Ahad, 9 Jun 2024

ISLAM SESAT



Tehran dakwa penjajahan asing punca utama masalah Afghanistan

TEHRAN: Punca majoriti masalah dan cabaran yang dihadapi Afghanistan adalah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah mereka, dakwa Pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri.

Pada Sabtu, wakil dari Iran, Russia, Pakistan dan China berkumpul di Tehran untuk menghadiri mesyuarat Kumpulan Hubungan Serantau mengenai Afghanistan, lapor Sputnik.

"Sebab kebanyakan masalah dan cabaran yang dihadapi Afghanistan adalah pendudukan negara ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya, serta pemaksaan kemunduran oleh penjajah," menurut Bagheri dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan oleh pembantunya, Ketua Pengarah Jabatan Asia Selatan Kementerian Luar Iran, Seyyed Rasoul Mousavi, pada mesyuarat kumpulan itu.

Pegawai itu berkata, walaupun tentera pendudukan sudah meninggalkan Afghanistan, negara itu masih menghadapi halangan pembangunan kerana akses rakyatnya kepada sumber-sumber Afghanistan dihadkan.

Bagheri berkata, satu daripada masalah yang dihadapi Asia Barat sekarang ialah penghijrahan besar-besaran rakyat Afghanistan ke negara-negara jiran, sambil menambah perlu ada mekanisme yang dikawal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk membantu Afghanistan mengembalikan semua pendatang, menyediakan mereka dengan tanah dan keadaan hidup yang baik.

Menteri itu berkata, Iran sentiasa menyokong inisiatif membina yang bertujuan mencapai keamanan dan kestabilan di Afghanistan, termasuk mesyuarat menteri luar dari negara jiran Afghanistan dan perbincangan format Moscow.

Mesyuarat di Tehran dihadiri oleh Wakil Khas Pakistan mengenai Afghanistan Asif Durrani, utusan presiden Iran untuk Afghanistan Hassan Kazemi Qomi, Duta Khas China ke Afghanistan Yue Xiaoyong dan Duta Besar Russia ke Afghanistan Dmitry Zhirnov.

Pergerakan Taliban mengambil alih kuasa pada Ogos 2021 namun kerajaan Taliban tidak diiktiraf oleh PBB.

Banyak negara dan organisasi antarabangsa memotong bantuan dan hubungan dengan Kabul. - BERNAMA-SPUTNIK

IRAN INI

MAZHAB SHIAH

AMIN

SHIAH DITUDUH

ISLAM SESAT

AMIN

NASIB BAIK

ADA ISLAM SESAT

BERJUANG LAWAN

ZIONIS AMERIKA

AMIN

KALAU TAK SESAT

MACAM

 ISLAM SAUDI 

KITA SEMUA 

JADI  BARUA

ZIONIS AMERIKA 

AMIN

JUAL HARTA NEGARA

PADA ZIONIS YAHUDI

BLACKROCK

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan