Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
KUALA SELANGOR: Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK).
Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar berkata, kerajaan sedaya upaya melambat-lambatkan proses PRK sehingga mencapai mandat selama tiga tahun.
"Di pihak kerajaan saya nampak akan berlaku 'delay tactic' sehingga tempoh tiga tahun dan kalau diisytiharkan (kerusi) kosong sekali pun, maka sudah tiada lagi PRK," katanya.
PRK Kuala Kubu papa kalah 6 ribu majority
BalasPadamTungguuuuu