Isnin, 29 April 2024

RUNDINGAM GENCATAN SENJATA




Rundingan genjatan 

senjata Gaza dipergiat esok
BAITULMAQDIS: Usaha diplomatik terus dipergiat hari ini dalam usaha mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan yang sekian lama diharapkan di Gaza.

Tindakan itu dibuat ketika Hamas memaklumkan bakal mengadakan pertemuan dengan orang tengah, Mesir bagi menyampaikan hasrat mereka terhadap cadangan terbaru Israel.

Kerajaan Israel berdepan tekanan yang hebat daripada sekutu globalnya dan penunjuk perasaan supaya melaksanakan genjatan senjata.

Israel turut menuntut pembebasan tebusan diculik Hamas ketika serangan pada 7 Oktober lalu yang sekali gus mencetuskan perang.

Menurut seorang pegawai kanan Hamas, wakil kumpulan pejuang itu akan tiba di Mesir esok bagi menyampaikan keputusan kumpulan berkenaan terhadap tebusan baharu Israel dan cadangan gencatan senjata.

Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat cuba untuk menjadi orang tengah bagi gencatan senjata baharu sejak pertempuran dihentikan selama seminggu pada November yang menyaksikan 80 tebusan Israel ditukar dengan 240 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Hamas sebelum ini menegaskan supaya dilaksanakan gencatan senjata kekal, namun ditolak Israel.

Bagaimanapun, laman web berita Axios, yang memetik kenyataan dua pegawai Israel, melaporkan cadangan terbaru Israel termasuk kesediaan untuk membincangkan 'pemulihan mampan' di Gaza selepas tebusan dibebaskan.

Menurut Axios, buat kali pertama dalam tempoh perang yang berlanjutan hampir tujuh bulan itu, pemimpin Israel secara terbuka membincangkan cadangan menamatkan perang.

Sumber Hamas yang rapat dengan rundingan itu, memberitahu AFP, kumpulan itu terbuka untuk membincangkan cadangan baharu itu secara positif.

Sumber itu menambah, kumpulan itu berminat untuk mencapai persetujuan yang menjamin gencatan senjata kekal, membawa pulang rakyat yang dipindahkan, perjanjian yang boleh diterima untuk pertukaran (banduan) dan memastikan penamatan kepungan di Gaza.

Harapan baharu bagi gencatan senjata yang berpotensi itu muncul apabila pemimpin dunia dan kumpulan kemanusiaan memberi amaran pencerobohan Israel ke atas bandar paling selatan, di Rafah akan membawa kemusnahan yang lebih dahsyat. - AFP

APAKAH ZIONIS

AKAN  BATALKAN

PROJEK BUNUH

PALESTIN

AMIN

ATAU INI TANDA

PALESTIN AKAN

BERJAYA

AMIN

1 ulasan:

  1. Kah kah kah kah kah
    Itu saja klimaks?
    Sampai itu saja?
    Kah kah kah
    Peluru dah habis?
    Apa cerita sebalik cerita?
    Siapa paling untung?
    Penghasut?

    BalasPadam