Selasa, 14 Mei 2024

SOKONG ASALKAN BUKAN TEATER


Pendirian berani Saifuddin hadapi AS patriotik, perlu disokong - Hassan


Pendirian Menteri Dalam Negeri  Saifuddin Nasution Ismail dalam mempertahakan kedaulatan negara ketika bertemu  Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi Keganasan dan Risikan Kewangan AS, Brian Nelson semalam wajar disokong semua rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pendirian Malaysia yang tidak mengiktiraf sekatan sepihak oleh AS dan hanya melaksanakan sekatan yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu adalah dasar yang tepat.

"Dalam hal ini saya sokong pendirian Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasustion Ismail.

"Amerika Syarikat perlu hormat pendirian Malaysia ini.

"Wakil AS yang datang ke negara ini jangan berlagak sombong untuk mengugut Malaysia dengan ancaman sekatan sepihak olehnya ke atas pihak-pihak di Malaysia.

"Apa yang dikatakan oleh Saifudin adalah tepat, iaitu Malaysia hanya iktiraf sebarang bentuk sekatan yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi Hassan, pendirian berani yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri itu bahawa Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat sebagai anggota sah PBB menjelaskan kepada wakil AS yang datang itu, bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang boleh dibuli oleh adikuasa dunia.

Beliau menyifatkan Saifuddin telah menjalankan tanggungjawab terbaik yang mengutamakan patriotisme dan tidak tunduk kepada kuasa besar.

"Pendirian yang diutarakan oleh Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution dalam soal sepenting ini, dalam hubungan bernegara adalah satu pendirian yang patriotik, dan progresif melambangkan dasar dalam negeri dan luar negeri Malaysia yang bebas dan dinamik," katanya lagi.

Sebelum ini, terdapat beberapa dakwaan dibuat oleh AS berhubung sistem kewangan Malaysia telah digunakan untuk menyalurkan dana kepada Iran, dan hal itu juga terkait penyaluran kepada kumpulan yang rapat dengan kerajaan Iran seperti Hamas.

AS mengenakan sekatan sepihak ke atas Iran manakala Hamas pula dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh negara itu.

MENENTANG

ZIONIS

 INTERNASIONAL

DAN ZIONIS

TEMPATAN

 ADALAH 

TUGAS SUCI

AMIN

 WAJIB BERI

 SOKONGAN PADU

AMIN

ASALKAN JANGAN

BUAT TEATER

CAKAP LAIN

BUAT LAIN

AMIN

HANYA UNTUK

POLITIK MELAYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan