PKR terikat kerana berada dalam kerajaan, kata Rafizi
PKR terikat dengan dasar, kerahsiaan dan peraturan pentadbiran kerajaan yang menyekat parti itu daripada berani, kata timbalan presiden Rafizi Ramli.
Menurutnya pemimpin parti itu berada dalam kerajaan dan mereka tidak boleh lantang seperti ketika berada dalam pembangkang.
Mereka terikat dengan pelbagai kekangan, tambahnya.
“Kebanyakan pemimpin kita (PKR) adalah pemimpin kerajaan (pada masa ini).
“Oleh itu, apabila bercakap sebagai kerajaan, kita terikat dengan dasar dan kerahsiaan serta peraturan pentadbiran,” katanya pada konvensyen khas PKR sempena sambutan ulang tahun ke-25 parti itu di Shah Alam.
Menteri ekonomi itu juga berkata PKR tidak boleh dilihat terlalu agresif kerana mereka perlu mengimbangi tugas mereka sebagai kerajaan.
Bagaimanapun, beliau berkata majoriti ahli parti tetap bersemangat untuk melaksanakan usaha pembaharuan yang dijanjikan.
“Parti ini lebih besar daripada parti politik semata-mata kerana ini adalah keluarga kami sejak 25 tahun lalu.
“Motivasi terbesar kami untuk mengekalkan kesetiaan kepada parti adalah kerana parti ini adalah rakan dan keluarga kami yang pernah turun naik bersama dalam perjuangan parti,” tambahnya. – 21 April, 2024.
Dah jadi kerajaan tak reti buat kirija...makan gaji buta paknchu cheng...piraaaah..
BalasPadamHahaha lanchiau...mana tata kelola...dah jadi tata titi tutu ke..atau tatakelongkang..
BalasPadamWewengang...cerakin..cerakencin...PALER BUT punyer kerajaan.