Sabtu, 10 Ogos 2024

ANWAR BUKAK MULUT MOHONG




Keterujaan Anwar mengenai Elon Musk jadi bahan sindiran selepas Tesla sah tak melabur di Malaysia

Anwar Ibrahim berdepan pelbagai komen sinis daripada rakyat Malaysia di media sosial susulan laporan Tesla tidak akan membuka kilang di Malaysia.

Ia meskipun nama pemilik Tesla, Elon Musk, berulang kali disebut perdana menteri dalam ucapan dan program kempen pilihan raya tahun lepas.

Walaupun Malaysia bukan satu-satunya negara yang diabaikan Tesla - selain Thailand dan Indonesia - sikap Anwar yang dilihat terlalu menggembar-gemburkan apa yang didakwanya minat Musk terhadap Malaysia menyebabkan ramai pengguna media sosial mempersoalkan tindak-tanduknya sebelum ini.

Kerajaan antara lain mengecualikan Tesla daripada keperluan permit AP untuk menjual kereta asing di Malaysia.

"Sepatutnya ini berita yang lebih besar: kerajaan Malaysia benar-benar kena tipu dengan Elon Musk, tunduk untuknya dengan cara yang memalukan (di hadapan mereka yang tidak meminati Musk), memberikan Tesla keistimewaan yang tidak sepatutnya, tapi habuk pun tak dapat sebagai balasan," menurut satu komen pembaca di laman web automotif Paultan.org, mengulas laporan bahawa Tesla mengabaikan rancangan membuka kilang EV di rantau ini.

Seorang lagi pembaca menuduh Anwar mengelirukan rakyat Malaysia apabila "melaungkan tentang pelaburan Tesla di sini".

"Dia perlu berundur kerana pembohongan yang jelas ini. Ramai lagi pemimpin dan presiden telah melakukan perkara sama (meletak jawatan), apatah lagi PMX," kata Lol Whut, merujuk kepada Anwar.

Beberapa bulan selepas pelantikannya, Anwar menjadikan Musk dan perniagaannya sebagai bahan ucapannya dalam usaha meyakinkan rakyat Malaysia keupayaan kerajaan menarik pelaburan bermutu tinggi.

Anwar juga dilihat tidak putus-putus mempromosikan "pertemuan" dengan Musk, dengan mendakwa usahawan itu meminta untuk mengadakan perbicangan dengannya.

Pertemuan itu bagaimanapun merupakan panggilan video selama 25 minit yang dihadiri Anwar, dan mengundang pelbagai komen sindiran selepas pengguna internet memerhatikan aktiviti dalam talian Musk sepanjang sesi itu.

Dalam sesi kurang setengah jam itu, Musk didapati sibuk membalas tweet mengenai topik yang tidak kaitan, malah langsung tidak disebut mengenai pertemuannya dengan perdana menteri Malaysia.

"Musk jelas bosan dengan perbincangan ketika beliau menulis di Twitter, cap masa tidak berbohong," kata pakar perisian Colin Charles kepada MalaysiaNow ketika itu.

Colin membandingkannya dengan respons Musk selepas bertemu Joko Widodo pada tahun sebelumnya, di mana dia mengalu-alukan presiden Indonesia itu.

Sikap tidak kisah Musk dalam sesi panggilan video itu bagaimanapun tidak memberikan kesan kepada Anwar, yang sebaliknya mengumumkan pembelian peralatan Starlink, syarikat internet berasaskan satelit yang dimiliki Musk.

Dalam sesi itu, Anwar bersetuju membeli 40 peranti internet Starlink untuk dipasang di universiti di seluruh negara, langkah yang mengundang kritikan bukan sahaja kerana cara pembelian itu dilakukan, tetapi juga disebabkan persoalan kualiti dan harga perkhidmatan Starlink berbanding perkhidmatan internet tempatan.

Ia disusuli dengan kerajaan menganugerahkan Starlink lesen 10 tahun untuk beroperasi di Malaysia, di samping mengecualikan syarikat itu daripada syarat had pemilikan 49% bagi ekuiti asing yang dikenakan terhadap mana-mana syarikat yang memohon memulakan perkhidmatan internet.

Berita terbaru mengenai keputusan Tesla tidak melabur di Malaysia dan beberapa negara jiran pertama kali dilaporkan oleh The Nation, akhbar harian Thailand berbahasa Inggeris.

"Tesla pada masa ini hanya berunding mengenai stesen pengecasan, manakala rancangan pembukaan kilang digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia. Ia tidak akan diteruskan di Malaysia, Indonesia dan tempat lain kecuali di China, Amerika dan Jerman," kata akhbar itu memetik sumber.

Rakyat Malaysia menyambut berita itu dengan mengingati momentum yang cuba dibina Anwar sebelum ini, termasuk dengan berulang kali menyebut nama Musk dalam ucapan kempennya pada pilihan raya enam negeri tahun lepas.

Ramai memilih untuk menyatakan pandangan dalam bentuk sindiran.

"Saya percaya ini adalah berita palsu. PMO harus panggil The Nation dan menuntut penjelasan mengenai sumber mereka," tulis seorang pembaca di ruang komen laman berita pro-Pakatan Harapan,  Malaysiakini.

Menurut satu lagi komen, "Isu sebenar ialah sikap membuat heboh sambil mengangkat diri sendiri yang ditunjukkan PM yang dahagakan perhatian ini. Adalah tidak bijak mengumumkan sesuatu yang mustahil berlaku. Apakah pasukan pakar dan penasihat PM sudah memberitahunya?"

Sementara itu, pengguna laman X Batu Bata menulis: "Kalaulah sebelum ini pengumuman kononnya Tesla akan datang ke Malaysia tidak dibuat dengan penuh semangat seolah-olah ia pencapaian luar biasa oleh PM."

Bagaimanapun, Dewa Said mencelah: "Sejak bila Tesla mengumumkan mereka merancang membuka kilang di Malaysia?"

Sebuah akaun X yang kerap mengkritik kerajaan membuat rumusan berikut:

"Dah diberikan pengecualian dari undang-undang pemilikan tempatan. Akhirnya Tesla sah tak buka kilang di Malaysia.

"Akhirnya yang dapat ialah Tesla buka showroom untuk import kereta dibina penuh di China untuk jual kepada rakyat Malaysia."


KAH KAH KAH

SAYA ULANG

KAH KAH KAH

SAYA ULANG

KAH KAH KAH

BUKAK MULUT

MOHONG

KAH KAH KAH

MAT BOPENG

KANTOI

KAH KAH KAH

KAHLAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan