Isnin, 4 November 2024

DEMO TOLAK ISRAEL



Ribuan aktivis protes tuntut genosid di Gaza dihentikan menjelang pilihan raya AS

WASHINGTON: Ribuan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS), menuntut supaya pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan segera menjelang pilihan raya presiden dijadualkan pada Selasa ini, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Gelombang protes itu tercetus sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang semakin meningkat oleh tentera Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa di wilayah berkenaan.

Peserta melaungkan slogan yang mengecam sokongan AS terhadap penjajahan Israel, termasuk "No votes for genocide," (tiada undi untuk genosid) sebagai respons terhadap sokongan ketenteraan dan kewangan yang berterusan oleh pentadbiran AS sedia ada kepada rejim, hingga mengakibatkan lebih banyak kematian membabitkan orang awam.

Protes ini mencerminkan gerakan yang lebih meluas dalam kalangan ribuan aktivis serta komuniti Arab dan Islam yang mengumumkan boikot terhadap calon-calon dari parti Demokrat dan Republikan.

Sebaliknya, mereka menggesa sokongan kepada calon dari Parti Hijau, Jill Stein yang menentang perang di Gaza dan menyokong hak-hak Palestin. – BERNAMA-WAFA

KAMALA AKAN

TERUSKAN DASAR

BIDEN

AMIN

TRUMP AKAN

IKUT SETANYAHU

AMIN

AMERIKA DAH JADI

MILIK ZIONIS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan