Rabu, 3 Julai 2024

LANGKAH SIAM YANG TEPAT


Thailand sasar bawa lebih sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah


BANGKOK: Thailand melancarkan inisiatif ke seluruh negara untuk menangani isu keciciran daripada persekolahan, melalui dasar sifar keciciran.

Jurucakap Kerajaan Thailand, Chai Wacharonke, berkata Perdana Menteri, Srettha Thavisin telah menzahirkan kebimbangan akan isu berkenaan.

Justeru, beliau berkata, Srettha mengarahkan agensi berkaitan untuk bekerjasama menangani masalah itu dengan mengenal pasti golongan belia berusia hingga 18 tahun yang 'tidak kelihatan' dalam sistem pendidikan Thailand, sekali gus membawa mereka kembali ke dalam sistem pendidikan.

"Ini selaras dasar kerajaan, 'Thailand Zero Dropout' yang bertujuan membangunkan modal insan negara untuk masa depan yang mampan," katanya selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Sambil merujuk maklumat dalam pangkalan data nasional, beliau berkata, lebih 1.02 juta belia didapati 'tidak kelihatan' dalam sistem pendidikan.

"Perdana Menteri telah menekankan bahawa kerajaan memberi keutamaan besar kepada pembangunan kanak-kanak dan belia untuk masa depan negara," katanya.

Pada mesyuarat 28 Mei lalu, Kabinet Thailand meluluskan dasar sifar keciciran itu sebagai agenda nasional. – BERNAMA

INI LANGKAH 

 SIAM

YANG TEPAT

AMIN

BERNAMA LAPOR

POLITIKUS KITA

 WAJIB BACA

AMIN

BUKA OTAK 

LAKUKAN

 DI MALAYSIA

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan