Ahad, 22 September 2024

HIZBULLAH MEMBALAS


HIZBULLAH

 MEMBALAS

AMIN

PENGKALAN UDARA

ZIONIS DI ROKET

KHALAS

SURAT ISHAM JALIL PADA ANWAR IBRAHIM


Berani tak buat undi percaya di Parlimen? — cabar Isham Jalil

DS Anwar Ibrahim,

CUBA kerajaan buat undi percaya dalam dewan sekali lagi. Tetapi kali ini undi diambil secara individu daripada setiap ahli Parlimen, bukan mengikut blok yang diwakili seorang ketua, dan bukan mengikut suara siapa yang lebih kuat di kalangan ahli Parlimen yang ada dalam dewan macam sebelum ini apabila ahli Parlimen pembangkang kebanyakannya tidak ada dalam dewan.

Speaker sudah buat keputusan yang sesiapa ahli Parlimen yang tidak ikut sokongan ketua parti tidak perlu kosongkan kerusi, oleh itu Speaker perlu ikut keputusan duluan (precedent) sendirinya ini dalam undian ini juga.

Dan untuk elak unsur ugutan oleh ketua parti ke atas ahli-ahli Parlimen, rahsiakan nama ahli-ahli Parlimen yang undi sokong dan tidak sokong dengan sistem kertas undi rahsia. Tengok berapa undi yang sebenarnya anda dapat.

Ada berani?

[Penulis ialah aktivis politik dan mantan Ketua Penerangan UMNO]

UNDI PERCAYA

ATAU

UNDI TAK PERCAYA

ADALAH SAMA

AMIN

YANG PENTING

DI BUAT DALAM

PARLIMEN

AMIN

KHALAS

APA JANJI REFORMASI PADA PTPTN ?


PTPTN: 430,000 tak bayar balik pinjaman mungkin kena tindakan undang-undang

LUMUT – Kira-kira 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga kini berkemungkinan akan berdepan tindakan undang-undang.

Menteri Pendidikan Tinggi,  Zambry Abd Kadir berkata, mereka yang gagal dikesan itu sepatutnya mula membuat pembayaran balik pinjaman berjumlah hampir RM6 bilion.

Katanya, perkara yang telah dibincangkan secara mendalam dengan semua pihak termasuk di peringkat Jemaah Menteri itu akan diumumkan kelak oleh pihak PTPTN.

“(RM6 billion) merupakan satu jumlah yang sangat besar kepada negara. Wang bayaran balik itu bukan untuk kegunaan kerajaan, sebaliknya kita hendak salurkan kembali kepada pelajar akan datang.

“Justeru, saya harap mereka yang selama ini tidak peduli (untuk bayar balik pinjaman PTPTN) untuk kembali kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN di Hotel Ritz Garden Manjung, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid serta Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak Andi Nurali Mohamed.

Seramai 185 pelajar dari Lumut yang akan memasuki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada Oktober depan menerima WPP RM1,500 setiap seorang, sementara 30 pelajar dari Beruas menerima WPP jumlah sama.

Tambah Zambry, walaupun tidak menolak kemungkinan tindakan perundangan akan diambil, namun tegas beliau PTPTN masih mengamalkan konsep berhemah supaya mereka dapat memulakan pembayaran balik pinjaman tabung pendidikan dalam tempoh segera.

Ujar beliau, PTPTN bersedia dengan tangan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan yang terbabit serta mengambil tindakan perlu termasuk dalam soal penstrukturan semula bayaran.

“Oleh itu saya mahu mereka ini datang kepada kita untuk menceritakan tentang kekangan dihadapi (untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN) sama ada dalam hal ekonomi dan sebagainya.

“Akan tetapi dalam kita berhemah, mereka juga perlu mempunyai tanggungjawab moral untuk dilaksanakan. Kita akan melihat apakah tindakan-tindakan seterusnya yang akan kita umumkan,” katanya.

KALAU TAK ADA

KERJA MACAM

MANA?

KAH KAH KAH

APA JANJI

REFORMASI

PADA PTPTN?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

KHALAS

HANYA SATU SOALAN



Kerajaan Perpaduan tidak goyah – Zahid

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) tetap akan mencari jalan dan pendekatan bagi menggoyahkan Kerajaan Perpaduan sama ada usul undi percaya atau tidak percaya kepada Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri,  Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Perpaduan hari ini dengan sokongan 153 Ahli Parlimen akan terus kukuh dan tidak goyah walau apa sekalipun cuba dilakukan pembangkang.

“Saya yakin jika ada usul undi percaya atau undi tidak percaya sekali pun, PN mempunyai jalan untuk cari pendekatan bagi menggoyahkan kerajaan sedia ada.

“Tetapi, Kerajaan Perpaduan dengan adanya 153 dokongan Ahli Parlimen, iaitu melebihi dua pertiga atau lebih 148 Ahli Parlimen, kita yakin solidariti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan ini akan terus kukuh dan tidak goyah walau apa pun yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dalam PN,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Realisasi Rumah Mampu Milik Kluang yang turut dihadiri Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi di Taman Kluang Perdana, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang sekali mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.

Ketika berucap pada Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin, Anwar berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesa beliau untuk ‘turun’ daripada jawatannya.

“Kalau nak suruh turun, bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini,” katanya Anwar. – 
 


WOIT

HANYA SATU

SOALAN 

NAK TANYA

AMIN

KALAU TAK 

GOYAH KENAPA

NAFI TAK

GOYAH

KAH KAH KAH

NAFI TU

SELALUNYA

BETUL

KAH KAH KAH

AMIN

PANGLIMO GANJA


PANGLIMO 

GANJA

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"GANJA UNTUK KESEHATAN"

Somaso ujung 60an-1971 tiap ghumah ado sopasu duo pokok ganja. Jam tu kok ujong bulan abah den (Cik Gu) kok nak nambah kosodopan akan potik solai-duo daun ganja tanakkan dlm nasik .. mang aii sodapnyo, lauk tak do pon takpo .. save-bajet. Tu lah ganja yg torkawal amat baek ontok rakyat yg sengkek yg makan tak berlauk..


panglimo potaseh commented on 
"BANJIR - KITA MASIH 
BELUM BERSEDIA"

Tiap tahun bila banjir je kogho-jaan kato nak kasik bantuan biliyun-biliyun ontok tobatan banjir .. lopeh sotahun banjir lagi, dailok yg samo akan di luahkan .. pukimak boto

JEMPUTAN PAGI SENIN ESOK


JEMPUTAN

PAGI SENIN

ESOK





JEMPUTAN

PAGI SELASA

LUSA








JANGAN BERI ANWAR IBRAHIM TENGOK KLIP VIDEO INI


JANGAN BERI

ANWAR IBRAHIM

TENGOK KLIP 

VIDEO JAMBU INI

KAH KAH KAH

KHALAS

APA JADI DENGAN KES SIMBAH ASID


APA JADI 

DENGAN KES

SIMBAH ASID?

AMIN

Unknown commented on 
"KES OKU KENA TUMBUK
 MAHU JAWAPAN"

Kes simbah asid pun sonyappp... Ada tangan ghaib lagi ke buat magic... Zaman tun m dulu kurang dah sikit antara dua darjat... Zaman madani ni makin besar lak antara dua darjat.... Kan kan



Unknown commented on 
"KES OKU KENA TUMBUK
 MAHU JAWAPAN"

rakyat bawahan kena terima hakikat siapa kita bila berlaku kes seperti oku ini begitu jugak kes yasin kena seumur hidup rotan moga ramai org awam waspada hati2

KES OKU KENA TUMBUK MAHU JAWAPAN


Suhakam selar sikap peguam negara 'berdiam diri' kes pemandu pekak ditumbuk

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyelar sikap Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilihat masih berdiam diri dalam kes melibatkan seorang pemandu e-hailing kurang upaya, yang diserang empat bulan lalu oleh seorang pegawai pengiring rombongan diraja.

Ia sehari selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kecaman kerana cuma mempertahankan kegagalan pihak berkuasa membawa pertuduhan jenayah terhadap individu terbabit.

Suhakam berkata ia "amat kecewa dengan sikap berdiam diri" Peguam Negara dalam kes melibatkan Ong Ing Keong, yang diserang di luar sebuah hotel pada 28 Mei.

"Sekiranya peguam negara merangkap pendakwa raya mengambil pendirian untuk tidak mendakwa pegawai polis tersebut, beliau mesti mengumumkannya kepada orang ramai dengan menyatakan alasan jelas.

"Insiden itu didakwa berlaku pada Mei 2024, hampir empat bulan lalu. Tetapi, malangnya, sehingga hari ini, tiada pendakwaan dibawa terhadap pegawai polis tersebut," kata Suhakam dalam satu kenyataan.

"Peguam Negara tidak perlu diingatkan bahawa keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang dinafikan kepada Ong, orang yang didakwa sebagai mangsa. Di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan – dan ini termasuk Ong," kata Suhakam, yang turut mengingatkan insiden itu merupakan kes yang mudah di bawah Kanun Keseksaan.

Semalam, Anwar tampil mempertahankan kelewatan mendakwa individu yang menyerang Ong, kenyataan yang dikecam kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).

LFL menyelar sikap "semberono" Anwar yang berkata siasatan terhadap serangan ke atas Ong "mengambil masa" dan "masih belum ditutup", sambil menambah ia kes yang jelas dengan bukti yang jelas.

"Ini bukan kes pembunuhan yang rumit atau skandal kewangan besar yang memerlukan banyak masa. Anwar nampaknya tidak mempunyai jawapan, tetapi hanya mengelak," kata jurucakap Zaid Malek, yang juga peguam mewakili Ong.

Rakaman dashcam kejadian itu menunjukkan Ong menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis apabila didatangi seorang lelaki yang memarahinya dan mengarahkannya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada rombongan  pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau TMJ.

Ong yang pekak kemudian menurunkan cermin keretanya untuk bercakap dengan seorang dipercayai pegawai polis, sebelum lelaki itu tiba-tiba bertindak menumbuk mukanya.

Ong menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.

Kemarahan awam meningkat selepas pendedahan bahawa seorang "wakil istana" telah cuba memujuk Ong menarik balik laporan polis yang dibuat di balai polis Brickfields.

Ong turut menolak dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, bahawa dia menarik balik laporan polisnya kerana menganggap insiden itu "salah faham".

Ong sebaliknya mendedahkan seorang pegawai polis memberinya pilihan sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana, atau telefonnya dirampas jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Suhakam berkata apa yang dialami Ong merupakan sebahagian daripada "pengabaian berterusan mengenai isu hak asasi melibatkan golongan yang terdedah".

Menurutnya, peguam negara memikul tanggungjawab perlembagaan dan moral untuk menangani isu itu tanpa berselindung.

"Berdiam diri bukan pilihan untuk peguam negara," kata suruhanjaya itu.

JELAS NEGARA

KITA MAKIN

MENUJU KE JALAN

SALAH

AMIN

MUNGKIN TIDAK

LAMA LAGI

AKTA ISA AKAN

DATANG KEMBALI

UNTUK TUTUP

SUARA RAKYAT

AMIN

KHALAS

PRESIDENT SRI LANGKA MARXIST ?



Calon Marxist Sri Lanka mendahului awal dalam undian presiden

COLOMBO: Pemimpin Sri Lanka berhaluan Marxist, Anura Kumara Dissanayake, mendahului awal hari ini dalam usahanya untuk menjadi presiden seterusnya negara yang dibebani hutang itu.

Kira-kira 75 peratus daripada 17 juta orang yang layak di negara pulau Lautan Hindi itu mengundi pada pilihan raya Sabtu, bagi memilih pemimpin yang mampu meningkatkan pemulihan ekonominya yang rapuh.

Dissanayake memenangi kira-kira 54 peratus daripada setengah juta undi yang dikira setakat ini dalam pilihan raya, menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka.

Pemimpin pembangkang Sajith Premadasa berada di tempat kedua dengan 20 peratus, beberapa ribu undi di hadapan Presiden Ranil Wickremesinghe di tempat ketiga.

Pilihan raya itu bertukar menjadi referendum mengenai langkah penjimatan Presiden penyandang, Wickremesinghe, dilaksanakan sejajar dengan pinjaman AS$2.9 bilion (RM12.2 bilion) dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) awal tahun lalu.

Dissanayaka, 55, berikrar untuk merundingkan semula perjanjian IMF yang tidak popular, di mana Wickremesinghe menggandakan cukai pendapatan, menghapuskan subsidi tenaga dan menaikkan harga.

Keputusan awal menunjukkan ketua pembangkang Sajith Premadasa mempunyai 19.98 peratus undi, hampir sama dengan Wickremesinghe yang mempunyai 18.59 peratus.

Jika dipilih, Dissanayaka akan menjadi ketua negara Marxist pertama Sri Lanka.

Pihak berkuasa mengisytiharkan perintah berkurung malam lapan jam di seluruh negara sementara keputusan diumumkan melalui pengiraan manual, kerana Sri Lanka tidak mempunyai pengundian elektronik.

Wickremesinghe sedang mencari tempoh baharu untuk meneruskan langkah penjimatannya selepas menuntut kredit untuk menstabilkan ekonomi selepas kegagalan membayar hutang negara pada 2022. - AFP

INI BAHAYA

UNTUK KAUM

KAPITALIS

AMIN

CALON INI

WAJIB DIHALANG

AMIN

DITEMBAK SEPERTI

TRUMP ATAU

PETI UNDI HILANG

KAH KAH KAH

AMIN

KENAPA ABIM PUSAT TIBAI ABIM TERENGGANU


JELAS KENAPA

ABIM PUSAT

TIBAI ABIM 

TERENGGANU

AMIN

WAJIB BERSEDIA - PERUBAHAN IKLIM


KITA WAJIB

BERSEDIA HADAPI

IKLIM BERUBAH

KHALAS

Unknown commented on 
"BANJIR - KITA MASIH 
BELUM BERSEDIA"

Jabatan kerajaan mana ada yang tersedia...sedia utk makan, mc, kenduri, komperance ke hulu hilir..last last yang tersedia sodomee.

3R TAK ADA AKTA


3R BELUM 

ADA AKTA

AMIN

NANTI AKAN

ADA AKTA LEBIH

TERUK DARI ISA

KHALAS

Unknown commented on 
"3R INI PUKEE MARQ APA?"

3R ni dh lulus parlimen sebagai akta ke?bila tarikh kuatkuasa?tidak bercanggah perlembagaan ke? Awat jadi eksekutif mcm ni? madanon plus madlawak kahkahkah


Unknown commented on
 "3R INI PUKEE MARQ APA?"

3r = repeat repeat repeat

IKLIM


IKLIM

AHAD 22 SEPTEMBER 2024
BANJIR SAMPAI
BANJIR SAMPAI LAGI
BANJIR AKAN TERUS SAMPAI
MALAH WILAYAH YANG TAK PERNAH
DILANDA BANJIR AKAN HADAPI BANJIR
MALAH LEBIH KERAP
MALAH LEBIH AMPOH
MALAH LEBIH MELUAS

SEMUA INI ADALAH
TANDA DAN MAKNA
PERUBAHAN IKLIM

DUNIA MAKIN PANAS
GLASIER CAIR
AIR LAUT BERTAMBAH
PANTAI AKAN LENYAP
KAWASAN TEPI PANTAI
AKAN TENGGELAM

KEMARAU AKAN DATANG
SAWAH PADI GAGAL
BUMI KERING KONTANG
BINATANG TERNAKAN MATI
INI TANDA
BUMI KITA INI
MAKIN PANAS

KITA WAJIB MEMBUAT PERSEDIAAN
UNTUK BAJIR
UNTUK KEMARAU
UNTUK KALIS HUTAN TERBAKAR
UNTUK JAGA WILAYAH TEPI LAUT
TENGGELAM
UNTUK BUMI JANGAN RUNTUH
AMIN

AMERIKA
PRESIDEN ZELENSKIY
SAMPAI KE AMERIKA
AKAN JUMPA BIDEN
AKAN JUMPA KAMALA
BELUM ADA TEMU JANJI
DENGAN TRUMP

GAZA
SEKOLAH TEMPAT PERLINDUNGAN
DI BOM OLEH ISRAEL
17 JADI KORBAN

LEBANON
HIZBULLAH SAHKAN
KOMANDER KANAN
IBRAHIM AQIL
TERKORBAN DALAM SERANGAN
ISRAEL

RUSIA
TENTERA RUSIA KLIM
DAPAT MUSNAHKAN
101 DRONE UKRAINE

AMERIKA
UNDI AWAL TELAH
BERMULA DI AMERIKA
UNTUK PEMILIHAN
PRESIDEN

BRAZIL
LAMAN X KEMBALI BEROPERASI
DI BRAZIL SATELAH ELON MUSK
MENERIMA KEPUTUSAN
MAHKAMAH BRAZIL
CONTOH : PADAMKAN
TULISAN EKTRIM KANAN

LEBANON
HIZBULLAH MENEMBAK
ROKET JARAK JAUH
MASUK KE DALAM
WILAYAH ISREAL

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH KERING
MATAHRI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL CERAH
TIDAK ADA BUNYI MESIN
PAGI INI

JUSTERU
DARI JAUH GUA DENGAR
SUARA GAGAK DI KWANTUNG
CHIP CHIP CHIP
TUK TUK TUK
DI UDARA SAEKOR HELANG
TERBANG  MENUJU
KL SENTRAL

ARCA SAMBUTAN
PESTA TANNGLONG
MASIH TERPASANG 
DI HOKKIEN

HARI INI AKAN PANAS
MALAM AKAN SENJUK NYAMAN
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD

BRO
CINTA TIDAK PERNAH SALAH
HANYA KITA
YANG  GUNAKAN CINTA
TIDAK TEPAT

BRO
CINTA ADALAH KEKUATAN
YANG AKAN MENYEMBUHKAN
SEGALA LUKA DAN BUAT
KEHIDUPAN JADI INDAH

BRO
CINTA BUKAN MENCARI
KESEMPURNAAN
TAPI MENERIMA KEKURANGAN
ORANG YANG LU CINTAI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI