Polis serbu pusat karaoke, 15 GRO warga China ditahan
KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di tingkat tiga sebuah premis di Jalan Raja Chulan di sini, yang dikesan menggaji wanita warga asing sebagai pekerja pelayan pelanggan (GRO), semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, polis menahan 15 GRO wanita warga China dan seorang lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 38 tahun.
Serbuan dijalankan menerusi Op Pintas Pusat Hiburan oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata premis hiburan diserbu itu adalah kelab karaoke TV (KTV) dan dikesan baru sebulan beroperasi.
Menurutnya, siasatan mendapati premis terbabit menyediakan perkhidmatan GRO untuk pelanggan berhibur dan pengurus memberikan alasan semua GRO yang bekerja di situ datang sendiri tanpa paksaan bagi mengelak ditahan.
"Menerusi serbuan itu, kita menahan 16 individu termasuk tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun berperanan sebagai pengurus premis.
"Tangkapan selebihnya adalah 15 wanita warga China yang disyaki digajikan sebagai GRO dengan dua daripadanya ditahan kerana tiada pas atau permit sah untuk tinggal di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, siasatan ke atas pengurus premis akan dijalankan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, manakala wanita warga asing selebihnya dijalankan mengikut Peraturan 39(b) peraturan-peraturan imigresen 1963.
Dalam pada itu, katanya, siasatan awal mendapati kelab KTV itu mempunyai lesen perniagaan yang sah.
1.2 juta Cina Merah gagal di kesan .. gwa ponah poey urut yg tukang urut nyo Cino Merah Puting Pink .. gwa tanya "Polis Tatak Latang ke .." Cina tu ckp "hali2 Mali .. ulot ..". Cis Cina ni mungking bohong .. kahkahkah
BalasPadamtanyo panglimo dio.. terer bab2 lendir ni..
BalasPadam