Rabu, 3 Julai 2024

BODOH BAWA BAHAYA KEPADA NEGARA


Anwar disekolahkan bekas pemimpin Umno mengenai beza jual saham MAHB dan beli saham di pasaran terbuka


Bekas pemimpin Umno Isham Jalil mempertikaikan hujah Anwar Ibrahim dalam mempertahankan keputusan membawa masuk sebuah syarikat milik BlackRock untuk memiliki kepentingan dalam konsortium menguruskan lapangan terbang negara, sambil menyekolahkan perdana menteri mengenai kaedah pasaran saham terbuka.

Ia selepas Anwar membalas serangan pengkritik dengan berkata BlackRock sudah pun memiliki pelbagai kepentingan dalam negara termasuk di Kelantan dan Terengganu, iaitu negeri diperintah pembangkang.

Isham bagaimanapun berkata saham BlackRock dalam syarikat-syarikat tersebut termasuk bon kerajaan yang dimilikinya semuanya dibeli di pasaran saham yang terbuka kepada mana-mana pihak tanpa halangan.

"Pegangan-pegangan saham dan bon-bon oleh kepentingan Blackrock di syarikat-syarikat ini adalah kecil, iaitu dalam 1%-3% sahaja.

"Mereka tidak perlu minta izin atau runding dengan kita untuk beli saham-saham dan bon-bon di pasaran terbuka seperti ini dan tidak ada sesiapa boleh halang mereka," kata Isham, yang pernah menganggotai Unit Perancangan Ekonomi di bawah pentadbiran Najib Razak.

Menurut Isham, ia berbeza dengan penjualan saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) yang merupakan syarikat strategik milik kerajaan dan rakyat.

Di bawah pelan diumumkan baru-baru ini, Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock akan membeli 30% kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Ia mencetuskan bantahan disebabkan reputasi BlackRock yang  memperkasakan ekonomi Israel dan pelaburannya yang meluas dalam industri senjata AS, di samping keperluan kerajaan membawa masuk entiti asing memiliki kepentingan MAHB yang mencatatkan keuntungan bersih lebih setengah bilion ringgit tahun lepas.

Isham menyifatkan pemilikan saham oleh GIP itu adalah "besar dan signifikan".

"Penjualan ini bukanlah melalui pasaran terbuka namun secara rundingan untuk menjadikan MAHB milik persendirian dan bukan lagi tersenarai di bursa saham," katanya.

"Penjualan ini adalah di atas pilihan dan keputusan kerajaan sendiri walaupun MAHB sebelum ini mencatat keuntungan beratus juta ringgit."

Jumaat lalu, Anwar mempertahankan keputusan menjual saham MAHB kepada GIP dengan memberi alasan kerajaan tidak boleh memutuskan hubungan dengan syarikat yang berurusan dengan Israel, di samping langkah tersebut akan "menjejaskan ekonomi negara".

Menurut Anwar, rundingan dengan GIP berlaku sebelum syarikat itu diambil alih sepenuhnya oleh BlackRock.

Sambil menuding jari kepada pengkritik yang cuba "menjadi jaguh", Anwar yang menteri kewangan itu berkata: "Syarikat yang ada kepentingan BlackRock ada beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara dan di pasaran saham."

Respons perdana menteri itu sehari selepas  bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kegagalan Anwar membatalkan perjanjian jualan saham dengan GIP bermakna beliau bersubahat dengan kekejaman Israel.

Isham menolak alasan Anwar yang rundingan bersama GIP diadakan sebelum firma itu dibeli BlackRock. 

"Anwar, sekarang kita sudah tahu GIP ini kini dipunyai oleh BlackRock, maka sebenarnya kita boleh buat keputusan untuk menamatkan rundingan dengan GIP ini jika kita mahu oleh kerana perkembangan ini."

Isham turut berkata, alasan bahawa ekonomi akan terjejas sekiranya Malaysia enggan berurusan dengan mana-mana syarikat yang berdepan tuduhan memperkasakan Israel, adalah bersifat hipokrit.

"Jika kita menentang genosid, jangan ambil duit dari pihak yang menyokong pelaku genocide. Itu sahaja. Apa-apa alasan lain yang sesiapa beri untuk menjustifikasikan sebaliknya hanyalah menunjukkan hipokrasi atau kelemahan jatidiri seseorang yang lemah dan tidak berpendirian."

BlackRock antara lain terlibat dalam memperkasakan jentera perang Israel, dan ibu pejabatnya di New York menjadi sasaran penunjuk perasaan pro-Palestin yang menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai.

Hujah Anwar enggan membatalkan penjualan saham kepada GIP dilihat sama dengan  pendiriannya apabila kumpulan pro-Palestin membantah kehadiran syarikat pertahanan yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel di pameran pertahanan di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Anwar ketika itu berkata tidak menjadi masalah untuk mereka beroperasi di Malaysia selagi syarikat itu tidak didaftarkan di Israel.

Hujah Anwar itu mengundang persoalan sama ada Malaysia akan membenarkan mana-mana syarikat terlibat membantu Israel selagi ia tidak didaftarkan di Israel.

Ini kerana syarikat Lockheed Martin, walaupun berpengkalan di AS, jelas menyatakan penglibatannya memperkasakan sistem pertahanan Israel.

Dalam laman web rasminya, Lockheed Martin berkata ia “bangga” dalam peranannya mempertahankan keselamatan Israel.

WOIT

ISHAM JALIL

LEBIH BIJAK 

DARI  ANWAR

KAH KAH KAH

BODOH BUKAN

JENAYAH

AMIN

SOSOK BODOH 

ADA KUASA

AMAT BAHAYA 

PADA NEGARA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan