Sabtu, 5 Oktober 2024

IRAN SIAP SIAGA MENUNGGU ZIONIS ISRAEL




Iran dan sekutu pantang undur, teruskan perang dengan Israel

BEIRUT: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berikrar negara itu dan sekutunya di seluruh wilayah terbabit akan terus memerangi Israel, ketika beliau mempertahankan serangan peluru berpandu Iran ke atas musuhnya itu.

Ucapan Ali ketika kuthbah Jumaat pertamanya dalam tempoh lima tahun itu menyusuli serangan terus kali kedua oleh Iran ke atas Israel.

Ia juga adalah ucapan pertama beliau sejak kejadian berbalas serangan antara pejuang Hizbullah yang disokong Tehran dan tentera Israel meningkat menjadi perang besar di Lubnan.

Beliau berkata demikain menjelang ulang tahun pertama serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel yang mencetuskan perang yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

Ali juga mempertahankan tindakan 'munasabah dan dan sah' kumpulan Palestin itu serta memuji 'pertahanan hebat' mereka terhadap tentera Israel.

Wartawan AFP mendengar siri letupan di Beirut pada awal pagi Sabtu di kawasan pinggir selatan bandar itu selepas jurucakap tentera Israel yang berbahasa Arab, Avichay Adraee, memberi amaran kepada penduduk di sebahagian kawasan kejiranan Burj al-Barajneh untuk berpindah.

"Pertahanan ini tidak akan berundur dalam perang syahid ini dan kita akan menang," kata Ali dalam bahasa Arab.

Beliau menuduh Israel sebagai 'rejim jahat' yang 'tidak akan bertahan lama'. Tiada maklum balas segera daripada pemimpin Israel ketika banyak negara meraikan tahun baharu Yahudi.

Ucapan Ali dibuat ketika Israel mempertimbang tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Iran pada Selasa, yang mana Tehran menyifatkannya sebagai balasan terhadap pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dan pemimpin tertinggi lain pergerakan itu.

Gambar satelit pangkalan udara Nevatim di selatan Israel menunjukkan kerosakan yang jelas pada sebuah struktur pada Rabu, berbanding dengan gambar yang diambil pada 3 Ogos lalu.

Perantara dari AS, Qatar dan Mesir selama berbulan-bulan cuba untuk memastikan pembebasan tebusan yang ditahan Hamas dan gencatan senjata di Gaza, yang masih gagal, manakala perang Israel-Lubnan bertambah sengit.

Di sempadan Israel-Lubnan, tentera Israel berkata, anggotanya membunuh 250 pejuang Hizbullah minggu ini dan menyerang 'lebih 2,000 sasaran ketenteraan'.

Hizbullah pada Jumaat berkata pejuangnya sekali lagi bertempur dengan tentera Israel ketika cubaan 'menyusup masuk di sempadan'. - AFP

IRAN SIAP SIAGA

MENUNGGU

ISRAEL SERANG

AMIN

INI PERANG BESAR

HARGA MINYAK

AKAN MELEDAK

AMIN

EKONOMI DUNIA

JADI KACAU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan