Rabu, 3 Julai 2024

NAJIB TERUS DI KAJANG


Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian Titah Adendum Najib – UMNO Kedah


KUALA LUMPUR – UMNO Kedah kecewa dengan keputusan Mahkahah Tinggi yang menolak kebenaran bekas Perdana Menteri,  Najib Razak untuk menyemak kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Justeru itu, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah,  Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyeru agar kerajaan perpaduan menyatakan pendirian akan kewujudan surat titah tersebut.

“UMNO Kedah percaya, pendirian ini penting bagi memastikan hak i Najib sebagai warganegara untuk mendapat keadilan dan status tersebut dapat diberikan seadil-adilnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Awal hari ini, Najib gagal mendapat kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Mahkamah Tinggi melalui hakim bicara, Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib hanya sekadar ‘dengar cakap’ dan khabar angin sahaja.

Ia termasuk afidavit Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presideni Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Shaiful Hazizy menggesa agar pihak yang mempunyai bukti terhadap adendum tersebut tampil ke hadapan.

“UMNO Negeri Kedah menggesa dan merayu agar pihak-pihak yang mempunyai bukti dan pengetahuan tertentu akan kewujudan perintah tersebut untuk tampil dan pada masa yang sama merungkaikan persoalan dan dilema yang besar ini,” katanya.

Sebelum ini, Najib memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.

Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – 


WOIT

KES INI MUDAH

SELESAI

AMIN

KENAPA TAK TANYA

DARI MANA

PUNCA TITAH INI

AMIN

SILA TANYA

BADAN YANG

BERI TITAH

HABIS CERITA

AMIN

TAK  PERLU

 BERGASAK

DI MAHKAMAH

KHALAS

AMIN

KHALAS 

1 ulasan:

  1. Mahathir sumbat Najib tapi tak ada siapa marahkan Mahathir Mohamad kah kah kah

    BalasPadam