Ahad, 6 Oktober 2024

TURUN BERDEMO JUMAAT 11 OKTOBER 2024


TURUN

BERDEMO

11 OKTOBER 2024


1. Dengan tema "Taufan Al-Aqsa Demi Pembebasan", Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) menyeru segenap lapisan masyarakat Malaysia untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam tindakan solidariti global untuk Gaza, bagi mengutuk serangan terhadap rakyat Palestin, di samping menyertai perhimpunan besar-besaran dan apa jua acara solidariti pada ulang tahun pertama Taufan Al-Aqsa.

2. Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) menggesa dan menyeru semua parti politik, NGO, dan saluran media di Malaysia untuk mengadakan apa jua aktiviti, acara, liputan, serta menganjurkan perarakan besar-besaran pada bulan Oktober 2024, bagi meningkatkan kesedaran tentang keadaan semasa rakyat Palestin serta perjuangan membebaskan tanah air mereka, di samping menzahirkan solidariti buat mereka yang telah mengalami penderitaan selama lebih daripada 76 tahun, selain menuntut pengakhiran segera terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan oleh Zionis terhadap rakyat Gaza yang telah meragut lebih daripada 100,000 nyawa para syuhada’ Palestin dan telah mencederakan ramai rakyat Palestin setakat ini.

3. Harapannya agar acara-acara ini menjadi tanda penolakan kepada serangan Zionis dan sokongan Amerika terhadap tindakan pembunuhan beramai-ramai serta pembantaian ngeri yang telah dialami oleh rakyat kami di Gaza selama setahun lamanya.

4. Bersama-sama kita bersatu dan bersolidariti dengan rakyat Palestin, serta menolak jenayah penjajahan ini serta serangan yang telah dilakukan. Mari kita perhebatkan tekanan untuk menghentikan
perang genosid yang sedang dilancarkan kepada rakyat Palestin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan