Rabu, 24 April 2024

TANGKAPAN ISA - KERAJAAN WAJIB MINTA MAAF


TANGKAPAN ISA

AMIN

KERAJAAN WAJIB

MINTA MAAF

KHALAS

LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN



Prestasi Malaysia buruk dalam laporan hak asasi manusia Amnesty International


KERAJAAN Malaysia gagal memenuhi komitmen untuk memperbaharui undang-undang yang menyekat hak kebebasan bersuara, menurut laporan hak asasi manusia Amnesty International bagi tahun 2023 yang diterbitkan hari ini.

Laporan itu juga menyebut Malaysia terus menggunakan undang-undang yang menindas untuk menghentikan kritikan dan menghalang bantahan aman.

Amnesty International seterusnya berkata tindakan punitif terhadap pelarian dan pendatang masih berterusan, termasuk penahanan tanpa batas waktu dan penghantaran pulang yang bertentangan dengan prinsip tiada penghantaran pulang paksa (principle of non-refoulement).

“Lebih banyak kematian dalam tahanan juga direkodkan,” katanya.

Laporan Amnesty International hanya menyebut satu perubahan positif iaitu pemansuhan hukuman mati mandatori yang telah membenarkan seramai 1,020 banduan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat layak mengemukakan permohonan semakan semula.

Laporan yang diterbitkan hari ini merangkumi rekod hak asasi manusia sepanjang tahun pertama pertandbiran kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum Novemver 2022.

Kerajaan perpaduan diterajui Pakatan Harapan, yang sebelum ini berjanji untuk melaksanakan reformasi serta menambah baik situasi hak asasi manusia , termasuk kebebasan bersuara dan menghapuskan undang-undang zalim. – 24 April, 2024.

MADANON LEBIH

ZALIM DARI

MAHAFIRAUN

AMIN

HASUT HASUT

RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

HANYA JALAN RAYA

PENENTU KUASA

AMIN

SEBELUM KE

PILIHAN RAYA

TURUN KE 

JALAN RAYA

KHALAS

SAMBUTAN TLDM DIBATALKAN !!!


Hari Terbuka Armada 2024 dibatalkan

KUALA LUMPUR – Hari Terbuka Armada 2024 yang dijadualkan berlangsung 4 dan 5 Mei ini dibatalkan.

Ia susulan insiden helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia yang terhempas di Pangkalan Lumut, yang mengorbankan 10 nyawa pagi semalam.

“Sebagai menghormati perwira TLDM yang telah pergi buat selama-lamanya, kami dengan rasa rendah diri dan dukacita ingin memohon maaf memaklumkan Hari Terbuka Armada 2024 yang dirancang pada 4-5 Mei di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dibatalkan,” katanya. – MalaysiaGazette

AL- FATIHAH

TAKZIAH

AMIN

GANJA UNTUK KESEHATAN



Sindiket import ganja dari Thailand tumpas, lapan individu diberkas

KUALA LUMPUR – Satu sindiket pengedaran dadah lumpuh dengan tertangkapnya lapan individu dalam enam serbuan yang dilakukan pihak berkuasa di sekitar ibu negara pada 18 hingga 23 April lalu.

Sindiket tersebut yang mengedarkan dadah ke seluruh negara, termasuk sabah dan sarawak, mendapatkan bekalan ganja mencecah 100 kilogram (kg) seminggu menerusi aplikasi Telegram.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan itu dilakukan ke atas beberapan flat, apartmen dan kondominium yang membawa kepada penahanan enam lelaki dan dua wanita yang berusia 24 hingga 42 tahun.

Tambah beliau, pemeriksaan di kediaman terbabit membawa kepada penemuan dadah jenis ganja bernilai RM293,830 dan dua bungkusan ‘Brownies ganja’.

“Kami turut merampas peralatan seperti sepapan pemotong kayu, vacum sealer, pisau pemotong, pisau pemotong pizza, dan penimbang elektronik selain motosikal Yamaha Y15 milik suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, hari ini.

Menurut Rusdi, kondominium yang dihuni suspek disewa untuk tempoh panjang dan ia digunakan sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke seluruh negara.

Tambah beliau, suspek akan menempah bekalan ganja antara 30kg hingga 100kg seminggu dan penghantaran dilakukan  syarikat di Thailand menerusi syarikat kurier.

“Suspek juga menggunakan khidmat runner untuk menghantar dadah tersebut melalui penghantaran syarikat kurier terkemuka,” ujarnya sambil menambah kesemua suspek tidak mempunyai pekerjaan rtetap.

Rusdi berkata, lima suspek kini direman selama tujuh hari bermula hingga 29 April ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atau sebatan.

Bagaimanapun, permohonan reman bagi tiga lagi suspek ditolak dan polis polis meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki individu yang masih bebas dalam kes tersebut. – 

PASARAN ADA

GANJA  TERUS

DI SELUDUP

AMIN

NAK LAWAN 

SELUDUP  MUDAH

AMIN

BENARKAN

TANAM SENDIRI

UNTUK REKREASI

KHALAS

GEMOK BAWA BAHAYA


GEMOK BAWA

BAHAYA

AMIN

NAIK PESAWAT

JADI SENGET

AMIN

NAIK BAS

BERAT SEBELAH

AMIN

BERJOGING

JADI GEMPA BUMI

KHALAS

Unknown commented on 
"RAKYAT LAMA MENUNGGU -
 BILA ROSMAH NAK MASUK JIL ?"

Mohon ampun juga, supaya pasangan kembali bersama setiap masa, orang-orang kita ada lah cerita nak bawa, kisah shopping kisah ego tinggi kisah gempar gempur bumi merata tempat, gemuk bukan kesalahan bukan jugak hina tetapi perangai jadi bualan komen ulasan semua kah kah kah setinggi mana pun tahap kamu jangan hina orang lain kah kah kah

RIFIZI DAN FORMULANYA


RAFIZI TIBA

DENGAN 

FORMLANYA

KAH KAH KAH

BIARKAN BIARKAN

AMIN

BERAPA HARI LAGI KE 7 MEI ?


BERAPA  HARI

LAGI KE  SELASA

7 MEI 2024

AMIN



ADA APA PADA

PAGI ITU

AMIN

KHALAS

CAMPUS AMERIKA


CAMPUS AMERIKA

BUDAYA PELAJAR SISWA
TURUN KE JALAN
KEMBALI  DI KAMPUS AMERIKAA

TAHUN 60'AN ANTI PERANG VIETNAM
TAHUN 2024 ANTI ISRAEL

PETANDA BAIK UNTUK ANAK MUDA
SELURUH DUNIA
TURUN KE JALAN RAYA
HAPUSKAN KELEPTOKRASI
HAPUSKAN PENIPUAN
LAWAN PUTAR ALAM
WUJUDKAN DUNIA BARU
YANG LEBIH ADIL & DEMOKRATIK
KHALAS

MCA & MIC TAK IKUT TITAH ?



Kuala Kubu Baharu sekali lagi serlahkan rasa kecewa MCA dan MIC dengan 'kerajaan perpaduan'


Pendirian dua sekutu tradisi Umno untuk tidak turun berkempen bersama-sama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan datang menyerlahkan permusuhan di kalangan komponen yang membentuk kerajaan walaupun pimpinan tertinggi kerap menggunakan slogan "perpaduan".

Walaupun beberapa pimpinan tertinggi Umno berkata mana-mana calon PH perlu dikira sebagai calon kerajaan, ia nampaknya tidak meyakinkan MIC dan MCA.

Hari ini, Presiden MCA Wee Ka Siong melancarkan serangan tajam ke arah DAP.

"Selepas seronok bantai caci maki hamun MCA, sekarang nak suruh MCA bantu DAP berkempen? Apa kamu ingat MCA tidak ada maruah atau perasaan, apabila ahli parti saya terguris dengan kata-kata penghinaan pemimpin DAP, adakah saya selaku presiden MCA, hanya berdiam diri sahaja?" kata Wee, sebagai membalas kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebelum ini.

Loke, yang muncul dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini, menyifatkan MCA sebuah parti "tawkeh" yang tidak mempedulikan kepentingan rakyat.

Pemerhati berpendapat keengganan MCA dan MIC untuk turun kempen timbul daripada layanan yang diberikan ke atas dua parti itu, yang sejak lebih sedekad lalu bergelut dengan defisit sokongan kaum Cina dan India - komuniti yang menjadi tulang belakang MCA dan MIC.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setuju ia berpunca dengan tindakan "meminggir" parti itu dalam perkongsian kuasa yang lebih menampilkan watak Umno mewakili Barisan Nasional.

"Ini kerana DAP mewakili parti bukan Melayu yang sangat dominan dalam kerajaan perpaduan," katanya kepada MalaysiaNow.  

MIC mahukan BN diberi laluan untuk bertanding di Kuala Kubu Baharu, kerusi negeri di bawah Hulu Selangor.

Pada pilihan raya enam negeri (PRN6) yang lalu, kerusi dengan bilangan pengundi hampir separuh bukan Melayu itu dimenangi DAP dengan majoriti 4,119 undi.

MCA turut enggan turun berkempen untuk PRK tersebut yang dijadual pada 11 Mei ini. 

Mazlan berkata, walaupun Umno turut menerima tempias penolakan pengundi terhadap BN, ia masih mengawal kementerian-kementerian utama.

"Tetapi tidak bagi rakan-rakan mereka MCA dan MIC," katanya.

Ketika pemerintahan BN dulu, MCA dan MIC secara tradisi diberikan portfolio kementerian seperti kesihatan, pengangkutan, tenaga buruh dan teknologi.

Kesemua portfolio itu kini dipegang menteri dari PH, termasuk Kementerian Pengangkutan yang dilihat nadi kuasa yang penting yang kini berada di bawah kawalan Loke, setiausaha agung DAP.

Bagi pemerhati Anis Anwar Suhaimi, MIC dan MCA melihat DAP sebagai seteru utamanya, dan hubungan antara mereka akan saling bertentangan disebabkan masing-masing merebut kerusi bukan Melayu.

"Kerangka berparlimen negara kita menjadikan kedua-dua blok ini secara semulajadinya merupakan musuh tradisi," kata Anis, ketua penyelidik di O2 Research terlibat dalam kajian lapangan mengenai sentimen politik.

Jelasnya, ia berbeza dalam hubungan antara Umno dan PH, di mana kerjasama melengkapi antara politik luar bandar dan bandar, begitu juga politik Melayu dan dan bukan Melayu.

Anis melihat pendirian MIC dan MCA sebagai satu kenyataan bahawa sebarang kerjasama antara BN dengan gabungan lain mesti mampu memulihkan semula kekuatan BN, bukannya semata-mata dijadikan alat menubuhkan kerajaan.

"Maka sekiranya calon yang dipertandingkan adalah parti selain daripada BN, kempen-kempen dan gerak kerja politik yang dilakukan dianggap tidak memberi nilai tambah." 

Anis berkata jurang antara parti komponen dalam kerajaan juga berpunca daripada kegagalan Umno mengatur strategi dalam kerjasama dengan PH. 

Sehingga kini, Umno hanya tertumpu kepada pemerkasaan parti Melayu itu melalui portfolio kementerian yang dipegang. 

"Ini juga dapat dilihat bilamana keputusan-keputusan yang dibuat juga kurang melibatkan rundingan dan perbincangan Majlis Tertinggi BN. 

"Amalan ini memberi petunjuk kepada pengundi bukan Melayu bahawa kedudukan MCA dan MIC tidak sepenting kedudukan DAP dalam kerjasama yang sedang diadakan," katanya. 

Walaupun Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata akan mengadakan perjumpaan dengan MCA dan MIC, Mazlan berkata kedua-dua parti tetap akan bersikap "tarik tali" dan ia tidak berkesudahan sehingga mereka juga dilayan sama rata.


WOIT

APA JADI DGN

KERAJAAN TITAH

KAH KAH KAH

DAH DERHAKA 

BILA DAPT KUASA

KAH KAH KAH

KESIAN MCA & MIC

KENA JADI

TAIK KUCING

DALAM PAKATAN

KAH KAH KAH

KHALAS

E-ROKOK VAPE



Semakin ramai kanak-kanak masuk hospital akibat vape, e-rokok

MOSCOW: Kemasukan ke hospital akibat menghisap vape dan e-rokok telah meningkat sebanyak 733 peratus sejak empat tahun lalu dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 20 tahun.

Angka berkenaan termasuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, lapor Sputnik memetik laporan The New York Post, memetik data daripada NHS England.

Jumlah kemasukan ke hospital untuk gangguan berkaitan vape, termasuk kanak-kanak dan orang dewasa, telah meningkat sebanyak 276 peratus sejak 2020, kata laporan itu pada Isnin.

Terdapat 50 kemasukan ke hospital untuk gangguan berkaitan vape tahun lalu, termasuk 11 kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah, lapor tabloid berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kanak-kanak prasekolah dimasukkan ke hospital kerana menghisap e-rokok pada 2020, dan hanya enam orang muda memerlukan bantuan perubatan.

Kemasukan kanak-kanak untuk gangguan berkaitan vape merangkumi hanya 6.0 peratus daripada jumlah kemasukan pada 2020, kata laporan itu.

Namun, kira-kira 14 peratus daripada 365 kemasukan ke hospital berkaitan vape adalah mereka yang berumur di bawah 19 tahun.

Statistik selanjutnya menunjukkan bahawa pada 2020, daripada 97 orang yang dimasukkan ke hospital, 19 adalah kanak-kanak; pada 2021, daripada 300 orang yang dimasukkan ke hospital, 19 adalah kanak-kanak; pada 2022, jumlah itu meningkat kepada 457, termasuk lima kanak-kanak; dan pada 2023, daripada 365 orang yang dimasukkan ke hospital, 50 adalah kanak-kanak.

Laporan itu juga mengatakan bahawa semakin kerap wanita dimasukkan ke hospital untuk masalah vape iaitu 57 peratus daripada jumlah keseluruhan kemasukan pada 2023 berbanding 46 peratus pada 2020. - BERNAMA - SPUTNIK

ROKOK MAHAL

VAPE LEBIH

MURAH

AMINKHALAS

MAKAM PAHLAWAN


MAKAM 

PAHLAWAN

AMIN


panglimo potaseh commented on 
"TUN HANIFF DI SAILANG ?"

Kubor Pahlawan tu nguborkan kaki2 sakau, sailang, pemutar alam .. mungking tompek tu dah paneh sobab ahlul nyo banyak kono soal jawab .. tak dapek jawab akan di kelupo dongan rotan api paneh 1000 kali paneh dari api welding. Jadi tu sobab Tun Anif tak ondak kono tanam kek situ .. paneeeh .. tuckbEEr

MAKAN PERCUMA



MAKAN PERCUMA

RAMAI BERATUR

KHALAS


Unknown commented on
 "MAKAN PERCUMA
 SEMUA SOKONG"

Kalau percuma memang ramai penuh berbaris panjang pagi sampai malam, tak salah tak bengkok garisan tetap lurus, lepas makan berak siap kah kah kah memang budaya silam amin

aKEMALANGAN HELIKOPTER


HELIKOPTER


RABU 24 APRIL 2024
KITA TERPERANJAT
 BILA MEMBACA BERITA TRAJEDI
HELIKOPTER  BERLANGGAR DIUDARA
JATUH TERHEMPAS
10 SOSOK GUGUR
AL-FATIHAH

YANG GUGUR
ANGGOTA TENTERA LAUT
DALAM LATIHAN UNTUK
MEMBUAT PERTUNJUKAN
HARI ULANG TAHUN KE 90
TENTERA LAUT DI RAJA

TRAJEDI
INI BERLAKU DI LUMUT
PERAK

KEMALANGAN BERLAKU
BERAT MANA HATI MEMBACA
BERAT LAGI KELUARGA MENERIMA
AMIN

AMERIKA
BICARA TRUMP
DITERUSKAN DI NEW YORK
KES DUIT BAYAR PADA GRO
UNTUK TUTUP MULUT
INI BERLAKU MASA
TRUMP KEMPEN TAHUN 2016

GAZA
LEBH 200 MAYAT DITEMUI
DALAM KUBUR BESAR
DI KAWASAN DUA HOSPITAL
 DI KHAN YOUNIS
ADA MAYAT TANGAN
TERIKAT 

AMERIKA
DEMO PELAJAR PRO PALESTIN
MAKIN MEREBAK
DI YALE DAN DI NYU
BERBELAS PELAJAR DI TANGKAP

FRANCE
5 PENDATANG HARAM
MATI  LEMAS
KETIKA CUBA NYEBERANG
SELAT INGGERIS
DARI FRANCE

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
CAHAYA MASIH LEMAH

LOPAK AIR DAN LECAH
DI JALAN KERANA
UJAN LEBAT KEMARIN

TERKUKUR DAH RAMAI
DI BELAKANG POKOK ARA
GUA DENGAR BUNYI SEPERTI
SUARA TEMPUA
TAHUN INI TIDAK ADA
TEMPUA BERSARANG DI HOKKIEN
KERANA POKOK BANYAK DI TEBANG

DI PINTU MASUK
SUARA KENG KENG
MENGGEGAR KAN PAGI

HARI INI AKAN PANAS
HUJAN PETANG MEMBAWA
MALAM SEJUK DAN ENAK

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
BERCERILAH
WALAU PUN LU TAK
RASA NAK GUMBIRA

BRO
BIL LU BUAT SALAH
NGAKU KESALAHAN ITU
BANYAK PERKARA
BOLEH SELESAI

BRO
CERITAKAN LAH
TENTANG KEBAIKKAN ORANG LAIN
LU TAK KAN MENYESAL

BRO
KALAU HARI INI
HARI PALAT UNTUK LU
SILA BANTU ORANG LAIN
UNTUK JADIKAN HARINYA
CERIA

BRO
KALAU LU DAH
DALAM LUBANG
BERHENTI MENGGALI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA