Rabu, 3 Januari 2024

ANWAR SUKA DILIHAT MANGSA - DAPAT KESIAN


Kadir dakwa Langkah Dubai mungkin naratif kerajaan

KUALA LUMPUR – Desas-desus kewujudan gerakan menjatuhkan kerajaan – digelar Langkah Dubai – mungkin naratif daripada pihak kerajaan sendiri, dakwa wartawan veteran,  A.Kadir Jasin.

Jelas beliau, langkah itu juga disifatkan sebagai rekaan kononnya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sentiasa dicemburui, dianiaya dan dikhianti oleh mereka yang berhati busuk.

“Jadi apakah muslihat di sebalik hingar-bingar mengenai Langkah Dubai ini? Mungkinkah ia berasal daripada pihak kerajaan sendiri bagi meneruskan naratif dan diayah bahawa Anwar ini sentiasa dicemburui, dianiaya dan dikhianati oleh mereka yang berhati busuk?

“Dalam erti kata lain, Anwar sentiasa memerlukan “nemesis” (musuh) sebenar atau khayalan untuk memberi keabsahan kepada politiknya.

“Itulah kaedah beliau dan penyokongnya sejak zaman protes belia pada tahun 1970-an sehingga kepada zaman konformis UMNO pada 1980-an dan 90-an, era reformasi selepas dipecat pada tahun 1998 dan kini era kuasa di Putrajaya,” dakwa beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Kadir mengulas mengenai desas-desus mengenai Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dengan matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Dalam pada itu, Kadir berkata, sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan setahun lalu, agensi-agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiasat sesiapa sahaja yang disyakinya.

Malah katanya, perkara itu lebih giat dijalankan sejak tumbangnya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2018 (PRU14) dan rampasan kuasa menggunakan Akaun Bersumpah (SD) dengan penbunuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya pernah cerita bagaimana saya disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (pendahulu kepada SPRM) pada akhir tahun 1990-an bersabit dakwaan keterlibatan Anwar Ibrahim dalam urusan pembelian lesen penjana elektrik bebas (IPP) oleh Realmild Sdn Bhd daripada dua individu Bumiputera. Saya adalah salah seorang ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Realmild ketika itu.

“Dakwaan itu terkandung dalam akuan berkanun (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid, pada tahun 1999. Sepanjang ingatan saya tidak ada tindakan susulan kepada siasatan itu. Boleh jadi kerajaan waktu itu hanya hendak tahu kesahihan dakwaan Murad, khususnya kemungkinan wujudnya “war chest” Anwar,” katanya lagi.


KAH KAH KAH

WOIT

INI TRIK LAMA 

AMIN

CARI SIMPATI 

CARI KESIAN 

KAH KAH KAH

AMIN

BIJAK BIJAK

TAK BUAT KERJA

EKONOMI GAGAL

CARI SIMPATI

TUDUH ADA

KOMPLOT

NAK GULING

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

  1. ini nama dia gila meroyan.. dari muda sampai tua nak cerita dia je.. setiap masa ada komplot nak kacau dia .. dia terpaling suci yang lain semua firaun.. kah kah kah.

    BalasPadam