Ahad, 10 November 2024

BAJU NAMPAK BULU BURIT




Pusat hiburan tawar gadis GRO berbaju ‘lingerie’ diserbu JIM KL

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang berbaju tidur ‘lingerie’ diserbu pihak berkuasa dalam Ops Gegar #KLStrike Force di Pudu Hulu, malam tadi.

Serbuan bermula jam 12.40 tengah malam, menyaksiksan tindakan agresif wanita terbabit melarikan diri dan merempuh anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur gara-gara mahu meloloskan diri.

MalaysiGazette yang mengikuti operasi mendapati cubaan beberapa wanita disyaki GRO itu termasuk pekerja dan pelanggan gagal dengan kecekapan pasukan operasi.

Tinjauan mendapati, premis itu juga dilengkapi dengan beberapa ‘pintu rahsia’ yang menembusi laluan parkir sebagai laluan belakang bagi membolehkan mereka melarikan diri.

Salah seorang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai menganggu tugas pegawai mengundang padah apabila ditahan dan menafikan cuba melarikan wanita terbabit.

“Saya tidak selamatkan dia (GRO) tapi kejar dia sampai tangga sebab curi telefon bimbit saya masa sedang mabuk dan terkasar dengan pegawai imigresen.

“Ini pertama kali saya datang ke sini bersama kawan untuk minum sahaja,” katanya pada pemberita.

Pusat hiburan yang beroperasi sekian lama itu didapati menyajikan khidmat gadis kalung dengan bayaran tip RM100 sehingga RM100,000 berdasarkan selempang dipakai.

Sementara itu, Pengarah JIM KL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan itu dilakukan berdasarkan aduan penduduk setempat yang tidak selesa dengan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, risikan telah dijalankan selama empat minggu dan mendapati terdapat kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran di premis terbabit.

“Dalam serbuan ini, seramai 29 pegawai Imigresen Kuala Lumpur terlibat dan kita telah memeriksa 215 individu terdiri daripada pelanggan serta pekerja premis dalam operasi ini

“Susulan itu, sejumlah 89 orang  warga asing dan warga tempatan telah ditahan yang terdiri daripada 16 lelaki dan 73 wanita berusia antara 23 hingga 58 tahun.

“Mereka melibatkan 61 wanita warga Thailand, wanita Vietnam (10), seorang lelaki Laos, lelaki Bangladesh (6), lelaki China (2) dan sembilan warga tempatan. Bagaimanapun, kami percaya ada berbelas orang yang bolos menggunakan jalan tikus di kelab itu,” jelasnya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati terdapat warga asing yang ditahan dipercayai memasuki negara ini sebagai pelancong dan kerap kali berulang alik dari Thailand ke Malaysia.

“Kesalahan ketara dikesan melibatkan salah guna pas, mereka memasuki Malaysia kononnya untuk melancong namun akhirnya didapati bekerja secara tidak sah di negara ini.

“Pada masa sama, siasatan awal terhadap individu warga tempatan ini dipercayai mereka ini bekerja sebagai penjaga dan pengurus premis,” katanya.

Wan Mohammed Saupee berkata, kesemua individu yang ditahan akan dibawa ke Pejabat Jabatan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, tindakan dikenakan akan dijalankan ke atas PATI adalah dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/63, Seksyen 15 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

Bagi individu tempatan yang ditahan diambil tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55E akta sama kerana melindungi pendatang tanpa izin.

“Kita menasihati pelancong yang datang ke Malaysia tidak sepatutnya menyalahgunakan pas lawatan sosial sepanjang keberadaan mereka di sini.

“Mereka perlulah mematuhi undang-undang Imigresen Malaysia dan kami akan terus komited untuk menangani masalah lambakan warga asing di sini,” ujarnya. – 

WOW

BERILAH TAHU

NAMA KELAB INI 

PUDU LUAS 

SUSAH NAK CARI

KAH KAH KAH

INI TEMPAT 

BAGUS & MANARIK

KAH KAH KAH

BAJU NAMPAK

BULU BURIT

KAH KAH KAH

KENAPA TAK JUMPA

BETINA CHINA

AMIN

MANA HILANG

1.2 JUTA  WARGA

CHINA YANG

MASUK SEBAGAI

PELANCUNG 

TAPI TAK KELUAR

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

  1. Satu lagi tempat nikmat hancus dikacau kah kah kah mana nak cari nikmat lagi, semua dikacau tetapi mereka bagi masuk beribu sampai negara dipenuhi pendatang haram jangan cakap pendatang tanpa izin sebabnya mereka haram dan sindiket bekerjasama secara baik dengan kerjasama agensi penguatkuasa kah kah kah, yang bayar lepas yang tak bayar tangkap kacau sampai ada bayaran masuk ini mo sekeliling kita diketahui difahami tetapi sebab orang kita apa saja akan jadi halal kah kah kah

    BalasPadam
  2. gua selalu tengok pornstar pakai baju jala ikan ni.. entah kenapa gua tak stim langsung.. gua prefer tak yah pakai langsung..

    BalasPadam
  3. KDN nafi dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia

    BalasPadam
  4. Kerakyatan warga China: ‘Bukan sahaja maklumat tersasar, tapi sudah jadi fitnah’

    BalasPadam