Sabtu, 3 Ogos 2024
NAKBA IALAH MALAPETAKA
NAKBA IALAH
MALAPETAKA
AMIN
MALAPETAKA
DI PALESTIN
BERMULA
15 MEI 1948
AMIN
NAKBA
DI TANAH MELAYU
BERMULA
31 OGOS 1957
KHALAS
ANWAR DAN ISRAEL
Penyertaan TLDM dalam Rimpac: Gerakan tuntut penjelasan MINDEF
KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menuntut penjelasan Kementerian Pertahanan (MINDEF) berhubung penglibatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa (Rimpac) yang dinaungi oleh Amerika Syarikat (AS) dan turut disertai tentera Israel.
Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, sebagai sebuah negara yang selama ini tegas memperjuangkan hak rakyat Palestin, penyertaan itu dilihat bertentangan dengan prinsip dan pendirian Malaysia peringkat antarabangsa.
Jelasnya, ia juga mencetuskan persoalan mengenai ketelusan dan konsistensi dalam dasar luar negara.
“Kerajaan Madani tolong jangan hipokrit dalam memperjuangkan kemanusian seperti mana mereka hiprokrit dalam perjuangan politik,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Baljit menilai perjuangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam isu Palestin seolah-olah tidak ikhlas dan hanya mahu meraih populariti.
“Beliau mengajak rakyat Malaysia turun menyertai Himpunan Solidariti Palestin pada Ahad ini tetapi di belakang tetap bekerjasama dengan latihan ketenteraan yang tentera Israel merupakan peserta,” katanya.
Ujar beliau, adalah lebih baik Kerajaan Madani hari ini menumpukan cara untuk mengatasi kegagalan dan kelemahan mentadbir urus negara terlebih dahulu.
“Jangan bertopengkan sokong dan solidariti, di belakang tabir beragendakan kerjasama!,” tegasnya.
Semalam, sebuah portal melaporkan kenyataan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) pro-Palestin, Gegar Amerika yang membidas TLDM kerana mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa bersama negara seperti Israel dan AS.
Menurut NGO itu, penyertaan tersebut dilakukan di sebalik serangan berterusan Israel ke atas Gaza dan menyifatkan penyertaan Malaysia kan meningkatkan ‘keupayaan genosid’ Israel.
Rimpac 2024 yang berakhir semalam itu merupakan latihan terbesar di dunia melibatkan 29 negara dengan 25,000 keanggotaan dan diadakan dua tahun sekali di Hawaii.
Selain kapal KD Lekiu TLDM, turut menyertai latihan itu adalah kapal perang dan tentera laut dari negara seperti AS, Israel, Australia, New Zealand, Jerman, Perancis, Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun dan Korea Selatan manakala Filipina hadir sebagai pemerhati.
Pada Mei lalu, ketika menjawab isu sama, Perdana Menteri dilaporkan berkata, sebarang keputusan berkenaan penyertaan dalam latihan itu tidak seharusnya menjejaskan kedudukan Malaysia.
Dalam masa sama, Anwar turut menegaskan bahawa ‘tiada negara lain yang lantang seperti Malaysia dalam isu Israel’.
SEMENJAK
ANWAR JADI PM
MALAYSIA MAKIN
RAPAT DENGAN
ISRAEL
AMIN
JUAL 39 AIRPORT
PADA SYARIKAT
ZIONIS ISRAEL
AMIN
BUAT LATIHAN
TENTERA LAUT
BERSAMA TENTERA
LAUT ISRAEL
AMIN
ADA APA APA
JANJI KE?
JENG JENG JENG
KHALAS
PERANG - MUSNAHKAN ISRAEL
AS sedia hantar lebih banyak pesawat tempur ke Asia Barat
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia menghantar lebih banyak pesawat tempur ke Asia Barat ketika ketegangan antara Israel dan negara lain di rantau itu semakin meningkat.
Tentera AS di Asia Barat meningkatkan kesediaan tempur bagi melindungi tentera dan sekutunya daripada sebarang ancaman, termasuk Iran atau kumpulan lain yang disokong oleh negara itu.
Perkara itu dilaporkan The New York Times, dengan memetik pegawai tentera AS yang tidak dikenali.
Ketika ini tidak jelas berapa banyak pesawat yang akan dihantar.
Bagaimanapun, sumber berkata, AS sedang berusaha mengukur langkahnya bagi menghantar pesawat yang sesuai secepat mungkin dan secukupnya untuk membantu mempertahankan Israel tanpa kelihatan seperti meningkatkan konflik.
Laporan itu dibuat sehari selepas Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membincangkan menerusi telefon, penempatan tentera AS untuk menyokong Israel terhadap pelbagai ancaman.
"Presiden membincangkan usaha bagi menyokong pertahanan Israel daripada ancaman, termasuk terhadap peluru berpandu balistik dan dron serta penempatan baharu tentera AS," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan pada Khamis.
Serangan pada 7 Oktober lalu di Semenanjung Gaza membunuh hampir 39,500 rakyat Palestin.
Konflik berkenaan mencetuskan dan melonjakkan ketegangan serantau di seluruh Asia Barat, dengan peningkatan terbaru awal minggu ini apabila pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh ketika lawatannya ke Iran.
Kumpulan Hizbullah di Lubnan terbabit dalam pertempuran rentas sempadan dengan Israel, manakala kumpulan Houthi, Yaman menyasarkan kapal kargo yang berkaitan Israel di Laut Merah dan Teluk Aden sebagai solidariti dengan Gaza.
Walaupun organisasi antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara serantau menggesa gencatan senjata di Gaza, serta meredakan ketegangan di Asia Barat, Netanyahu berikrar untuk 'membayar harga yang tinggi' untuk sebarang serangan ke atas Israel. - AGENSI
BERSEDIA
PERANG BESAR
AKAN SAMPAI
AMIN
ALANG ALANG
BERPERANG
BIAR ISRAEL
MUSNAH TERUS
AMIN
KHALAS
TOLAK BLACKROCK
BLACKROCK
PEMBEKAL SENJATA
UNTUK ISRAEL
BUNUH PALESTIN
AMIN
"BETUL
KE ANWAR
SOKONG PALESTIN ?"
Woit zaman mana setiakawan? Kalau antara money dan kawan, semuanya akan pilih money, macam Mahathir cakap dah money is king, sekarang money jadi Tuhan, jadi pujaan setiap manusia, kalau tak faham-faham lagi entah lah, semua keliling cium tangan kenapa? Kerana setiakawan atau wang? Tepuk dada tanya selera, bukan Anwar saja, siapa pun duduk sana tetap sama perangai, dah nasib badan woit kah kah kah baik ketawa hilang stress sikit kah kah kah
Unknown commented on
"BETUL
KE ANWAR
SOKONG PALESTIN ?"
ckp2 seperti kwn baik senang perjuangan sebaliknya berbeza jadi nk percaya perlukan pembuktian yg tuntas seperti x mau BlackRock/. GIP & juga hal saham MAHB
SOKONG PALESTIN TOLAK BLACKROCK
KITA SOKONG
PALESTIN DENGAN
TOLAK BLACKROCK
KHALAS
Unknown commented on
"BETUL KE ANWAR
SOKONG PALESTIN ?"
Apa makna sokong? Apa makna setia? Apa kah semua akan terhenti? Setakat boikot sekejap setakat menyalak sekejap bakar bendera pijak bendera tak akan bawa apa-apa, mereka duduk beribu batu jauh, asap pun tak sampai, negeri sebelah buat apa? Jiran taulan buat apa apa tak? Hampeh semua, tetapi yang beribu batu jauh kah kah kah
SELAMATKAN MALAYSIA
SELAMATKAN
MALAYSIA
SABTU 3 OGOS 2024
HARI INI HARI BERSETIKAWAN
DENGAN PALESTIN & GAZA
ARWAH ISMAIL HANIYEH
PADA SENIN LALU
TELAH MEMINTA SELURUH DUNIA
KELUAR KE JALAN RAYA
SEBAGAI TANDA
BERSOLODARITI DENGAN GAZA
KITA DI MALAYSIA
MENYAMBUT PERMINTAAN ITU
DENGAN MENGADAKAN HIMPUNAN
MALAM INI JAM 8
DI DATARAN STARHILL
BUKIT BINTANG
TEMA KITA IALAH
TOLAK BLACKROCK
SELAMATKAN MALAYSIA
HIMPUNAN MALAM INI
ANJURAN BDS DAN SSP
BDS - BOYCOTT DIVESTMENT SANCTION
SSP - SEKETERIAT SOLIDARITI PALESTIN
JUSTERU
SEMUA PEMBACA TUKAR TIUB
DI JEMPUT UNTUK
SAMA BERHIMPUN
DAN BERSETIA KAWAN
KITA TIDAK ADA JALAN LAIN
MELAIANKAN TOLAK BLACKROCK
DEMI KESELAMATAN
MALAYSIA
AMIN
QATAR
ARWAH ISMAIL HANIYEH
SELAMAT DI KEBUMIKAN
DI DOHA
AMERIKA
PRESIDEN BIDEN BERKATA
KEMATIAN ISMAIL HANIYEH
TIDAK MEMBANTU
USAHA GENCATAN SENJATA
DI GAZA
BANGLADESH
PARTI JAMIAT ISLAM BANGLADESH
DI HARAMKAN BERGERAK
KERANA TERLIBAT DALAM
DEMO YANG BARU BERLAKU
VENEZUELA
EDMUNDO YANG KALAH
DALAM PILIHAN PRESIDEN
TELAH DIIKTIRAF
SEBAGAI PEMENANG
OLEH AMERIKA
AMERIKA
KAMALA HARRIS
DISAHKAN OLEH PARTI DEMOKRAT
SEBAGAI CALON PRESIDEN
WALAU PUN TIDAK PERNAH
DI UNDI
HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
TERKUKUR DAN TIONG
BERSUARA DISANA SINI
WARGA ASLI TERUS MENYALAK
BILA KAMI MELINTASI
DEPAN POKOK ARA
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE PASAR CHOW KIT
BUAH PALING MAHAL IALAH BUAH KIWI
DULU 8 BIJI 10 RINGGIT
SEKARANG 4 BIJI 10 RINGGIT
KIWI DARI CHINA MURAH
TAPI TAK SAMPAI
DALAM PASARAN
KIWI YANG ADA
DARI NEW ZEALAND
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SABTU
BRO
MAMAT YANG MALANG
AKAN LEMAS DALAM
CAWAN KOPI
BRO
BAHAGIA IALAH
APA LU PIKIR
APA LU CAKAP
DAN APA LU BUAT
SEMUA BERHARMONI
BRO
JIKA LU CUBA
BANYAK KALI TAK BERJAYA
LU HAPUSKAN SEMUA BUKTI
YANG LU PERNAH MENCUBA
AMIN
LAKUAKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI