Selasa, 14 Mei 2024

LAWAN ZIONIS INTERNASIONAL DAN ZIONIS TEMPATAN


🔥 MALAYSIA HARUS TOLAK DASAR CAMPUR TANGAN AMERIKA URUSAN DALAMAN NEGARA


Firman Allah 
 
يايها النبي اتق الله و لا تطع الكافرين و المنافقين ان الله كان عليما حكيما

" Wahai nabi bertaqwalah kepada Allah dan janganlah sama sekali kamu taat kepada golongan penentang dan kaum munafik. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha bijaksana " 

                                                                                                               بسم الله الرحمن الرحيم 


Negara telah digemparkan dengan berita bahawa beberapa pegawai perbendeharaan Amerika datang ke Malaysia. Meskipun tarikh kedatangtan pegawai ini tidak diketahui namun hal ini tidak boleh dipandang ringan serta perlu diamati dengan cermat dan penuh kecurigaan oleh rakyat Malaysia. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa setiap kali kehadiran dan campur tangan Amerika dalam mana-mana negara ia tidak lain hanya mendatangkan kemudaratan buat negara tersebut.

Kesahihan berita ini akan menjadi sebuah musibah bagi negara dan rakyat jika seandainya kehadiran itu adalah bermotifkan untuk menyelongkar data dan maklumat oleh pegawai Amerika terhadap mana-mana pihak yang menyumbang kepada perjuangan Palestin maka ia tidak wajar sama sekali dibiarkan oleh kerajaan Malaysia. Urusan dalaman negara adalah termasuk kedaulatan yang harus dipertahankan oleh pemerintah dari campur tangan pihak asing apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara yg secara terang-terangan konsisten menyokong dengan lantang perjuangan Palestin dari pimpinan sehingga ke rakyatnya.

Justeru itu Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) mengharap agar Perdana Menteri Malaysia dan kerajaan tidak membiarkan perkara ini terjadi. Ini kerana kekhawatiran kami ialah seandainya berlakunya kebocoran maklumat dalaman ini kepada pihak luar khususnya Amerika yang terkenal hanya bekerja untuk kepentingan rejim haram zionis Israel maka pasti rejim haram zionis Israel akan mendapatkan manfaatnya dari maklumat ini melalui proksinya iaitu Amerika.

و الله خير الحافظين 

Syed Sheikh Al Attas
Presiden SEJAGAT Malaysia
8 Mei 2024

Tiada ulasan:

Catat Ulasan