Ahad, 11 Ogos 2024

CHIAN MERAH BUAT KACAU


Filipina kecam 'aksi berbahaya' tentera udara China di Laut China Selatan


MANILA: Filipina dan China saling tuduh menuduh berikutan keberadaan pesawat masing-masing dalam ruang udara di kawasan beting yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Tentera Filipina mengutuk sekeras-kerasnya 'aksi berbahaya dan provokatif' Tentera Udara China, manakala Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China berkata pasukannya bertindak secara profesional dan mematuhi undang-undang.

Ini adalah kali pertama Filipina mengadu aksi berbahaya oleh pesawat China, berbanding aduan biasa mengenai kapal tentera laut atau pengawal pantai China, sejak Presiden Ferdinand Marcos Jr memegang jawatan pada 2022.

Menurut tentera dalam kenyataan, dua pesawat Tentera Udara China melakukan gerakan berbahaya dan menjatuhkan suar di laluan pesawat tentera udara Filipina yang menjalankan rondaan rutin di Beting Scarborough pada pagi Khamis.

"Ia 'membahayakan nyawa kakitangan kami' yang menjalankan operasi keselamatan maritim baru-baru ini dalam zon maritim Filipina," kata Ketua Angkatan Tentera Filipina, Romeo Brawner.

Katanya, pesawat China mengganggu operasi penerbangan yang sah dan melanggar undang-undang antarabangsa berhubung keselamatan penerbangan.

Sebaliknya, menurut Komando Teater Selatan PLA China semalam, pesawat Filipina berkeras untuk menceroboh ruang udara Pulau Huangyan secara haram, walaupun sudah berulang kali diberi amaran oleh China, dan mengganggu aktiviti latihan.

Katanya, Tentera Laut dan Udara China menjalankan pengecaman, pengesanan, amaran dan pengusiran mengikut undang-undang.

"Operasi di lokasi yang dimaksudkan dilakukan secara profesional, mematuhi norma, sah dan mengikut undang-undang," kata PLA, menggesa Filipina menghentikan apa yang disebutnya sebagai pelanggaran dan provokasi.

Nelayan Filipina sering menghampiri Beting Scarborough, salah satu daripada dua titik pertikaian dalam persaingan maritim yang berlarutan dengan China.

Rabu lalu, Beijing mengadakan rondaan tempur berhampiran beting itu, dipanggil Manila sebagai Bajo de Masinloc, yang dirampas China pada 2012 dan dirujuk sebagai pulau Huangyan. - REUTERS

DUA PUNCA

PERANG DI ASIA

AMIN

PERTAMA

DI TAIWAN

KE DUA

DI PILIPINA

AMIN

CHINA MERAH

MULA TUNJUK

TARING

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Adalah benar parti Taliban pas dianggotai oleh orang gila di tampoi dan Tanjung rambutan? Dengar-dengar segala macam gila ada dalam Taliban pas. Gila seks, gila paedo sampaikan gila binatang serta mayat pun ada. TT gila apa pula?

    BalasPadam