
Jangan paksa ahli UMNO ‘cuci DAP’ – Sollehin
KUALA LUMPUR – UMNO disarankan keluar dari Kerajaan Perpaduan sekiranya tidak berani menegur kebiadaban pemimpin-pemimpin DAP.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, ahli-ahli parti tidak bersetuju dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Tan Kok Wai.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa akar umbi tidak sepatutnya dipaksa ‘mencuci DAP’.
“Jangan paksa kita cakap, tuan-tuan tengoklah DAP hari ini DAP yang baik, DAP hari ni DAP yang bagus.
“Kenapa kita UMNO beriya-iya nak cuci diaorang? Ada tak diaorang cuci UMNO?” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Pada 29 November lalu, Kit Siang ketika berucap di hadapan sekumpulan pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.
Selain itu, Kok Wai ketika berucap pada Konvensyen DAP Kuala Lumpur Ahad lalu mencadangkan agar kerajaan memulakan pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu negara.
Kenyataan veteran DAP serta Pengerusi DAP Kuala Lumpur itu telah mencetuskan kontroversi dan dibantah oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Mohammad Sollehin mendakwa, pemimpin-pemimpin DAP bukan sahaja tidak ‘mencuci UMNO’ malah ada dalam kalangan mereka yang mengutuk UMNO ketika menyampaikan ceramah.
“Siap bercakap kutuk UMNO lagi, Tony Pua balun UMNO masa tu, (Setiausaha Agung DAP), Anthony Loke ada je dalam program tu,” jelasnya.
Beliau turut mempersoalkan kewajaran menukar portfolio Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Luar dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.
“Dalam keadaan Presiden UMNO tak sihat, baru lepas pembedahan, kita letak Timbalan Presiden sebagai Menteri Luar. Siapa yang nak pimpin UMNO ni?” soalnya.
Sehubungan itu, Mohammad Sollehin berharap pucuk pimpinan UMNO mendengar suara akar umbi mengenai hubungan dengan DAP.
“Jangan pekakkan telinga. Kita dah cuba, kita dah paksa, kita dah suruh tapi ahli parti tak boleh terima,” katanya.
Beliau turut menyatakan kesediaan sedia menerima apa sahaja tindakan disiplin yang mungkin dikenakan oleh UMNO berikutan kritikan terbukanya itu.-
KL MASIH PANAS
MetMalaysia: Amaran ribut sehingga petang ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 1.10 tengah hari memaklumkan, kawasan terlibat ialah Kedah (Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Pahang (Bentong dan Temerloh).
Sementara itu, Selangor, Wilayah Persekutuan WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian) turut dijangka cuaca yang sama.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette
SETAKAT
JAM 6 PETANG
KL MASIH PANAS
BERANGIN
AMIN
UBAT MELAYU TAHAN LAMA
UBAT MELAYU
TAHAN LAMA
Hobat hobatan Melayu. Arwah Ishak Hj Muhammad atau Pak Sako adalah perintis yang meringankan ejaan Jawi: hubat atau hobat dan hudang atau hodang masing masing ke ubat dan udang yang kita terima pakai selama ini.Saya nak olah sikit pasal ubat hari ini....Melayu ni obses dengan ubat.Kalu sakit dia pergi chari ubat.Ubat akar kayu,dedaun, ulam semua ada. Ubatan Melayu semua mujarab..kononnya.
Kalau makan tak semboh disuroh tanya bomoh.Tok Bomoh ambik perkataan u.b.a.t......dijampi pusing jadi b.u.a.t....lantas katanya dibuat orang! Kehidopan Melayu itu berpaksikan ubat... Hinggakan wanita2 muda sekarang tanpa segan silu mengiklankan ubat keras,ubatan tahan lama.Entah betul entah tidak.Yang saya tahu hanya Dr M seorang yang simpan rahsia ubat tahan lama( 22 tahun ).Dan DSAI ada rahsia ubat tunggu lama.........Apa saja penyakit, Melayu mesti ada ubatnya.
Ubat ubatan pengaseh,pelembut hati, pelaris,mati puchok, chepat panchot dll.Rakyat ashek dok chari ubat supaya barang naik, Rafizi dok chari formula supaya barang tak naik,......Akhir kalam,Tiga penyakit hok Melayu tak dok ubatnya adalah Penyakit PhD (Perasaan hasad Dengki),Penyakit Giler Glamor dan Penyakit Panas Baran! Kah kah kah
JUMLAH MATI BERTAMBAH
Angka kematian serangan Israel cecah 20,000 nyawa
GAZA CITY – Jumlah kematian akibat serangan Israel lebih daripada 70 hari kini mencecah 20,000 kematian pada Rabu lalu.
Pejabat Media Kerajaan di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 8,000 daripada mangsa adalah bayi dan kanak-kanak manakala 6,200 lagi adalah wanita.
Serangan udara berterusan di seluruh Gaza semalam dengan sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Di Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza di mana ratusan ribu orang dari utara mencari perlindungan selepas dipaksa keluar dari rumah masing-masing turut menjadi sasaran berterusan Israel.
Sementara itu, pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Francesca Albanese berkata, serangan Israel terhadap sistem kesihatan di kawasan Palestin telah mengambil ‘bentuk yang paling sadis’.
“Hospital dan kakitangan perubatan adalah suci, pakar hak asasi manusia PBB itu berkata dalam catatan di X, “terutama pada masa kemusnahan besar, penderitaan dan keputusasaan sebagai perang yang tidak masuk akal ini terhadap rakyat di Gaza”.
Israel meneruskan serangan ke atas hospital dan pekerja kesihatan di seluruh Semenanjung Gaza walaupun mendapat bantahan global.- Agensi
JUMLAH SAHID
JUMLAH GUGUR
BERTAMBAH
AMIN
ALANG ALANG
ERPERANG BIAR
SAMPAI MENANG
AMIN
KHALAS
OSTARD RETARD YANG MANA ?
OSTAD RETARD
YANG MANA ?
AMIN
Abg long commented on
"LAUT MERAH MEDAN TEMPUR BARU"
TT, gua ada tgk blog ostb ada bidio ostad kawan baik tt tu cakap org melayu nih keturunan bani israel n adalah the lost tribe. Tak tau la samada jawa, banjar sakai pun termasuk dlm grup melayu atau tak. Klu termasuk, maknanya tt pun keturunan bani israel la. So tak leh la marah2 sgt dgn tok2 nenek tt yer. Kih kih. Apasal takda org bagi penampau kat ostad tu ya?
ESOK MALAM TIK TOK
ESOK MALAM
SIARAN TERUS MENERUS
LIVE
DI TIK TOK
JAM 10:00
SAYA AKAN MEMBUKA WACANA
GEO-POLITIK PERANG UKRAINE
SEMUA DI JEMPUT BERBINCANG
AMIN
SURAT DARI BLOGGER.COM
Hello,
As you may know, our Community Guidelines
(https://blogger.com/go/conten tpolicy) describe the boundaries for what we
allow-- and don't allow-- on Blogger. Your post titled "AWAS !!! SCAM MAT
KOBID" was flagged to us for review. We have determined that it violates
our guidelines and deleted the post, previously at
BERITA HAL
MAT KOBID INI
TELAH DI HALANG
DARI MENEMUI
PEMBACA TT
AMIN
SEBENARNYA
SAPA YANG
KOMPLIN ?
JENG JENG JENG
SAPA YANG
FLAGGED TO US...
KHALAS
INI BERITA DAN
KOMEN GUA
BERI INGATAN
HAL TIPU HELAH
KES KOBID
YANG TELAH
BERLAKU
AMIN
KHALAS
KONGRESS EKONOMI MELAYU MINTA KEBENARAN DARI CHINA
Saya tidak persoal hak Bumiputera adakan kongres ekonomi, kata Lian Ker
BEKAS naib presiden MCA Ti Lian Ker menegaskan kenyataannya ketika perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Negara baru-baru ini, bukan untuk menafikan hak Bumiputera menganjurkan Kongres Ekonomi.
Bercakap kepada The Malaysian Insight, Ti berkata beliau cuba memberitahu kerajaan agar memberi perhatian sama rata kepada semua kumpulan etnik di negara ini – Melayu, Cina, India serta rakyat Sabah dan Sarawak – daripada tertumpu kepada kumpulan tertentu.
Katanya, kebimbangan utamanya adalah kemungkinan golongan yang mengambil kesempatan, cuba menggunakan kongres itu untuk kepentingan politik dan membangkitkan sentimen Melayu.
“Menangani semua kebimbangan masyarakat penting untuk menyelesaikan masalah negara.
“Kerajaan perlu utamakan kepentingan negara terlebih dahulu,” katanya.
Pada 5 Disember lalu, Ti menggesa kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan semula kongres yang dijadualkan tahun depan itu sebaliknya menganjurkan kongres ekonomi yang menguntungkan keseluruhan rakyat.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan penganjuran kongres ekonomi itu bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.
Sementara Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib berkata penganjuran kongres itu bertujuan menyemak semula dasar sedia ada serta menetapkan hala, dasar baharu dan pelan tindakan penyelesaian terhadap isu ketidakseimbangan sosioekonomi yang masih wujud dalam kalangan etnik
“Saya tidak halang kongres itu dan saya tidak nafikan hak orang Melayu.
“Saya juga tidak kata ‘batalkan kongres’. Itu tidak pernah saya nyatakan.
“Sebaliknya saya bimbang terhadap golongan yang ambil kesempatan demi kepentingan politik,” kata Ti.
Kata Ti lagi, selagi kongres seumpama itu tertumpu kepada golongan elit Melayu yang mengaut semua manfaat untuk diri mereka, “Malaysia tidak akan maju”.
Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh menemplak Ti susulan kenyataannya di Dewan Negara itu dengan memberi amaran agar Ti ‘tidak bermain dengan isu perkauman untuk kepentingan politik.” – 21 Disember, 2023.
INI SUDAH BERAT
MAKIN BERAT
AMIN
KONGRES EKONOMI
MELAYU WAJIB
MINTA KEBENARAN
CHINA UNTUK
DIADAKAN
AMIN
KHALAS
BERITA BAIK
Kes aktif varian Omicron bergejala ringan, kata pakar perubatan
JANGKITAN Covid-19 oleh varian Omicron setakat ini tidak ganas dan kebanyakan kes aktif bergejala ringan, menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Tan Seok Hong.
Beliau berkata kes Covid-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
“Walaupun kes boleh meningkat lagi dalam masa terdekat, tapi dalam empat hingga enam minggu akan turun.
“Sebelum ini pernah berlaku peningkatan kes tapi berdasarkan pemerhatian, kes akan turun selepas satu bulan,” katanya ketika menjadi tetamu program Jendela Fikir ‘Covid-19: Lindungi Golongan Berisiko Tinggi’ terbitan Bernama Radio hari ini.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim cuti persekolahan dan perayaan ini.
Katanya, individu yang positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri tidak perlu menyambung pengasingan selepas hari kelima walaupun ujian keputusan masih positif dan menurutnya KKM akan mengeluarkan garis panduan berkenaan dos penggalak ketiga dalam masa terdekat.
“KKM akan mengeluarkan garis panduan berkenaan dos penggalak ketiga tidak lama lagi. Buat masa ini, ambil langkah berjaga-jaga yang telah diterangkan sehingga panduan diberikan tentang dos penggalak,” katanya. – Bernama, 20 Disember, 2023.
INI BERITA BAIK
MAT KOBID
DAH LEMAH
AMIN
JENIS DELTA
KAKI BUNUH
DAH UNDUR
AMIN
TAPI KITA MASIH
WAJIB HATI HATI
AMIN
KHALAS
MAT KOBID MAKIN MEREBAK
Covid-19: 234 PPV tersedia di klinik kesihatan seluruh negara
SEBANYAK 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disediakan di Klinik Kesihatan di seluruh negara sehingga kini, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemas kini maklumat berkenaan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan bilangan PPV.
“Bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, orang ramai boleh hadir ke PPV yang tersenarai secara walk-in (jumpa terus) atau membuat janji temu menggunakan aplikasi MySejahtera sebagaimana tatacara tempahan yang dibuat semasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.
“KKM ingin menegaskan pengambilan vaksin Covid-19 pada masa ini adalah secara sukarela namun pengambilan vaksin Covid-19 adalah digalakkan terutama golongan berisiko tinggi seperti warga emas atau individu yang mempunyai komorbiditi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dzulkefly berkata vaksin Covid-19 yang tersedia di negara ini berkesan untuk melindungi daripada komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti.
Beliau berkata KKM turut menyarankan setiap warga Malaysia memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melindungi diri daripada jangkitan dan tidak menularkan Covid-19 kepada orang lain dengan mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S.
Pendekatan 3W adalah amalan kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan amaran yang lebih berkonsepkan peringatan manakala 3S ialah elak kawasan sesak, sempit serta sembang pada jarak dekat. – Bernama, 20 Disember, 2023.
DUA PERKARA
WAJIB DIKETAHUI
AMIN
PERTAMA BERAPA
HARGA SATU
BOTOL SUNTIKAN
AMIN
DUA : PFIZER
TAK BOLEH DIGUNA
AMIN
CEO PFIZER AKUI
DEPAN KONGRESS
AMERIKA
VAKSIN PFIZER
MASIH DALAM
CUBAAN
AMIN
KHALAS
TAMAK BIN HALOBA
TAMAK BIN HALOBA
KHALAS
Unknown commented on
"TAMAK NAK CEPAT KAYA"
Tamak ini banyak jenis, ada tamak harta, ada tamak berlian, emas, duit, tanah kereta motor bendang sawah rumah tapak tanah semuanya ada tamak sendiri lah, tapi tamak paling dahsyat ialah tamak berkuasa tamak jawatan tamak pangkat tamak gelaran tamak media tamak populariti kah kah kah tapi semuanya akan dapat kalau berpada-pada jugak, jangan melampau sangat sudah,
tamak pun ada hadnya, jangan terlalu tamak sampai lubang kubur tak muat, kita ini orang-orang biasa, tak piramid nak simpan segala kekayaan duniawi pun kah kah kah ada jugak usia menjangkau 100 tahun masih tamak kan semua tahu siapa malaikat ini kan? Kah kah kah orang-orang jahat pasti hidup lama kah kah kah
PERINGGI TAWAN MELAKA
PERINGGI
TAWAN MELAKA
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"TANAH MELAYU
AKAN JADI TANAH CHINA"
NEGARA TERGADAI PADA CHINA .. Gwa teringat gimana 400 ekor solja Peringgi lenggitkan 40 riba askar empayar Melaka. Di hari Melaka di tawan Peringgi .. King Of Melaka dah pon selamat berlaboh di Selat Tebrau .. syookor ..
KAPAL ISRAEL
KAPAL ISRAEL
KHAMIS 21 DISEMBER 2023
LAGI TIGA HARI
SAMBUTAN MAULUD NABI ISA
GUA INGAT LAGI
MASA GUA BERKELANA
MINGGU AKHIR BULAN DISEMBER
PALING SIBUK
SEKOLAH DAH TUTUP
SEMUA MENUNNGU
HARI MAULUD
BELI INI
BELI ITU
BELI HADIAH
BELI MAKANAN
KEDAI AKAN TUTUP
KERETA API BAWAH TANAH
BAS SEMUA AKAN BERHENTI
DUA HARI
DAN
TUNGGU JEMPUTAN
NAK BERSAMA SAPA
KETIKA INI
RADIO DAH UMUMKAN
JANGAN DUDUK DIRUMAH
SORANG SORANG
CARI TEMAN
CARI KAWAN
UNTUK MERAYAKAN
MAULUD NABI
MINGGU INI
MINGGU PESTA PESTAAN
BAHAYA KESAORNAGAN
CUACA SEJUK
SALJI ADA
MATA HARI HILANG
MEMBUAT SUSANA SEDIH
JIKA SORANG DIRI
GUA ?
KAH KAH KAH
ENJOI DE MENJOI
AMIN
KAPAL ISREAL
DI LARANG BERLABUH
DI PERLABUHAN KLANG
DAN TIDAK LAGI
DIBENARKAN MASUK
BERLABUH DI MALAYSIA
TAHUN 2005 ZAMAN
PAK LAH & ZAMAN NAJIB
KAPAL ISRAEL BOLEH SINGGAH
KINI DI LARANG
AMIN
INI HEBAT
INI BIJAK
INI BERANI
INI GARIS ANTI ZIONIS
YANG BETUL
BANYAK LAGI
BARANG ISRAEL
YANG PERLU DI BOIKOT
BUKAN HANYA MEK DOGAL
DAN STAR BAK
NANTI GUA STORY
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR CERAH
HUJAN PETANG KELMARIN
BAWA BASAH DAN SEJUK SEGAR
HA HA HA
GUA RASA PAGI INI
ADA DUA ATAU TIGA EKOR
BURUNG HOW WOW
DARI TIGA TEMPAT
GUA DENGAR SUARA
ATAU
IANYA PINDAH PINDAH
BIKIN GUA CONFUSE
KAH KAH KAH
PIPIT BERTERBANGAN
CENGKERIK BERGUMBIRA
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU MUDA
DAN AGAK KELAM
GUA YAKIN
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH TERBARING
DI BALKONI MANDI
CAHAYA MATAHARI
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUM GUMBIRA
RUMAH LAMA BERATAP IJOK
RUMAH BARU ADA PERMAIDANI
KAPAL ISREAL DI LARANG MASUK
BIJAK BERANI KERAJAAN MADANI
MINUM KOPI DI RUMAH RAKAN
ROTI TELOR DENGAN MURTABAK
KEMPEN BOIKOT WAJIB DITERUSKAN
EKONOMI ZIONIS WAJIB DI RABAK
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHAMIS