Rabu, 3 Julai 2024

HARGA BARANG LETERIK NAIK




Harga barangan

 elektrik naik 

pada Julai
PULAU PINANG – Susulan kenaikan kos pengangkutan laut antarabangsa, harga barangan elektrik di Malaysia dianggarkan meningkat antara lima hingga 10 peratus pada Julai.

Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Peralatan Elektrik Malaysia, Ng Chye Weng berkata, kenaikan kos pengangkutan telah memberi impak kepada operasi dan pasaran barangan elektrik.

“Berdasarkan laporan, kos pengangkutan global telah meningkat 40 peratus dan menyebabkan kenaikan harga barangan elektrik,” katanya seperti dipetik Nanyang Siang Pau.

Kali terakhir kenaikan harga barangan elektrik adalah pada April lalu dengan kadar antara tiga hingga lapan peratus.

Pada masa itu, peniaga memetik faktor kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan kos pengangkutan dan kos bahan mentah meningkat.

Chye Weng berkata, perkembangan teknologi baharu dan ketidaktentuan ekonomi mewujudkan cabaran dalam industri apabila menyebabkan permintaan dan tabiat pengguna berubah.

“Oleh itu peniaga barangan elektrik juga perlu maju seiring dengan perubahan zaman dan terus berinovasi untuk meningkatkan daya saing,” katanya. – MalaysiaGazette

WOIT

KAH KAH KAH

HARGA BARANG

NAIK BUKAN

SALAH DISEL KITA

KAH KAH KAH

KERANA SALAH

DISEL KAPAL

ORANG LUAR 

KAH KAH KAH 

AMIN 

PUTAR JANGAN

 TAK PUTAR

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan