Taman Sri Muda digempur, 602 PATI pelbagai negara ditahan
SHAH ALAM: Kawasan sekitar Taman Sri Muda, di Seksyen 25, di sini yang didakwa menjadi tumpuan warga asing digempur pihak berkuasa hari ini, dengan lebih 600 ditahan.
Serbuan dua jam sempena operasi bersepadu itu menyasarkan rumah kedai dan premis di kawasan terbabit, dengan 1,091 warga asing diperiksa sebelum 602 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.
Semua yang ditahan membabitkan sembilan warga negara iaitu Algeria, Filipina, Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang turut menyertai operasi itu berkata serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat berhubung wujudnya kehadiran warga asing di lokaliti berkenaan.
Beliau berkata, semua warga asing yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan termasuk melanggar Akta Imigresen 1959/63 khususnya tinggal lebih masa atau gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah seperti permit kerja atau pasport.
"Mereka ditahan berusia antara 19 hingga 53 tahun terdiri 505 lelaki dan 97 wanita," katanya.
Operasi berkenaan membabitkan 455 pegawai pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Majlis Keselamatan negara (MKN), Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Semua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut, dengan siasatan dilakukan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
Amirudin berkata, operasi dengan penyelarasan baik antara pihak berkuasa lain akan terus dilaksanakan bagi menangani isu lambakan warga asing di Selangor.
"Ia penting bagi menangani persepsi dan realiti yang ada di lokaliti tertentu (berkaitan kebanjiran warga asing). Insya-Allah usaha ini akan kita laksanakan secara berterusan," katanya.
semua dah ada ic kot.. tak boleh brain semua tempat DAP menang undi puluh2 ribu..
BalasPadamKDN nafi 1.2 juta warga China tinggal tak sah
BalasPadam