Khamis, 6 Jun 2024

TUKAR TUKAR AGAMA


Kumpulan hak asasi bidas pendakwah berhubung video tukar agama


PENDAKWAH Firdaus Wong dikecam berhubung klip video dia menjawab pertanyaan seorang guru sekolah menengah mengenai cara menangani isu pelajar yang ingin memeluk agama Islam.

Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global S. Shashi Kumar berkata video yang dimuat naik di akaun TikTok Firdaus tiga hari lalu telah mencetuskan kemarahan dan kritikan daripada pengguna media sosial.

Video berdurasi 4.12 minit itu memaparkan Wong dan guru sekolah itu bersoal jawab mengenai cara menangani isu pelajar yang ingin memeluk Islam.

“Guru dalam video itu dilihat membangkitkan soalan kepada pendakwah dan meminta nasihat tentang cara menangani perkara sebegitu.

“Pendakwah kemudiannya menasihatkan guru supaya mengislamkan kanak-kanak di bawah umur dengan mengucap kalimah syahadah tetapi tidak mengambil sebarang gambar, video atau mendaftarkan kanak-kanak di bawah umur ini kerana mereka berumur di bawah 18 tahun.

“Nasihat atau cadangan oleh pendakwah itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan etika mengenai penukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara diam-diam tanpa kebenaran ibu bapa tetapi juga sama ada nasihat atau cadangan itu akan bertentangan dengan undang-undang Malaysia,” kata Shashi dalam satu kenyataan hari ini. – 6 Jun, 2024.



TUKAR TUKAR

AGAMA NI

JADI MASAALAH

AMIN

BIAR MEREKA

DEWASA BUAT

PILIHAN

AMIN

MASA KANAK KANAK

IKUT SAJA AGAMA

EMAK AYAH

AMIN

DAH DEWASA

NAK JADI ATEIS

JADI AGNOSTIK

JADI PEMIKIR BEBAS

NAK JADI BUDDHA

PILIHAN SENDIRI

AMIN 

ADA BERATUS 

AGAMA DALAM

 DUNIA INI 

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan