Ahad, 9 Jun 2024

AWAS BAHAYA PENDATNG HARAM !!!




Program taklimat

 kewarganegaraan: 

DAP kena beri penjelasan 

terperinci - Ketua Penerangan PAS
KOTA BHARU: Pas menyifatkan tindakan DAP mengadakan program taklimat untuk kewarganegaraan adalah bahaya umpama sedang 'membakar' negara.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tugas berkenaan tidak boleh dilaksanakan oleh parti politik kerana ia bidang khusus Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"DAP wajib menjelaskan secara terperinci apakah langkah yang dilakukan oleh individu bernama Yeap Choon Keong yang mendakwa dirinya ialah Pengarah Program Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang yang berjaya membantu mendapatkan kerakyatan untuk beberapa individu.

"Mengikut data dalam media sosialnya sendiri, pada Mei tahun ini, sebanyak enam kes berjaya diselesaikan, lima kes pada April dan tiga kes pada Mac," katanya menerusi kenyataan media di Facebook, hari ini

Katanya, penjelasan perlu dibuat berhubung tindakan berkenaan selain turut mempersoalkan apa 'kabel' yang digunakan sehingga mujarabnya usaha individu berkenaan.

"Tidak cukupkah kaedah biasa di JPN dan KDN untuk menyantuni urusan (permohonan kewarganegaraan) ini?. Amaran keras untuk pihak yang sedang 'membakar' negara ini, jangan sekali-kali berani melakukan tindakan bodoh jika tidak ingin berdepan dengan tindakan undang-undang di kemudian hari.

"Rakan-rakannya di dalam kerajaan juga, jangan berpura-pura marah dan naik angin, kamulah yang sedang membantu menyemarakkan api," katanya.

Terdahulu, tular poster penganjuran program terbabit yang mengundang pelbagai pandangan negatif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stulang, Andrew Chen Kah Eng seterusnya menerusi muat naik di laman Facebooknya, memaklumkan taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang yang dijadualkan pada 30 Jun ini, ditangguhkan.

Dakwanya, taklimat berkenaan bertujuan menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab-sebab lain.

INI CARA

NAK HALALKAN

1.5 JUTA WARGA

CHINA MERAH

YANG LESAP

DI TANAH MELAYU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan