Ahad, 6 Oktober 2024

UNDI TRUMP MENANG - TAPI KALAH




Biden tidak yakin pilihan raya AS 2024 akan aman
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata beliau tidak yakin pilihan raya AS 2024 pada bulan depan akan berlangsung dengan aman.

Beliau berkata demikian merujuk kepada komen provokatif oleh calon dari parti Republikan, juga bekas Presiden AS, Donald Trump, yang masih menolak kekalahannya pada 2020.

Amaran Biden itu dikeluarkan ketika anggota Dewan dan penganalisis menyuarakan kebimbangan mengenai bahasa kempen yang semakin agresif menjelang pilihan raya.

Trump, yang selamat daripada cubaan bunuh pada Julai lalu dan satu lagi plot pada September, mendakwa terdapat penipuan yang meluas selepas kekalahannya kepada Biden pada 2020.

Hasutan itu menyaksikan penunjuk perasaan pro Trump yang diprovokasi oleh dakwaan palsunya itu merusuh di bangunan Capitol.

Justeru, kata Biden kata Biden kepada wartawan ketika membincangkan mengenai pilihan raya, beliau yakin pilihan raya akan diadakan secara bebas dan adil tetapi tidak tahu sama ada ia akan aman,"

"Perkara yang Trump katakan dan dikatakannya sebelum ini ketika beliau tidak menyukai keputusan pilihan raya adalah sangat berbahaya.

"Seperti mana yang berlaku pada 2020, keadaan boleh menjadi berbahaya dan memecah belahkan penduduk negara ini," katanya.

Trump didakwa pada 2021 kerana menghasut pemberontakan selepas ratusan penyokongnya, yang didakwa diarahkan oleh parti Republikan yang kalah, untuk berjuang habis-habisan dan menyerang polis ketika memecahkan tingkap serta merobohkan pintu di bangunan Capitol.

Beliau dituduh atas apa yang pihak pendakwaan katakan sebagai 'usaha jenayah peribadi" untuk menyelewengkan keputusan pilihan raya, yang kemudian berakhir dengan keganasan.

"Apabila semua cara lain gagal', menurut kertas tuduhan itu, Trump mengarahkan 'sekelompok orang yang marah' untuk mengganggu pengesahan undi terbabit.

Trump, yang dijadualkan kembali ke lokasi cubaan bunuh pertamanya di Butler, Pennsylvania hujung minggu ini, sudah lama dikritik kerana retorik ganasnya ketika berucap.

Biden membuat kritikan itu ketika penampilan pertama beliau sebagai presiden di bilik taklimat Rumah Putih bagi mempromosi pencapaian Demokrat, manakala Naib Presidennya, Kamala Harris, bersedia untuk berhadapan dengan Trump.

Trump berkempen pada Jumaat di Georgia, sebuah negeri yang beralih sokongan, di mana Biden menang tipis empat tahun lalu, selepas dimenangi Trump pada 2016 dan menjadi salah satu tumpuan terbesarnya pada pilihan raya 2024.

Anggota Republikan itu secara agresif memasuki politik Georgia selepas kekalahannya pada 2020, mendesak Setiausaha Negara, Brad Raffensperger dalam satu panggilan telefon untuk 'mendapatkan' cukup undi bagi membatalkan kemenangan Biden.

Trump, 78, didakwa oleh pendakwa negeri atas tuduhan pemerasan, dalam kes yang sedang ditangguhkan dan dijangka dimulakan semula selepas pilihan raya 2024. Beliau dengan marah menafikan sebarang kesalahan.

Trump menyalahkan Raffensperger dan Gabenor Georgia, Brian Kemp kerana menolak untuk membantu beliau menukar kekalahannya serta membuat cubaan untuk menggulingkan kedua-duanya, tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, Trump dan Kemp sejak itu sudah berdamai, malah gabenor itu menyokong tiket presiden Republikan yang ditandingi trump. - AFP

KIRAAN UNDI

TRUMP PASTI

MENANG

AMIN

TAPI  DAULAH

TERPENDAM

BERSAMA DENGAN

INDUSTRI SENJATA

AKAN TIPU UNDI

AMIN

TRUMP WAJIB

DI KALAHKAN

KKALAS

TESUP 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan