Rabu, 3 Januari 2024

BETUL KE ATAU BERIAT KARUT ?



10 individu akan ditahan, ramal Raja Petra

KUALA LUMPUR – Penulis blog kontroversi, Raja Petra Raja Kamarudin mendakwa 10 individu ternama termasuk beberapa pemimpin pembangkang akan ditahan pihak berkuasa.

Raja Petra turut menyenaraikan tiga bekas perdana menteri iaitu  Dr Mahathir Mohamad dan  Muhyiddin serta Ismail Sabri juga akan ditangkap.

Individu lain adalah bekas menteri kewangan,  Daim Zainuddin, Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang dan bekas Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein.

Pemimpin pembangkang yang dijangka ditahan adalah  Hamzah Zainudin (Ketua Pembangkang),  Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden Pas) dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan dokumen daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri bagi membantu siasatan berhubung perbelanjaan kempen Promosi Keluarga Malaysia oleh pentadbiran sebelum ini.

Isnin lalu, SPRM dilaporkan akan memanggil bekas perdana menteri dan dua pembantunya sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas tiga kes berasingan membabitkan dakwaan salah guna dana.

Siasatan itu bagi mengenal pasti sumber kekayaan diperoleh isteri serta anak kepada pemimpin berkenaan membabitkan aktiviti syarikat petroleum dan perbelanjaan berkaitan pengiklanan.

Terdahulu, media melaporkan seorang ahli Parlimen dari sebuah negeri di Pantai Timur dan pembantunya akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan Akta SPRM 2009. – 

WOIT

INI BERITA

GEMPAQ

KAH KAH KAH

NAK BAGI TAKUT

PARA YB YANG

NAK TINGGALKAN

ANWAR

KAH KAH KAH

BIJAK BIJAK

TAKUT LARI

CABUUUT

PALING TADAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan