Isnin, 4 November 2024

JURUIRING TMJ AKAN DIDAKWA



Selepas 5 bulan, juruiring rombongan TMJ akhirnya dihadapkan tuduhan serang pemandu pekak


Selepas lebih lima bulan dan pelbagai bantahan daripada kumpulan hak asasi, peguam dan aktivis orang kurang upaya (OKU), seorang pegawai polis yang dirakam video dashcam menyerang seorang pemandu e-hailing akhirnya didakwa hari ini.

Individu itu difahamkan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Rakaman dashcam kejadian pada 28 Mei lalu menunjukkan pemandu pekak Grab, Ong Ing Keong, menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis di Kuala Lumpur apabila didatangi seorang lelaki yang memarahinya dan mengarahkannya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada rombongan  pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau TMJ.

Ong kemudian menurunkan cermin keretanya untuk bercakap dengan seorang dipercayai pegawai polis, sebelum lelaki itu tiba-tiba bertindak menumbuk mukanya.

Dia menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.

Kemarahan awam meningkat selepas pendedahan bahawa seorang "wakil istana" telah cuba memujuk Ong menarik balik laporan polis yang dibuat di balai polis Brickfields.

Ong turut menolak dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, bahawa dia menarik balik laporan polisnya kerana menganggap insiden itu "salah faham".

Sebaliknya, dia mendedahkan seorang pegawai polis memberinya pilihan sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana, atau telefonnya dirampas jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Kelewatan pihak berkuasa membawa pertuduhan turut dikecam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempersoalkan sikap membisu Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Pada masa sama, kenyataan Anwar Ibrahim yang cuba mempertahankan kelewatan itu dengan mendakwa mendakwa siasatan insiden itu "mengambil masa" dan "masih belum ditutup", dikecam pengguna media sosial yang turut mengingatkan perdana menteri bahawa beliau sendiri pernah diserang ketika dalam tahanan polis beberapa jam selepas ditangkap pada September 1998.

"Ini bukan kes pembunuhan yang rumit atau skandal kewangan besar yang memerlukan banyak masa. Anwar nampaknya tidak mempunyai jawapan, tetapi hanya mengelak," kata Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan hak asasi yang paling ke depan berkempen menuntut keadilan buat Ong.

WOIT

KALAU LU

KATA ANWAR

SCAMMER DALAM

MASA 5 HARI 

LU KENA DAKWA

AMIN

KALAU LU 

JURUIRING TMJ

HEBOH 5 BULAN

BARU ADA DAKWA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan