Sabtu, 23 Mac 2024

SUMBANGAN MALAYSIA !!!


Malaysia akan beri sumbangan tambahan RM10 juta kepada UNRWA – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Malaysia akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta  (US$2.1 juta) kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat.

Ini akan menjadikan sumbangan keseluruhan negara kepada agensi itu mencecah RM20 juta  (US$4.21 juta).

Satu kenyataan daripada Wisma Putra pada Jumaat berkata Malaysia bersetuju untuk membuat  sumbangan tambahan itu dengan keadaan di Gaza semakin meruncing dan cabaran dari segi kewangan yang dihadapi agensi itu.

Wisma Putra berkata Malaysia akan terus mengekalkan komitmennya untuk menyediakan bantuan keperluan asas dan sokongan kepada UNRWA  yang kini menghadapi kekangan dari segi kewangan.

Menurut kenyataan itu, Malaysia dalam menzahirkan sokongan kepada UNRWA telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 juta   (US$2.1 juta) kepada agensi itu menggunakan dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) pada 17 Nov 2023.

Ini merupakan sumbangan tambahan kepada US$200,000 setahun yang disalurkan Malaysia bagi tempoh lima tahun dari tahun 2021 hingga 2025 kepada UNRWA.

Menurut kenyataan itu setakat ini 12 negara penyumbang utama telah menggantung pembiayaan sukarela kepada UNWRA  susulan dakwaan terhadap penglibatan 12 kakitangannya terlibat dengan serangan pada 7 Oktober 2023, menyebabkan agensi itu kekurangan dana.

Wisma Putra berkata Malaysia mengalu-alukan pengumuman yang dibuat empat negara, iaitu Australia, Iceland, Kanada dan Sweden mengenai penyambungan semula pembiayaan kewangan kepada UNRWA.

Malaysia akan terus menyokong UNRWA dalam usahanya untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin, katanya. – BERNAMA


TERIMA KASIH

INI BUKTI KITA

SOKONG RAKYAT

PALESTIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan