Ahad, 11 Ogos 2024

PENJARAKAN TERUS NAJIB

 


UMNO perlukan Najib tapi kunci penjara bukan pada Zahid – Wan Rosdy

LIPIS – UMNO amat memerlukan  Najib Razak dalam terus berjuang memartabatkan UMNO dan mendepani Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU-16).

Naib Presiden UMNO,  Wan Rosdy Wan Ismail, semangat memperjuangkan pembebasan bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak pernah terkubur bahkan ia diteruskan oleh Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, Wan Rosdy berharap agar semua ahli parti bersabar dan terus memberi sokongan kepada pucuk pimpinan untuk membantu Najib mendapatkan pembelaan sewajarnya berdasarkan undang-undang.

”Sebenarnya orang pertama di mahkamah ialah  Zahid yang tidak pernah jemu putus perjuangkan ’Bossku’.

”Kita berilah peluang kepada presiden untuk membuat sehabis baik. Kita perlu ’Bossku’ untuk penghadapi PRU akan datang tapi dalam masa yang sama ada halangan yang tidak boleh buat keputusan 100 peratus.

”Kita doa supaya ’Bossku’ dapat pembebasan dan tahanan di rumah. Dan jangan usik presiden, kita ada semangat Mat Kilau,” katanya ketika Majlis Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands  di Dewan Terbuka Laman Sejahtera di Sungai Koyan, Lipis hari ini yang dihadiri oleh 240 pewakilan.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Presiden UMNO  Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri mantan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob.

Tegas Wan Rosdy, kunci penjara bukan terletak kepada timbalan perdana menteri seperti yang didakwa oleh segelintir pihak yang beranggapan isu berkenaan terlalu mudah.

Oleh itu, ahli-ahli parti perlu terus berjuang tanpa desakan kerana tindakan itu  hanya menimbulkan tekanan yang boleh mengakibatkan nasib Najib tidak terbela nanti.

”Presiden dah berjuang habis-habisan untuk Bossku tetapi kunci membebaskan membuka pintu bukan di tangan Zahid, bukan di tangan kita.

”Percayalah usaha kita akan diteruskan, kita boleh merayu tapi kita tak boleh mendesak. Kalau mendesak ’belah sana’ sakit hati dan peluang kita langsung tak dapat,” katanya.

Pada Julai lalu, permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah ditolak Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib termasuk oleh Presiden UMNO dan Wan Rosdy Wan Ismail adalah dengar cakap. – 

WOIT

NAK BEBAS

PASAL APA 

KES MASIH

BANYAK LAGI

AMIN

NAK RASUAH

TUAN HAKIM?

AMIN

NAK RASUAH

ANWAR IBRAHIM?

AMIN

ZAHID PUN BELUM

TENTU SELAMAT

AMIN

ROSAMAH AKAN

IKUT SAMA

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

  1. Sepenggal saja, semakin pecah belah, kemudian salahkan orang lain, awal zaman sampai sekarang tetap sama, sesama manusia tidak akan kompromi tiada kebaikan, semuanya pasal kuasa jawatan pangkat pingat emas kah kah kah, dalam diam-diam yang cemerlang masih cemerlang, yang ke belakang mengkaji lubang belakang sendat padat tetap ke belakang kah kah kah kajian kena depan bukan ke belakang 1,400 tahun lepas kah kah kah

    BalasPadam
  2. Suka hati je petik nama pahlawan mat kilau.. palabut punya umnodap.. kalau mat kilau masih ada... Mau dia sengat itu org .. khaikkk tuuuihhh ke umnodap

    BalasPadam
  3. kenapa rasuah dalam tt hanay zahid najib ? macam mana dengan kes suami menteri ? macam mana dengan kes hietech padu ? kenapa didiamkan ?

    BalasPadam