Selasa, 4 Jun 2024
MARAH PADA RAFIZI
BRO
RELAX BRO
JANGAN MARAH SANGAT
PADA RAFIZI
AMIN
RAFIZI INI MANGSA ANWAR
RAKYAT JUGA JADI MANGSA
AMIN
ANWAR NAK POTONG
PENGARUH RAFIZI
MAKA MUNCULKAN BUDI
AMIN
PADU DAN BUDI INI
MANIFESTASI PERGADUHAN
ANWAR LAWAN RAFIZI
KHALAS
INI KERJA GOL N GINCU
Peguam dakwa SKMM sekat siaran FB berhubung isu Asia Mobiliti
PEGUAM Shamsher Singh Thind mendakwa catatan Facebooknya mengenai Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Mobiliti) telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Shamsher mempersoalkan sama ada Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching terlibat kerana mempertahankan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh terhadap dakwaan nepotisme dalam program Transit Responsif Permintaan (DRT) membabitkan syarikat yang dikaitkan dengan suaminya.
“Post saya dah kena blocked di Malaysia. DAP selalu cakap pasal open tender, jadi saya pun tanyalah apa yang di-opennya dalam skandal DRT ini kerana tender kan tak ada. Salahkah?
“Saya tahu, Teo Nie Ching, kamu telah mempertahankan Hannah Yeoh. Dan saya tahu kamu ialah timbalan menteri komunikasi, yang berkuasa atas MCMC.
“Jadi saya nak tanya kamu, adakah kamu telah menggunakan agensi kerajaan seperti MCMC untuk menutup mulut orang yang mengkritik kawan separti dan sekabinet kamu?” kata Shamsher menerusi posting di Facebooknya.
Pada 29 Mei lalu, Teo mempertahankan Yeoh selepas kerajaan Selangor didakwa nepotisme dalam pemberian kontrak pengangkutan awam untuk menambah baik perkhidmatan bas di negeri itu.
Teo berkata adalah terlalu awal untuk Yeoh berundur kerana tiada siapa yang menunjukkan bukti konkrit konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa seperti yang didakwa.
“Saya fikir adalah tidak adil untuk meminta Yeoh meletak jawatan dan jika siasatan membuktikan terdapat penyalahgunaan kuasa maka saya percaya dia akan bekerjasama dengan siasatan dengan betul dan teliti.
“Bagaimanapun, persoalan sama ada dia perlu meletakkan jawatan, saya fikir, masih terlalu awal,” katanya.
Shamsher juga berkata Pakatan Harapan telah berjanji untuk memansuhkan undang-undang zalim dalam manifesto parti itu.
“Jangan kamu lupa, Pakatan Harapan telah berjanji (Janji Ke-27 dalam Buku Harapan) untuk menghapuskan undang-undang zalim.”
Shamsher berkata beliau akan menghantar surat ke Facebook untuk mengesahkan tuntutan undang-undang yang diterima oleh syarikat media sosial itu.
Pada hujung minggu lalu, suami Yeoh, Ramachandran Muniandy berkata syarikatnya dipilih oleh kerajaan Selangor untuk projek perintis perkhidmatan pengangkutan berdasarkan merit dan bukan kerana dia telah berkahwin dengan seorang menteri.
Beliau juga berkata syarikatnya – Asia Mobility Technologies Sdn Bhd – telah memenuhi semua keperluan yang diperlukan untuk menjadi penyedia perkhidmatan bagi sistem transit responsif permintaan (DRT) Selangor Mobility.
Syarikat itu diberi tempoh sembilan bulan untuk menjalankan projek itu secara percubaan sejak November tahun lalu.
Pelantikan langsung Asia Mobiliti telah mendapat perhatian awam berhubung kaitan syarikat itu dengan Yeoh.
Ramachandran ialah pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Asia Mobiliti.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini berkata tiada keperluan untuk menyiasat kes itu kerana tiada jenayah dilakukan.
Beliau berkata ini kerana kontrak Inisiatif Mobiliti Selangor tidak diberikan kepada syarikat itu oleh kementerian Yeoh tetapi oleh kerajaan Selangor.
Sementara itu, Yeoh mengalu-alukan penyiasatan SPRM, dan mengatakan dia mahu “melihat kebenaran daripada siasatan ini. – 4 Jun 2024.
BILA SKMM
SEKAT ERTINYA
PERKARA ITU
BETUL
AMIN
KALAU KORUP
KENAPA PERLU
DI SEKAT
JENG JENG JENG
AMIM
INI SALAH GUNA
KUASA
KHALAS
LEBIH BAIK TEMBAK ISRAEL
LEBIH BAIK
TEMBAK ISRAEL
AMIN
Unknown commented on
"LATIHAN TENTERA"
Mula-mula berlatih di Hawaii...lepas tu boleh le hantar askar kita serang amerika tu...bagi dia rasa bagaimana negara dia kena serang. Asyik kacau negara orang je...ATM boleh!!!!
KES MAIN BONTOT DARI KACA MATA DR SIDEK BABA
KES MAIN BONTOT
DARI KACAMATA
DR SIDEK BABA
KAH KAH KAH
AMIN
TEATER YB TERESA KOK
TEATER
YB TERESA KOK
Saya telah menulis tentang Teater Hajarul Aswad – Teater Blackrock. Kali ini saya nak menulis tentang Teater YB Teresa Kok yang masih hangat dalam media.
Sebelum saya berlabun panjang adalah baik saya selongkar kembali Teater 9/11 World Trade Center New York. Teater 9/11 ini bertaraf global.
Saya selongkar untuk kita memahami kenapa dan mengapa teater dipentaskan. Juga untuk memahami tujuan teater dipentaskan
Mengikut Wikipedia : Serangan 11 September, yang biasanya dikenali sebagai 9/11. Ini ialah empat serangan pengganas Islam berani mati yang diselaraskan dan dilakukan oleh al-Qaeda terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2001.
Di pagi itu, 19 orang pengganas Islam ini telah merampas empat kapal terbang komersial yang dijadualkan terbang dari Pantai Timur ke California. Dua pesawat yang dibajak telah melanggar Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York City.
Menara ikon New York ini hancur musnah. Lebih 3,000 nyawa melayang.
Secara resmi Rumah Putih menuduh serangan ini dilakukan oleh Al-Qaeda dan Usama Bin Ladin.
Hari ini 70% warga Amerika percaya bahawa ledakan pada pagi 11 September 2001 adalah kerja orang dalam.
Teater 9/11 ini ditaja oleh CIA, FBI dan Mossad. Tujuan teater ini dipentaskan ialah mengolah persetujuan untuk menyerang Iraq. Ketika ini Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein - satunya negara Arab yang memiliki kekuatan dan bersedia untuk melawan Israel.
Saddam Hussein pemimpin nasionalis Arab dianggap bahaya untuk Zionis Israel. Maka Iraq dan Saddam wajib di musnah. Ini tujuan pementasan teater 9/11.
Ada tujuan sekunder : Penerbit Teater 9/11 ialah Daulah Terpendam – Deep State yang ingin memastikan industri perang terus berjalan.
Sesudah Teater 9/11 dipentaskan warga Amerika bersetuju untuk mengurangkan kebebasan mereka demi keselamatan. Justeru Undang-Undang Patriot Act diluluskan.
Talipon peribadi boleh diintip. Surat dan e-mail boleh diintip tanpa melalui arahan mahkamah.
Akta Patriot mempunyai matlamat yang dinyatakan untuk mengetatkan keselamatan Amerika terutamanya yang berkaitan dengan keganasan asing.
Dalam Teater 9/11 ada bangunan runtuh. Ada warga mati. Satu dunia heboh. Ada apa dengan Teater Teresa Kok. Tiada sapa mati.
Sabar dulu.
Hari masa dan detik teater dipentaskan juga wajib tepat. Ini untuk tujuan menjual dan memasarkan teater seluas mungkin..
Ingat kembali apa kejadian sebelum berita Teresa Kok heboh di media?
Ada berita dari Ulu Tiram. Heboh. Balai Polis Ulu Tiram telah diserang oleh seorang Jantan. Si Jantan ini datang dengan parang merampas pistol Abang Polis dan menembak mati Abang Polis. Si Jantan juga di tembak mati.
Media melaporkan berita ini.
Ketua Polis Negara membuat sidang akhbar. Diumumkan Si Jantan ialah anggota Jamaah Islamiyah.
Jamaah Islamiyah ialah sebuah kumpulan ekstremis ketenteraan Islam. Kumpulan ini mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dan al-Qaeda.
Bila sebut al-Qaeda muka Usama bin Ladin muncul. Bila muka Usama muncul maka Teater 9/11 muncul bersama.
.
Negara jadi gempar dan resah. Apakah ekstremis Islam muncul kembali. Ingatan kembali kepada Al-Maunah. Ingatan kembali kepada KMM - Kumpulan Mujahidin Malaysia.
Ekstremis Islam ini dikaitkan dengan Parti Islam Pas. Mata mula memandang juling kepada Parti Pas. Ada anggota Pas dari sejarahnya terlibat dalam Al- Maunah dan Kumpulan Mujahidin.
Apa yang menjadikan Ulu Tiram sebahagian skrip teater ialah keesokan hari Ketua Polis Negara umum Si Jantan ini bukan anggota Jamiah Islamiyah.
Awal di umum JI kemudian di nafi JI. Pelik lagi di luar tabii.
Tapi bahaya ekstremis Islam telah terpahat dan tersebar luas . Malah Singapura juga sama gempar. Ulu Tiram menjadi berita dunia.
Media dan warga Internet mula heboh membincang tentang ekstremis Islam.
Kes polis dibunuh di Ulu Tiram belum reda tertiba Malaysia jadi gempar sekali lagi. Kali ini dengan berita YB Teresa Kok menerima surat ancaman bersama dua butir peluru.
‘ Cibai lu Cina? Lu Akan Mati. Lu Tunggu!!! ‘ Ini isi surat yang diterima bersama dua butir peluru.
Apakah ini teater?
Apa yang menjadikan ini teater ialah cara Teresa mengurus berita ini. YB Teresa memanggil polis. Semua di rakam. Kemudian gambar-gambar rakaman ini disebar dalam media sosial bersama surat dari YB Teresa.
YB Teresa mahu semua rakyat Malaysia menuntun lakonan dirinya.
Yang tersurat dua butir peluru. Yang tersirat ada ekstremis Islam.
Simpati mula sampai. Disana sini kutukan di dengar – mengutuk ekstremis Islam. Bila ekstremis Islam disebut maka gambar yang tergambar ialah Parti Pas.
Justeru orang kuat Pas YB Taki muncul memberi simpati kepada YB Teresa. YB Taki mengutuk ekstremis dan menyatakan Parti Pas menolak garis ekstremis Islam.
Apa yang menjadikan ini teater ialah kekarutan ancaman ini. Bila kita baca secara teliti apa yang berlaku jelas babak Teresa Kok tidak masuk akal.
Jika hendak bunuh YB Teresa mengapa perlu hantar surat. Mengapa membazirkan dua butir peluru. Kah kah kah.
Rumah dan alamat diketahui, kalau hendak bunuh apa perlu beri amaran. Beri amaran tujuan untuk buat heboh. Dalam kes YB Teresa hebohkan ekstremis Islam nak bunuh YB kapir China.
Justeru babak ini menjadi komidi. Malah ianya sah di teaterkan apabila YB Teresa mengedarkan dalam media sosial gambar dia sedang berhadapan dengan pegawai penyiasat.
Kali ini muka tidak pula dikaburkan. Ini menjemput Ketua Parti MCA memberi komen sinis tentang bahasa Melayu YB Teresa.
Apa tujuan Teater YB Teresa Kok dipentaskan?
Tujuan induk untuk beri tahu rakyat Malaysia tentang bahaya ekstremis Islam. Yang tersurat bahaya ekstremis Islam. Yang tersirat bahaya Parti Pas. Apakah ini saja tujuan teater ini?
Sabar dulu. Sila ingat kembali kes Jantan Yahudi dengan enam pucuk pistol dan 200 butir peluru. Ada apa dengan kes ini ?
Ketika kita heboh dengan Ulu Tiram dan YB Teresa ada berita kecil: Tiga Lelaki Asing dihantar pulang.... jeng jeng jeng.
Pelang ke mana? Ke negara mana ? Sapa tiga lelaki ini ?
Saya pun tidak tahu. Apa yang saya dengar ianya bersangkutan dengan Jantan Yahudi. Apa kah mereka terlibat sama dalam kes pistol dan peluru? Apakah mereka saksi kepada Jantan Yahudi ?
Semua tenggelam. Berita Tiga Jantan ini tidak jadi heboh. Kenapa? Kerana kita heboh dengan Teater Yb Teresa Kok.
Tapi inilah cara teater di pentas untuk mengolah persetujuan . Ada projek yang lebih besar di belakang semua ini.
Yb Teresa Kok hanya berlakon. Dia sendiri tidak sedar malah dia tidak tahu ini semua projek teater untuk mengolah persetujuan.
Ada Tok Dalang di belakang lakonan ini.
Awas dan waspada – pementasan teater juga wajib dipastikan dalam detik dan masa yang tepat.
Teater YB Teresa Kok berjaya menenggelamkan berita Tiga Jantan. Kita tidak tahu Jantan ini siapa. Jantan ini dari mana. Justeru Teater YB Terasa berjaya tembak mati dua burung dengan satu peluru.
Ini bukan bermakna YB Teresa sedar bahawa dia sedang diarah untuk berlakon. YB Teresa tidak sedar. Saya yakin. Apa yang ditulis dan yang digambarkan bukan dongeng. YB Teresa jujur dalam kesahnya. YB Teresa hanya berlakon. Amin
Jika berlakon siapa pengarahnya – sapa Tok Dalang ?
Ingat kembali kepada babak kepala babi dalam Masjid Jalan Klang Lama. Ingat kembali kepada kes simbah cat dalam masjid. Sampai hari ini tidak ada tangkapan. Ini berlaku di zaman Najib.
Pengarah dan penerbit teater Babi Dalam Masjid ini pastilah Daulah Terpendam – Deep State.
Sapa Dualah Terpendam ini ?
Daulah terpendam ialah satu kumpulan elit politik dan elit ekonomi yang mahu memastikan kepentingan kaum pemodal tidak diganggu gugat. Dalam masa yang sama kepentingan Daulah Terpendam juga tidak terhapus. Kepentingan bersama di teruskan.
Akhirnya apa tujuan Teater Teresa Kok ini dipentaskan. Tujuan utama untuk mengolah persetujuan. Bukan udang di sebalik batu tapi ada ikan kaloi.
Persetujuan sedang di olah untuk menyediakan persetujuan orang ramai tidak membincangkan agenda Raja Bangsa dan Agama – atau 3R.
Agenda utama ialah untuk menghalang orang ramai dan parti politik dari berbincang tentang Agama, Raja dan Bangsa. Ini kerana tiga perkara ini adalah bom nuklear yang dimiliki oleh Parti Pas.
Kekuatan parti Pas bergantung pada Agama dan Bangsa – manakala Raja itu hanya aji-no-moto. Tidak ada pun tidak mengapa. Bom nuklear PAS masih boleh meledak.
Pas memiliki 4 jenis bom nuklear. Pertama Bom Sekular. Kedua Bom Liberal. Ketiga Bom Plural dan Keempat Bom LGBT. Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat tidak ada – Iron Dome – tembok besi untuk menangkis senjata nuklear Pas ini.
Justeru – hanya satu jawapan – wujudkan hukum hakam – undang-undang atau akta untuk melarang Agama, Bangsa dan Raja di bincangkan.
Saya yakin ketika saya menggarap tulisan ini para Menteri dan Para YB dalam kerajaan sedang berfikir untuk mewujudkan Akta ABR - Agama Bangsa dan Raja.
Malah saya merasa ketika ini draf Akta ABR sedang dilakar. Justeru teater untuk mengolah persetujuan sedang di pentaskan.
Jangan terperanjat Akta ABR ini mungkin lebih ganas dari ISA atau Akta Hasutan. Ini memandangkan Kerajaan Pakatan hari ini lebih terdesak dari zaman Mahathir Mahazalim dan zaman 1MDB Najib.
Sila perhatikan akan banyak berita keganasan, berita ekstremis Islam dan berita ini akan muncul selari dengan berita Pas dan PN makin popular.
Berita ekstremis akan melonjak naik selari dengan berita Anwar Ibrahim main wayang dan imej sosok bernama Anwar Ibrahim makin merosot.
Teliti media sosial kerana ini tanda Akta ABR akan sampai. Amin. (TT)
PERANG DI LAUTAN SUNDA
China rampas bekalan tentera Filipina di Laut China Selatan
MANILA: Pengawal Pantai China (CCG) dituduh merampas dan membuang makanan serta bekalan mahu dihantar kepada tentera Filipina ditempatkan di pos terpencil di Beting Thomas Kedua di Laut China Selatan.
CCG turut didakwa menghalang pemindahan perubatan anggota tentera yang sakit, dalam kes yang berlaku pada 19 Mei lalu.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika Tentera Laut Filipina melakukan operasi membawa barang-barang berkenaan ke kapal BRP Sierra Madre, kapal usang yang diusah suai menjadi pos kawalan tentera Filipina.
Sementara itu, dalam kejadian ketiga pada 24 Mei lalu, CCG didakwa menggunakan meriam air untuk menghalau bot nelayan Filipina berhampiran beting berkenaan.
Dakwaan itu dilakukan selepas media China melaporkan bahawa kakitangan Sierra Madre mengacukan senjata api ke CCG pada 19 Mei lalu.
China Central Television, menerusi media sosial pada 2 Jun lalu, melaporkan sekurang-kurangnya dua lelaki dilihat membawa pistol dan mengacukannya ke arah CCG.
Video selama 29 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertopeng memegang objek menyerupai senapang.
Pada 19 Mei lalu, Sumber Inquirer berkata CCG mengerahkan empat bot getah ketika operasi penghantaran bekalan pesawat Tentera Laut Filipina ke Sierra Madre.
Anggota CCG dikatakan merampas sebahagian bekalan untuk kegunaan sendiri, kebanyakannya makanan, dan membuang bakinya ke dalam laut bagi memastikan ia tidak boleh dimakan.
Sumber bukan tentera turut mengesahkan berlaku gangguan dari pihak China namun faktanya berbeza dengan sumber pertama.
Ia mengatakan bot China cuba menghalang perpindahan kakitangan antara bot Tentera Laut Filipina dan kapal kecil Pengawal Pantai Filipina (FCG).
Beting Thomas Kedua, yang dikenali sebagai Ayungin di Filipina, lterletak dalam zon ekonomi eksklusif Filipina sepanjang 370 kilometer (km), kira-kira 194km dari wilayah Palawan.
China menggunakan peta menunjukkan 'sembilan garis putus', yang merangkumi kira-kira 90 peratus Laut China Selatan, dalam menegaskan tuntutannya termasuk terhadap kedaulatan ke atas Beting Scarborough.
Sierra Madre memerlukan misi penggiliran dan pembekalan semula berkala secara tetap, namun sering diganggu China sejak kebelakangan ini.
Misi pembekalan semula yang terakhir adalah pada Mac lalu apabila sebuah kapal bekalan Filipina rosak akibat ditembak meriam air China, sehingga menyebabkan kecederaan. - AGENSI
INI TANDA
PERANG
AMIN
PILIPINA AKAN
MINTA BANTUAN
AMERIKA
AMIN
MAKA PERANG
AKAN PECAH
AMIN
UKRAINE GAZA
DAN PILIPINA
PERANG DUNIA KE3
KHALAS
DUNIA HANYA ADA EMPAT RAJA
DUNIA AKHIRNYA
HANYA ADA 4 RAJA
AMIN
panglimo potaseh commented on
"PUKUL OKU - SATU JENAYAH !!!"
Kato seekor Pemikir Kapir Laknat .. Di akhir zaman Dunio ni hanyo tinggal ompek Rajo sahaja. Dunio akan menuju koarah kesaksamaan sejagat tak do kayo takdo miskin.
Somacam Kanada dan Skanidavia hari ni .. hasil nogaro di masukkan pado tabong rakyat .. somuo dapek kogumbiraan .. hanyo Allah yg lebih tahu.
DAP - DIRECT ACTION PARTY
DAP
DIRECT ACTION
PARTY
AMIN
Unknown commented on
"USTAD YOUTUBE
AJAK MELABUR"
Somi isteei dapet projek kroni. Somi Kate compani dia adalah pioneer dlm mesia sebab kerja kerja mcm tu...
Kompany tu guna teknologi canggih ker ... Atau sekadar biased biased ajer teknologi nya..!?
Klu setakat Nak biased biased sake wat ape...!! Suma orang bole buat...
Drebar bas pun bole supply pengangkutan mcm tuh kah kah kah...!!
Asal DAP suma barua sunyi sepi
#papangangbilanakaction
HARGA BARANG NAIK
HARGA BARANG
NAIK
SELASA 4 JUN 2024
MINYAK DISEL TAKDA SUBSIDI
JADI MAHAL
BILA DISEL MAHAL
KOS PENGANGKUTAN MAHAL
MAKA
HARGA BARANG PUN NAIK
TAK LAMA LAGI
BILA MINYAK PETROL
TAKDA SUBSIDI
MAKA
HARGA BARANG AKAN IKUT NAIK
KITA TUNGGU
DAN LIHAT
APA AKAN BERLAKU
AMIN
KES RASUAH
TANGKAPAN RASUAH
HARI HARI ADA LAPORAN
DALAM MEDIA
TAHNIAH SPRM
YANG MAKIN AKTIF
GAZA
PEMERHATI BERI KOMEN
HAMAS MASIH KUAT
DI WILAYAH UTARA GAZA YG TELAH
DI BERSIHKAN OLEH ASKAR ISRAEL
MEXICO
PRESIDEN WANITA PERTAMA
UNTUK MEXICO
CLAUDIA SHEINBAUM
BEKAS DATUK BANDAR KOTA MEXICO
MEMBAWA GARIS KIRI
YANG POPULAR
FRANCE
PEMBERSIHAN KOTA PARIS
WARGA MISKIN KOTA
KHEMAH PENDATANG HARAM
SEMUA DIRUNTUH
BERSEDIA UNTUK OLYMPIK
MULA 26 JULAI 2024
TAMAT 11 OGOS 2024
AMERIKA
TRUMP SERU
MAHKAMAH TERTINGGI AMERIKA
UNTUK BATALKAN
KES BAYAR PELACUR
TUTUP MULUT
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
KEMARIN UJAN LEBAT
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT CANTIK BIRU TERBENATNG
DENGAN AWAN PUTIH NIPIS
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS
DARI GAUNG SUNGAI
GUA DENGAR
JANTAN MUDA BERKOKOK
DALAM SAWAH RUMPUT
TERKUKUR BERLAGU
DARI POKOK TINGGI
SUARA HOW WOW
DALM BELUKAR
CHIP CHIP CHIP
HARI INI AKAN PANAS
PETANG HUJAN
MALAM ENAK SEJUK
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SELESA
BRO
ELAK KAN DARI
SOSOK YANG SUKA
MEMUJI
KEMUDIAN HANTAR BIL
BRO
JANGAN MENGIDOLAKAN
SOSOK KAYA
HANYA KERANA HARTA MEREKA
BRO
TUNGGU SAMPAI MALAM
SEBELUM BERKATA
CUACA HARI INI MOLEK
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA