Kalau hampir tarikh luput, bersedekahlah elak pembaziran – Mat Sabu
KUALA SELANGOR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mohamad Sabu menasihatkan kepada pihak berkenaan supaya tidak membuang makanan yang hampir tarikh luput.
Beliau yang juga Presiden Amanah berkata, barangan tersebut boleh diberikan kepada kumpulan yang memerlukan.
“Bila date (tarikh) nak habis, kalau kita tak tahu nak buat apa, paling kurang bersedekahlah pada pihak-pihak yang memerlukan,” katanya ringkas.
Beliau yang ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor anjuran i Dr Dzulkefly Ahmad diminta mengulas insiden pembuangan beras dan produk makanan lain di di tapak pelupusan sampah Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Mohamad menasihatkan rakyat supaya tidak melakukan pembaziran terhadap makanan seperti yang dilaporkan kebelakangan ini.
“Kalau sedia makanan banyak tak ada masalah kena habiskan sebab sekarang ini Alam Flora mendapati apa yang dibuang kebanyakan adalah makanan.
“Pakar agama kita menasihatkan elak pembaziran, makan biar habis. Macam nasihat emak saya dulu kalau nasi jatuh sebiji atas lantai, ambil balik kerana nak dapat padi selama enam bulan. Jadi praktis itu tak ada pada kita sekarang.
“Pembuangan banyak sekali di hotel-hotel. Barang mahal kita terima hakikat, pada masa yang sama pembaziran itu elak,” nasihatnya.
Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk tidak memakan produk melepasi tarikh luput.
Pihak berkuasa, menurut beliau, perlu memastikan pihak yang berada dalam rangkaian perniagaan tidak menyimpan dan menyorok produk makanan hingga melepasi tarikh luput.
“Kalau pasal makanan jangan ambil mudah. (Kejadian) Itu adalah (melibatkan) kampit beras dan makanan kering. Mereka rasa terpanggil untuk ambil. Perkara ini kita perlu ambil tindakan segera memberitahu pihak berwajib. Mereka tidak akan berjaya menembusi jika ada benteng yang kuat.
“Siapa yang menyimpan stockpile ini? Adakah mereka ini pengurus restoran, dalam rangkaian peruncit makanan? Kita kena tahu.
“Dan saya pasti mereka sedar bahawa mereka tidak boleh menyimpan, menyorok kerana ia ada dalam akta. Tidak mudah untuk mereka lakukan sewenangnya. Kita mahu penguatkuasaan dipertingkatkan,” katanya.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said sebelum ini dilaporkan mengakui barangan keperluan asas yang dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh adalah dari tempat simpanan dikendalikan pihaknya.
Beliau berkata, barangan terbabit sudah mengalami kerosakan dan tidak selamat untuk diagihkan kepada penduduk sekitar.
Katanya, beras dan barangan dapur tersebut merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika menjadi Ahli Parlimen. –
Pasukan Malaysia Bawah 23 tahun main macam taraf Kampung Kampung... Nutralisasi tu kau kutip dari ulu kampung mana tu...!!
BalasPadamhttps://vt.tiktok.com/ZSFWKanqt/
Pemain taraf kampungan tak payah nak nangis nangis lah.. buang duit rakyat ... Semak lah..!!
Menteri sukan dolu kaki demonstrasi ganas macam mana sukan bola sepak Nak maju.
Rumput Padang tak helok sebab bumbung stadium pulak yang dipersalahkan... Bangang melantun lantun kerajaan papangang ni..
https://vt.tiktok.com/ZSFWgprGD/
Pemain nutralisasi sekadar standard taraf kampungan
Dah kalah tak yah nangis nangis sangat lah weeii.
Rakyat tengok pemain nangis rasa kalakau dan lucu tak sedih pun ... Main standard Kampung nak nangis lebih lebih ... Kelakar sangat lihat gelagat depa suma..!!
Nutralisasi Kampung..
#nutralisasikampungulumanakauambilnihh
paham2 lah bekas mp.. penjilat dah tak de .. macai dah lari.. kah kah kah
BalasPadamKita ada satu law, namanya anti catut. Dulu anti sorok. Tak boleh simpan gudang lama lama beras, gula, minyak masak dan minyak tanah. Apa tujuan? Mahu supply bandit? Mahu harga baik? Ini semua keperluan dapur sudah disabsidi duit cukai kita semua.
BalasPadamtapi abam mat jangan pulak tunggang isu.. beras tetap masih ilang buat lah kerja.. jangan malas..
BalasPadamIni kerja org gila,, org politik ramai yg gila,, perpatah cina berkata “jika kita tidak dapat makan bubur itu, maka kita isikan pasir agar semua org tak dapat makan”. Kalau dah luput pun tak mengapa boleh beri pada gua, atau beritahu gua datang ambil, gua boleh beri ayam itek lembu kambing dan babi gua mkn,, binatang tiada masaalah, binatang perliharaan gua tahi pun dia makan sebagai natural vaccine , binatang gua organic lebih baik dari ayam usia 25 hari yg jual di pasar,, KKM pun tak pernah ambil tahu berapa banyak ubat yg di beri pd binantang dan sayuran serta buah buahan di pasaran,, system semua rosak krn org politik dan kuasa dan duit,, tt anjing lu dgn Org politik mana lebih organic.? Lu jgn tak jawap
BalasPadam