Selasa, 4 Februari 2025

BELASAH OKU




Polis Terengganu lengkapkan siasatan kes pukul lelaki OKU

DUNGUN: Polis Terengganu sudah menyiapkan kertas siasatan kes pukul membabitkan seorang lelaki kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, yang berlaku pada bulan lalu.

Ketua Polis Terengganu, Mohd Khairi Khairuddin, berkata pihaknya melengkapkan siasatan selepas menerima laporan perubatan daripada Hospital Kemaman.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya esok untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak pendakwa raya akan meneliti kes ini bagi menentukan sama ada semua suspek akan didakwa atau sebaliknya," katanya selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) ke-2 Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Dalam kejadian 17 Januari lalu, Nor Al Faizan Jusoh, 47, cedera dibelasah beberapa individu selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar satu daripada gerai jualan di pasar berkenaan.

Susulan itu, enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 146 Kanun Keseksaan kerana merusuh.– BERNAMA

WOIT

PASTI SIASATAN

RAPI

AMIN

DUA MINNGU

DI SIASAT

JENG JENG JENG

KITA LIHAT DAN

NANTI APA

AKAN JADI

AMIN

KES SIMBAH

ASID MASIH

DI SIASAT KE?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan