Sabtu, 2 November 2024

MAHA SCAMMER




PM tak kisah kritik, kenapa penyokong masih lapor polis, soal peguam disiasat menghasut

Seorang peguam yang berdepan siasatan di bawah Akta Hasutan mempersoalkan mengapa penyokong kerajaan tetap membuat laporan polis terhadap mereka yang mengkritik Anwar Ibrahim walaupun perdana menteri sebelum ini mendakwa akta tersebut tidak digunakan melainkan jika melibatkan isu 3R (agama, kaum dan raja). 

Rafique Rashid berkata demikian selepas disoal polis yang menyiasatnya di bawah Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada Julai lalu yang mengkritik Anwar sebagai "scammer" kerana gagal melaksanakan pelbagai janji, termasuk janji memansuhkan Akta Hasutan.

Rafique, antara peguam yang lantang mengkritik kerajaan campuran diterajui Pakatan Harapan, merujuk beberapa kenyataan Anwar menafikan pentadbirannya menggunakan Akta Hasutan untuk menutup mulut musuh politiknya.


"Kalau itulah arahan dan dasar yang dibawa oleh perdana menteri, mengapakah sehingga kini penyokong Anwar Ibrahim masih lagi bersungguh-sungguh hendak buat laporan polis terhadap mereka yang hanya mengkritik kerajaan, mempertahankan hak demokrasi, hak kebebasan bercakap dan hak bersuara tersebut?" kata Rafique. 

Rafique disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kesemuanya undang-undang yang kerap digunakan kerajaan untuk menghukum pemimpin pembangkang. 

Rafique sebelum ini pernah disiasat atas ucapan serupa menggelar perdana menteri seorang "scammer", ketika sebuah perhimpunan di luar Seri Perdana, Putrajaya pada Jun lalu.

Anwar sebelum ini beberapa kali menolak tuduhan beliau menggunakan akta yang pernah disifatkan sebegai zalim bagi mengekang kebebasan bersuara.

Dalam wawancara awal bulan lalu bersama media asing Anwar, sekali lagi mempertahankan penggunaan Akta Hasutan apabila diberitahu bilangan mereka yang disiasat meningkat dua kali ganda tahun lalu.

"Siasatan Akta Hasutan itu melibatkan sultan dan raja-raja di negara ini. Perlembagaan melindungi mereka kerana mereka tidak terlibat dalam politik dan mereka tidak sepatutnya menjawab (kritikan). Anda boleh mengkritik perdana menteri. PM telah digelar sebagai dajjal, ejen Yahudi, ejen Amerika, ejen China, macam-macam nama, tetapi mereka tidak didakwa atau disiasat," kata Anwar menjawab soalan wartawan terkenal berpangkalan di Amerika Syarikat, Mehdi Hasan.

Rafique menyatakan kesediaan menjawab sebarang dakwaan di mahkamah, tetapi menegaskan pihak berkuasa seperti polis perlu memandang serius terhadap apa yang dinyatakan oleh Anwar yang membenarkan kritikan terhadap dirinya.


"Pihak polis dan pegawai penyiasat kena berani menyatakan kepada yang melapor itu, pergi tanya balik perdana menteri sebab perdana menteri kamu sendiri kata mengkritik kerajaan itu dibenarkan." 

Siasatan terhadap Rafique dibidas kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL), menyifatkan usaha mengekang pengkritik kerajaan tidak ubah seperti corak pemerintahan Korea Utara yang menggunakan proses undang-undang melawan pandangan berbeza. 

LFL berkata kerajaan tidak boleh mengaku menghormati kebebasan bersuara selagi ia mengekalkan Akta Hasutan.

"Sekadar mendakwa kerajaan membenarkan kritikan tidak membawa apa-apa makna jika rakyat terus ditakut-takutkan dengan pertuduhan menghasut kerana bersuara."


MADEY DIPANGGIL

MAHAFIRAUN

MAHAZALIM

DIA TAK AMBIK

POT

KAH KAH KAH

ANWAR DIPANGGIL

MAHA BONTOT

OPPS... SILAP

MAHA SCAMMER

TERUS GUNA

 POLIS

UNTUK TANGKAP

KAH KAH KAH

BETUL EBTUL

DI LUAR TABII

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan