Sabtu, 11 Mei 2024
SENJATA DI TANGAN - MUSUH DI DEPAN BUAT PILIHAN !!!
Gaza sentiasa jadi kubur pasukan penceroboh – Hamas
GAZA – Kumpulan Hamas tidak panik dengan serangan yang dilakukan ke atas Rafah dan Gaza sentiasa menjadi kubur kepada tentera penceroboh Israel.
Menurut satu kenyataan, demi kesetiaan kepada penduduk Palestin kumpulan tersebut berurusan secara bertanggungjawab dan positif terhadap usaha-usaha yang dilakukan orang tengah dalam memuktamadkan perjanjian gencatan sejata secara kekal serta pengunduran tentera penceroboh di jaluran Gaza selain mengembalikan mereka yang kehilangan tempat tinggal.
Katanya, ia juga melibatkan kebebasan dan akses kepada pertukaran tahanan menerusi rundingan yang mengakhiri penderitaan semua tahanan di penjara musuh dalam pertukaran tahanan Zionis.
Menurut kenyataan tersebut, bagi mencapai sasaran itu, Hamas telah bersetuju dengan cadangan terbaharu yang dikemukakan orang tengah.
Katanya, namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan kerajaannya menggunakan rundingan yang dilakukan bagi mengaburi mata untuk melakukan serangan ke atas Rafah, menceroboh lintasan tersebut dan meneruskan peperangan terhadap penduduk Palestin.
Tambahnya, selain itu, mereka juga bertanggungjawab sepenuhnya menghalang perjanjian terbabit dicapai.
Jelasnya, berikutan tingkah laku Netanyahu membabitkan penolakan cadangan orang tengah, serangan ke atas Rafah dan pencerobohan lintasan tersebut, kumpulan Hamas akan mengadakan rundingan denga para pemimpin Palestin dalam usaha menkaji semula stategi rundingan.
“Ketika kami menghormati hero-hero Briged Al-Qassam, Al-Quds dan semua pihak Palestin yang menentang (musuh) yang berhadapan dengan tentera musuh dan pencerobohan yang dilakukan, dengan operasi (Palestin yang) berani menyebabkan kematian tentera musuh atau cedera di Rafah ketika ini, kami mengakui serangan ke atas Rafah tidak akan menimbulkan panik, dan Gaza sentiasa menjadi kubur kepada pihak penceroboh,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette
SENJATA DITANGAN
MUSUH DIDEPAN
TAKDA PILIHAN
AMIN
KHALAS
LAGI FITNAH PADA KERAJAAN MADANI
Kemiskinan bandar melanda KL, kata laporan Unicef
LAPORAN Unicef mengenai isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur selepas pandemik mendapati keluarga golongan ini lebih bergelut ketika ini berbanding semasa tempoh Covid-19.
Menurut laporan The Living on the Edge yang dikeluarkan awal minggu ini, lapan daripada 10 keluarga bergelut untuk memenuhi keperluan asas mereka. Ini lebih tinggi berbanding tujuh daripada 10 semasa tempoh pandemik Covid-19.
Ia juga mendapati golongan wanita yang menjadi ketua isi rumah dan orang kurang upaya (OKU) berdepan cabaran lebih besar serta berada dalam situasi yang lebih teruk.
Laporan ini adalah susulan daripada kajian Families on the Edge yang dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.
Ia mengkaji laluan pemulihan pasca-pandemik isi rumah ini dalam konteks peningkatan kos sara hidup, mengesyorkan perlindungan sosial yang diperkukuh untuk memastikan lantai perlindungan sosial minimum tersedia terutamanya untuk golongan yang paling terdedah.
Tinjauan itu dijalankan dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023 dengan data dikumpul daripada sejumlah 755 isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.
“Memastikan pemulihan pasca wabak bermakna menjaga mereka yang paling terdedah: keluarga berpendapatan rendah terutamanya isi rumah yang diketuai oleh wanita dan individu kurang upaya.
“Hidup bukan semata-mata tentang rezeki tetapi juga tentang kualiti hidup. Melabur dalam kedua-duanya memastikan kanak-kanak dan keluarga bukan sahaja bertahan tetapi berkembang, memupuk masa depan di mana setiap individu mempunyai peluang untuk berkembang” kata Ketua Dasar Sosial Unicef Malaysia Juanita Vasquez-Escallon,.
Laporan itu juga menunjukkan walaupun keluarga telah pulih dari segi pekerjaan dan pendapatan, kemiskinan berterusan dengan 41% mengalami kemiskinan mutlak dan 17% berdepan kemiskinan tegar.
“Ini terutamanya berleluasa dalam kalangan isi rumah yang diketuai wanita dan golongan OKU.
“Kos sara hidup yang semakin meningkat memburukkan lagi kesukaran, dengan lapan daripada 10 keluarga bergelut untuk memenuhi keperluan asas menyebabkan pilihan melampau seperti mengurangkan pengambilan makanan.
“Kesan ke atas kesihatan mental adalah ketara dengan satu daripada 4 mengalami kemurungan terutamanya lebih tinggi daripada semasa wabak,” tambah laporan itu.
Beberapa penemuan penting lain termasuk:
> Kenaikan harga makanan memberi impak sebenar kepada kebanyakan isi rumah berpendapatan rendah (90%) memaksa mereka membuat pilihan yang melampau termasuk mengurangkan pengambilan makanan. Seorang daripada dua kanak-kanak kini dilaporkan makan kurang daripada tiga kali sehari.
> Walaupun yuran sekolah tidak berubah, kos yang berkaitan seperti pengangkutan, wang saku, aktiviti kokurikulum meningkat yang membawa kepada peningkatan kebimbangan ibu bapa tentang akses dan kualiti pendidikan.
> Sebagai tindak balas kepada peningkatan kos sara hidup, keluarga bekerja lebih keras dan kurang berbelanja. Ini mengakibatkan kesan negatif terhadap kesihatan mental responden. Tiga daripada empat mengalami kesan buruk terhadap kesejahteraan mental, dan satu dan empat mengalami kemurungan, yang lebih tinggi daripada semasa wabak.
Butiran penemuan utama boleh didapati di sini.
Cadangan Unicef
Berdasarkan penemuan dalam laporan itu Unicef membuat beberapa saranan kepada kerajaan termasuk menyediakan elaun mampu milik RM200 sebulan untuk semua ibu hamil sehingga anak berusia dua tahun.
Begitu juga, ia juga berkata kerajaan boleh memberi elaun sejagat untuk OKU bagi menyediakan tahap jaminan pendapatan yang mencukupi dan melengkapkan penjagaan kesihatan dan perlindungan pekerjaan sedia ada.
Pada masa yang sama, elaun perlu dilanjutkan kepada penjaga utama (yang kebanyakannya wanita) ahli keluarga yang OKU.
Unicef juga berkata kerajaan perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan, atau mereka yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,589 (RM681 per kapita).
Ketika ini bantuan hanya diberikan kepada isi rumah dengan RM1,198 sebulan (RM315 per kapita).
Agensi PBB juga berkata kerajaan boleh meningkatkan kesedaran kesihatan dan Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual (SRHR) serta kesejahteraan mental.
Mereka berkata program jangkauan komuniti mesti diperluaskan untuk melengkapkan lelaki, wanita dan keluarga dengan pengetahuan penting, memudahkan perancangan awal, membuat keputusan termaklum dan memastikan akses kepada penjagaan pencegahan.
“Terdapat juga keperluan mendesak untuk meningkatkan campur tangan berasaskan komuniti termasuk kumpulan sokongan untuk menangani cabaran kesihatan mental secara berkesan dan memupuk kesejahteraan mental keseluruhan dalam komuniti,” katanya.
Akhir sekali, Unicef juga berkata Putrajaya perlu menaikkan gaji minimum kepada RM2,287 sebulan, bukannya RM1,500 sebulan. Ini adalah untuk mengambil kira faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan dan produktiviti.
Mereka berkata gaji sara hidup semasa seperti yang dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia ialah RM2,700.
Kejayaan mengatasi kemiskinan
Pada Februari Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kemiskinan tegar telah dihapuskan di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Kerajaannya sebelum ini berkata pembasmian kemiskinan tegar adalah antara matlamat utamanya.
Anwar berkata usaha membasmi kemiskinan tegar bukan sahaja melibatkan majoriti Melayu tetapi juga melibatkan kaum lain seperti India, Cina dan lain-lain.
“Di Kuala Lumpur walaupun majoritinya Melayu, nisbah mengikut populasi menyatakan status kaum India adalah tinggi dan kami akan membantu setiap keluarga di Kuala Lumpur keluar daripada garis kemiskinan tegar. Ini adalah pendekatan kami tetapi kadangkala kami berdepan pemimpin yang mencari peruntukan untuk kaum India.
“Pada saya setiap isu miskin tegar tidak kira Cina, Melayu atau India sudah diselesaikan di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.
“Daripada statistik yang kami terima, kami telah mencapai 100 peratus,” katanya
Pada November tahun lepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kadar kemiskinan tegar menurun kepada 0.2% menjejaskan 18,445 isi rumah berbanding 1% pada 2020 ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Bagi tahun 2022 kerajaan pada masa itu berkata jumlah isi rumah yang diklasifikasikan sebagai miskin tegar menurun kepada 129,395 berbanding 260,000 pada 2021 apabila impak Covid-19 memuncak. – 10 Mei, 2024.
MANA ADA
ORANG MISKIN
DI KUALA LUMPUR
KAH KAH KAH
INI SEMUA FITNAH
MEDIA ASING &
LEMBAGA ASING
KAH KAH KAH
APA AGENDA
MEREKA?
JENG JENG JENG
AMIN
ROSMAH LEBIH SELAMAT DALAM PENJARA
Barangan mewah lebih US$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain memfailkan saman terhadap Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih US$346 juta yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diselewengkan.
Selain 1MDB, saman yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lim Chee Wee Partnership turut menyenaraikan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited; 1MDB Energy Limited; 1MDB Energy (Langat) Limited; Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd selaku plaintif pertama hingga keenam.
Lima syarikat lain adalah Affinity Equity International Partners Limited; Alsen Chance Holdings Limited; Blackrock Commodities (Global) Limited; Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited selaku plaintif ketujuh hingga ke-11.
Kesemua plaintif menamakan Rosmah, yang juga isteri Najib dan seorang wanita iaitu Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam tuntutan saman itu, kesemua plaintif mendakwa barangan mewah berkenaan termasuk barang kemas, jam tangan dan beg tangan dibeli atau diperolehi oleh Rosmah atau defendan kedua bukan dengan wang defendan pertama (Rosmah) sendiri tetapi dengan dana yang diseleweng daripada plaintif pertama hingga keenam.
“Dana tersebut disalurkan melalui pelbagai entiti luar pesisir termasuk plaintif ketujuh hingga ke-11 sebelum dibayar kepada 48 vendor berbeza untuk pembelian kesemua barangan mewah ini dan sebanyak 320 bayaran berjumlah US$346,010,489 telah dibuat,” menurut pernyataan tuntutan itu.
Oleh itu, kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar US$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Kesemua plaintif turut memohon perintah agar Shabnam membayar ganti rugi atau pampasan yang akan ditaksirkan kemudian.
Selain itu, plaintif-plaintif turut memohon deklarasi antaranya plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan-barangan mewah tersebut yang kini didakwa berada dalam simpanan Rosmah.
Turut dimohon ialah ganti rugi teruk, teladan, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 24 Mei ini. – Bernama
ISTERI ROSMAH
DAH SELAMAT
DALAM PENJARA
AMIN
ROSMAH JUGA
AKAN SELAMAT
DALAM PENJARA
AMIN
BEBAS DARI
ALONG DAN
PENAGIH HUTANG
AMIN
SELAMATKAN
BIK MAMA
MASUKAN KE DALAM
PENJARA
AMIN
KHALAS
TIPU HELAH GENCATAN SENJATA
Israel serang Rafah selepas rundingan gencatan senjata berakhir
GAZA CITY – Israel menyerang Rafah yang menjadi tumpuan pelarian Palestin dari seluruh Gaza selepas rundingan gencatan senjata dengan Hamas berakhir.
Wartawan AFP di Semenanjung Gaza awal Jumaat menyaksikan serangan artileri ke atas Rafah di sempadan selatan wilayah itu dengan Mesir manakala saksi melaporkan serangan udara dan pertempuran di Bandar Gaza jauh ke utara.
Pasukan perunding Israel dan Hamas meninggalkan Kaherah pada Khamis selepas apa yang disifatkan oleh tuan rumah Mesir sebagai “pusingan dua hari” rundingan tidak langsung mengenai syarat gencatan senjata Gaza, menurut Al-Qahera News yang berkaitan dengan perisikan Mesir.
Semua mata tertumpu pada Rafah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, di mana populasi telah meningkat kepada kira-kira 1.5 juta selepas ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri dari pertempuran dan pengeboman di kawasan lain di Gaza dalam usaha mencari keselamatan yang terdesak.
Negara-negara di seluruh dunia termasuk penyokong utama Israel, Amerika Syarikat, telah menggesa Israel supaya tidak melanjutkan serangan daratnya ke Rafah, memetik kebimbangan akan jumlah orang awam yang besar.
Israel bagaimanapun menegaskan untuk mencapai matlamat perangnya, ia mesti menghantar tentera darat ke bandar it, di mana ia mendakwa pemimpin kanan tentera Hamas bersembunyi.
Israel sejak Selasa telah menjalankan operasi ketenteraan di bahagian Rafah, dan merampas kawalan sempadan utama ke Mesir, mencetuskan kecaman daripada kumpulan bantuan yang bergantung pada lintasan untuk menghantar bantuan ke wilayah itu.-AFP
HAMAS SETUJU
DAN TERIMA
SYARAT GENCATAN
SENJATA
MIN
ISREAL SERANG
MAKA RUNDINGAN
HANYA HELAH
AMIN
KHALAS
MELAYU JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN
MELAYU
JANGAN SALAHKAN
ORANG LAIN
KHALAS
Unknown commented on
"ZELENSKIY CUBA DIBUNUH"
Kalau ada pemimpin haprak seluruh umat negara merana seksa, sama juga negara kita, barisan pemimpin haprak menyusahkan seluruh negara dan rakyatnya kah kah kah, cakap Melayu siang malam tapi ua yang curi yang rompak duit rakyat Melayu juga, belum kira rasuah belum kira ketirisan songlap projek komisen songlap kiri kanan, kemudian bising siang malam Yahudi Zionist DAP kah kah kah
berapa lama lagi mahu tipu Melayu woit? Skrip ubah sikit sudah jangan pakai skrip kecik kecik main api lagi, ramai sudah tidak percaya sebab nampak sendiri beg tangan, nampak sendiri duit di condo nampak sendiri kemewahan anak beranak kah kah kah besar besar main tetek kah kah kah
PRK KKB
PRK KKB
SABTU 11 MEI 2024
HARI MENGUNDI DI PRK KKB
PAKATAN DIRAMAL AKAN MENANG
DENGAN JUMLAH KOCIK
APA YANG PELIK
PMX TAK TURUN PADANG
BERKEMPEN
TAKUT LAGI BANYAK
UNDI INDIA HILANG
KAH KAH KAH
PENGUNDI INDIA
DI LAPOR CUKUP MENYAMPAH
DENGAN ANWAR IBRAHIM
KAH KAH KAH
PEGAWAI AMERIKA
DATANG NAK SIASAT
KERAJAAN KITA ADA HUBUNGAN
DENGAN HAMAS IRAN DAN PALESTIN
PUKEEE MAK AMERIKA
RAFAH
150,000 WARGA PALESTIN
CUBA MELARIKAN DIRI
DARI KENA BOM
SWEDEN
HARI INI PERTANDINGAN
EUROVISION DI MALMO
DEMO DI JALAN
MENENTANG ISRAEL
AMBIL BAHAGIAN SAMA
JEPUN
TORKURYU SAMSENG JEPUN
YANG BARU GANTI
YAKUZA
PBB
LULUS KETETAPAN
UNTUK MAJLIS KESELAMATAN PBB
TERIMA PALESTIN
SEBAGAI ANGGOTA PBB
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH BERSINAR
LANGIT CAPOK CAPOK
AWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL CERAH
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU
ATAS POKOK GETAH
TUK TUK TUK
BERLAGU KUAT
SEBUAH JENTOLAK BESAR
SEDANG BEKERJA
NAK GALI KUBUR LAMA
UNTUK BUAT BARU
HARI INI PASTI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
BUAH BUAH GUA DAH HABIS
KACANG & BADAM & PASTACHIO
JUGA DAH HABIS
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SABTU UJUNG MINGGU
BRO
HIDUP LAH DENGAN
PENUH IMAJINASI
BUKAN DENGAN ILLUSI
BRO
LU JANGAN KETAWAKAN
PADA IMPIAN ANGAN ANGAN
ORANG LAIN
BRO
LU JANGAN KETAWA
BILA BOB KAWAN LU
YANG GEMOK
NAK JADI USAIN BOLT
BRO
SENTIASA GUNA
TONG SAMPAH
KALAU TAK KELIHATAN
SIMPAN SAMPAH DULU
HINGGA LU JUMPA
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERHUJUNG
MINGGU