Selasa, 30 Januari 2024
PAK TANI PERANCHIS LAWAN PEMOTONGAN SABSIDI
IKUT CARA
PAK TANI PERANCHIS
LAWAN ARAHAN IMF
POTONG SABSIDI
KHALAS
MALAPETAKA IKLIM
Empangan Air Itam susut 33.7 peratus, pembenihan awam sedang diusahakan
GEORGETOWN: Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini, terus mengalami penyusutan membimbangkan dengan bacaan sehingga jam 2 petang ini merekodkan takungan pada kadar 33.7 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan, mengesahkan kapasiti empangan itu melampaui Tahap Amaran Dua sejak semalam, dengan pihaknya sudah mengusulkan permohonan untuk dilakukan pembenihan awan.
"Kita sudah mengadakan perbincangan bersama pihak Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
"Cadangan-cadangan lain akan dimuktamadkan selepas kerja 'shutdown' (di Sungai Perai) selesai sepenuhnya," katanya ringkas ketika dihubungi BH.
Sebagai rekod, tahap waspada pertama pada kadar 50 peratus, diikuti tahap kedua 40 peratus manakala tahap ketiga pada paras 30 peratus dan ke bawah.
PBAPP ketika ini sedang memberi tumpuan kepada kerja fizikal pengalihan saluran paip di Sungai Perai, dekat sini yang dijadual bermula 11.30 malam ini yang dijangka selesai jam 2 petang esok.
Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 83 peratus pada 1 Disember lalu, namun insiden paip pecah di Sungai Perai bulan lalu menyebabkan penggunaannya ditingkatkan bagi menampung kegunaan penduduk terjejas menyebabkan paras air menyusut kepada 66.7 peratus setakat 5 Januari lalu
Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, rekod pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam yang digunakan ketika krisis itu berlaku adalah sebanyak 40 juta liter sehari (JLH) berbanding 22JLH pada hari biasa.
Penyusutan itu turut didorong cuaca kering ketika ini dengan taburan hujan di kawasan berkenaan rendah dan empangan berkenaan membekalkan air kepada kira-kira 170,000 penduduk antaranya meliputi kawasan Air Itam, Paya Terubong dan Jalan Masjid Negeri di bahagian pulau.
INI WATAK
MALAPETAKA IKLIM
AMIN
KELANTAN JOHOR
PAHANG GANU
ADA BANJIR
AMIN
BUKIT CAMARON
HUJAN LEBAT
TANAH RUNTUH
AMIN
PULAU PINANG
KEMARAU
KKALAS
PERANGAI POLIS MAKIN HODOH ?
Tiga polis trafik Perak direman kes saman RM100 warga UK
IPOH – Tiga anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ditahan reman bagi membantu siasatan kes meminta wang daripada pelancong pasangan United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tiga suspek berusia 37 hingga 42 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan.
Jelas beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 serta Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
“Siasatan berhubung kes itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh selepas video insiden tersebut tular di media sosial semalam.
“Bagaimanapun, kertas siasatan ini diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan telah lengkap,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menjalankan siasatan dalaman berkaitan kes sama.
“Kita menyeru mangsa yang terlibat dalam kes ini tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis agar siasatan dapat dilengkapkan segera.
“Pada masa sama, orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu sehingga menjejaskan siasatan polis.
“Suka saya ingatkan dan tegaskan bahawa, pihak polis memandang serius isu intergriti dan tingkah laku warga polis serta tidak berkompromi dengan salah laku dilakukan,” kata beliau.
Sebelum ini tular satu rakaman video menunjukkan perbuatan anggota polis yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga UK ketika ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju.
Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di Jalan Simpang Pulau- Cameron Highlands itu iaitu 60 km/j, sebelum mengeluarkan saman.
Selang beberapa minit, anggota polis itu menawarkan ‘diskaun’ saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100, jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa perlu ke balai polis.
PERANGAI POLIS
BERTAMBAH
HODOH ?
AMIN
ATAU SELAMA INI
PERANGAI INI
TELAH BERJALAN
AMIN
BEZANYA
SEKARANG
ADA KAMERA
DAN POLIS NAK
JADI PELAKUN
KAH KAH KAH
AMIN
NAJIB CURI BERBILION - MAK SARJAN HANYA 3000 RINGGIT
Polis wanita didakwa lagi, terima rasuah RM3,000
SHAH ALAM – Selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan setuju menerima rasuah, seorang sarjan polis wanita didakwa lagi di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas.
Nur Mastisha Maidinsha, 39, mengaku tidak bersalah telah secara rasuah memperoleh bagi dirinya satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas anak lelaki tersebut bagi kesalahan cabul.
Wanita itu yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah stesen minyak di Batu 9, Cheras dekat sini pada 8.05 malam, 12 Oktober 2022.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kes rasuah yang dihadapi Nur Mastisha di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
“Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada setiap minggu pertama setiap bulan. Sehubungan itu, kami memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes dihadapinya semalam (setuju terima rasuah),” katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membantah permohonan berkenaan.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan permohonan mengenai jaminan dan syarat tambahan serta memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur selain menetapkan tarikh sebutan di mahkamah tersebut pada 17 Mac depan.
MAK CIK NI
AMBIL 3000 SAJA
AMIN
NAJIB AMBIL
BILION BILON
BOLEH LEPAS
AMIN
INILAH MALAYSIA
MARAH DAH NI
OPPS.... SILAP
MALAYSIA MADANI
KHALAS
BERITA PALSU DARI UTUSAN & THE EDGE ?
BERITA PALSU ?
TANGKAPLAH
UTUSAN
TANGKAPLAH
THE EDGE
KHALAS
KENAPA YG KENA
TANGKAP SELALU
RAKYAT BIASA
KHALAS
PANAS PETANG
PANAS PETANG
JAM 4.25 PETANG
MATA HARI MASIH BERSINAR RANCAK
SUHU DI RASAKAN BERBAHANG
BIASANYA JIKA PANAS
SEPERTI INI AWAN AKAN BERKUMPUL
DARI AWAN PUTIH
JADI AWAN MENDUNG
DAN HUJAN AKAN TURUN
CUACA BAHANG JADI SEJUK NYAMAN
APAKAH AKAN HUJAN?
APAKAH NAJIB AKAN BEBAS?
JENG JENG JENG
HOT HOT HOTT TERKINI TER NOWW TER HOTT
HOT HOT HOT
TERKINI
TERNOW TERHOTT
KAH KAH KAH
AMIN
Utusan Online tarik balik berita pengampunan Najib
KUALA LUMPUR: Pihak Utusan Malaysia telah menarik balik berita mengenai pengampunan Najib ini kerana fakta yang tidak dapat disahkan.
Oleh itu pihak kami memohon maaf kepada pembaca – UTUSAN
PENCEN - KE JALAN RAYA !!!
PENCEN :
HANYA SATU
JAWAPAN
KE JALAN RAYA
KHALAS
Unknown commented on
"TAK PERLU BANYAK CAKAP - PENCEN MAHU AKSI"
hasut lagi bro..hasut turun ke jalan raya.gua yakin rakyat NUBE, cuepac, perkasa , amir hadi muda, syed saddiq akan turun ke jalan raya.err...MP2 PAS biasanya akan turun lepak kat hotel2 je bro..cuaca panas..haji hadi masih bernafas ke? ohya bro..lu kena hasut bersih gak.bersih ni NGO yg makan dana goverment. lu NGI makan dana madey and daim.dgr cite azmin ali nak jd presiden bersatu, bole la lu jadi setiausaha..bersatu perlukan pawang sakai utk berubat..
SATU LAGI KEJAYAAN MANUSIA ?
Neuralink pasang cip buat pertama kali pada otak manusia
WASHINGTON: Pengasas Neuralink, Elon Musk, berkata syarikatnya buat pertama kali berjaya memasang cip pada otak manusia pada Ahad dan penerimanya beransur pulih dalam keadaan baik.
Bilionair itu memaparkan mesej berkenaan pada platform media sosial miliknya, X, memaklumkan mengenai kejayaan syarikat pemula cip otak itu memasang cip dinamakan 'Telepathy' pada otak manusia.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerka Syarikat (AS) memberi kebenaran kepada syarikat terbabit tahun lalu untuk menjalankan ujian klinikal pertama pada manusia.
"Keputusan awal menunjukkan perkembangan baik dan kemunculan pepaku neuron dikesan," kata Musk.
Usaha syarikat pemula itu, PRIME Study, adalah percubaan terhadap hubungan tanpa wayar antara komputer dan otak bagi menilai keselamatan pemasangan cip serta robot surgikal, menurut laporan di laman sesawang syarikat.
Kajian itu akan menilai keupayaan hubungan itu bagi membantu mangsa yang mengalami kecacatan atau lumpuh kesemua empat anggota badan untuk mengawal alat bantuan yang mereka gunakan menerusi fikiran masing-masing.
Syarikat neuroteknologi milik Musk itu ditubuhkan pada 2016 dengan matlamat mewujudkan hubungan langsung antara otak manusia dan komoputer.
Sasarannya ialah untuk menambah baik keupayaan manusia bagi merawat masalah neurologi seperti penyakit ALS atau Parkinson, dan pada suatu hari nanti, mewujudkan hubungan simbiotik antara manusia dan kecerdasan buatan (AI).
Sebahagian besar teknologi Neuralink beroperasi menerusi 'implan' atau pemasangan cip dipanggil 'Link', peranti yang saiznya sama seperti susunan lima duit syiling, diletakkan di dalam otak manusia menerusi pembedahan.
Sususlan berdepan beberapa kelewatan, Musk bekerjasama dengan pembuat implan dari Australia, Synchron.
Tidak seperti 'Link' yang dihasilkan Neuralink, implan milik Synchron tidak memerlukan pembedahan untuk memasangnya dan sudah pun mendapat kelulusan hak cipta AS pada Julai 2022. - AGENSI
WOIT
SATU LAGI
KEJAYAAN
MANUSIA?
AMIN
KOMPUTER AI
ALGORITHM
BAWA MANUSIA
KE MANA ?
JENG JENG JENG
KHALAS
HARGA TURN NAIK
Pasar mini jual tomato RM15 sekilo dikompaun
ALOR GAJAH – Sebuah pasar mini di Masjid Tanah, di sini, dikompaun selepas didapati menjual tomato pada harga tidak munasabah iaitu RM15 bagi sekilogram selain tidak mempamerkan tanda harga.
Berikutan itu, kompoun On The Spot (KOTS) berjumlah RM200 dikeluarkan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri yang membuat serbuan di premis tersebut pagi tadi.
Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, serbuan dibuat selepas menerima aduan daripada pengguna dua hari lalu apabila dikenakan caj RM14.25 bagi pembelian enam biji tomato.
“Hasil serbuan pagi tadi, didapati pemilik premis tersebut gagal mempamerkan tanda harga bagi tomato, malah menjualnya pada harga RM15 sekilogram dan kita telah arahkannya meletakkan harga yang lebih munasabah.
“Hasil siasatan, pemilik premis memberi alasan tomato yang dijual di pasar raya tersebut adalah gred A dan harga dibeli dari pihak pembekal juga agak tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, peniaga berkenaan bagaimanapun akur selepas disarankan menurunkan harga tomato kepada RM8.99 sekilogram.
“Kita juga telah menasihatkannya untuk memperbaiki tanda harga supaya lebih jelas,” ujarnya.
Tambahnya, tindakan kompaun terhadap pasar mini itu dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. –
HARGA SAYUR
BUAH IKAN UDANG
TURUN NAIK
IKUT MUSIM
AMIN
TAK PELIK HARGA
TOMATO 15RM SEKILO
AMIN
DI PASAR CHOW KIT
PERNAH 16RM SEKILO
SAYUR BERMUSIM
AMIN
YG PENTING
ADA TANDA HARGA
SENANG NAK RABA
DOMPET DALAM
SELUAR
KAH KAH KAH
AMIN
KETUM MINUMAN TERBAIK
KETUM MINUMAN
TERSEHAT
TERBAIK
AMIN
DOM PERIGNON
TERBEST TAPI
TERMAHAL
AMIN
Unknown commented on
"TABUR PASIR DALM
PERIOK NASI PAK TANI"
amenda lu..petani sekarang masak pakai rice cooker bro tak pakai periok..lu mcm hilang gigi palsu je..lu ada stok ketum ke? brapa harga sebotol 1.5liter? rm25-rm30?agak murah berbanding beer harimau lebih mahal dom perignon bro..semoga tuhan zeus membuka hati anawr utk melepaskan beer harimau dari akta baginda queen..kahkahkah
JENAYAH
JENAYAH
30 JANUARI 2024
HEBOH HEBOH
HAL POLIS BERI SAMAN
DARI 300 RINGGIT KALAU PERGI BALAI
JADI 100 RINGGIT KALAU BAYAR
DI TEMPAT KEJADIAN
TAK JELAS BAYAR 100
UNTUK SAMAN
ATAU DUIT POKET
PADA POLIS
PELIK LAGI PELIK
CAMERA DARI ARAH LUAR
ERTINYA ADA ORANG KE TIGA
ATAU INI DI PENTASKAN
UNTUK BUAT CERITA TIK TOK
JENG JENG JENG
KES SALAH PERANGAI POLIS
MAKIN BANYAK
DULU HANYA AMBIL DUIT KOPI
SEKARANG DAH LEBIH
ADA KES ROGOL
ADA KES CURI
ADA KES KELEPET DUIT KEDAI BANGLA
SEMASA BUAT OPERASI
APA DAH JADI
DENGAN PDRM KITA ?
JENG JENG JENG
AMERIKA
KES 3 SOLDADU MAUT
KENA BEDIL DI JORDAN
BERPULUH CEDERA
HANGAT DIBINCANG
MENTERI PERTAHANAN NAK BALAS
KAH KAH KAH
BETUL KE ATAU TEATER
NAK SEDAPKAN TELINGA RAKYAT
KAH KAH KAH
PILIPINA
GADUH BESAR ANTARA
PRESIDEN SEKARANG
DENGAN PRESIDEN LAMA
DUTERTE TUDUH PRESIDEN MARCOS
KAKI DADAH
KAH KAH KAH
PARIS
ANTHONY BLINKEN
SU AMERIKA KATA
PELUANG BESAR UNTUK
BEBASKAN TAWANAN HAMAS
RUNDINGAN SEDANG BERJALAN
HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU KELAM
GUA IKUT ARAH SUNGAI
DALAM SAWAH RUMPUT
GUA DENGAR CHIP CHIP CHIP
SUARA PIPIT TAPI TAK NAMPAK MUKA
SUARA HOW WOW
DENGAR SAYU
KICAU MURAI MENJADIKAN
PAGI INDAH
GUA YAKIN HARI INI AKAN PANAS
TANPA HUJAN PETANG
DAN MALAM BERANGIN SEJUK
WATAK HARI HARI SEBELUM
TAHUN BARU CHINA
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
SEPERTI BIASA
BRO
WAKTU MALAM LU TELENTANG
ATAS PADANG RUMPUT
DAN MULA KIRA BINTANG
BRO
BILA LU ADA MASAALAH
LU KETAWA KAN DIRI LU
KERANA ORANG LAIN JUGA
SEDANG KETAWANKAN LU
BRO
KEJAYAAN LU TAK RAMAI
YANG TAHU
BILA LU GAGAL
SEMUA ORANG TAHU
BRO
BILA SEMUA SENANG
DAN LANCAR
AWAS
LU SEDANG MENURUN
KAH KAH KAH
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERSELASA