Khamis, 28 Mac 2024

SKIM CEPAT KAYA


Jumlah kerugian jenayah komersial meningkat 89% tahun ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kerugian aktiviti jenayah komersial berjumlah RM770.5 juta setakat minggu ke-12 tahun ini, naik 89 peratus.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sejak Januari hingga 24 Mac yang lalu, PDRM merekodkan sebanyak 7,348 kes berbanding 7,986 kes membabitkan kerugian bernilai RM407 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu .

“Biar pun berlaku pengurangan jumlah kes iaitu penurunan lapan peratus, tetapi jumlah kerugian yang direkodkan jenayah komersial ini sangat ketara dan cukup besar,” kata beliau, hari ini.

Menurut Ramli, sebanyak 3,785 kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah pada tahun ini, bersamaan 52 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 3,463 pertuduhan.

“Jika melihat pecahan demografi tangkapan sepanjang 1 Januari hingga 3 Mac, polis telah menahan seramai 4,131 individu atas pelbagai kesalahan membabitkan jenayah komersial yang terdiri daripada 71 peratus lelaki dan 29 peratus wanita,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati sebanyak 75 peratus tangkapan berperanan sebagai keldai akaun, 13 peratus sebagai pekerja am, tujuh peratus merupakan dalang , operator (3 peratus), penyelia (1 peratus) dan kewangan (1 peratus).

Selain itu katanya, sebanyak 84 peratus suspek jenayah komersial terdiri daripada individu berpendidikan menengah, 11 peratus adalah berpendidikan rendah, empat peratus memegang kelulusan diploma dan satu peratus suspek berkelulusan ijazah.


SCAM CEPAT

KAYA TERUS

BERKEMBANG

AMIN

INTERNET JADI

SENJATA UNTUK

MENYAMUN

AMIN

DIBANTU OLEH

NIAT NAK CEPAT

JADI MAHA KAYA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan