Selasa, 4 Februari 2025

PERANG GAZA AKAN KEMBALI



Tiada jaminan gencatan senjata di Gaza akan bertahan - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam berkata bahawa "tiada jaminan" gencatan senjata yang tidak stabil di Gaza akan bertahan, ketika beliau bersiap sedia untuk membincangkan masa depannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu berada di Washington bagi mengadakan rundingan dengan pentadbiran baharu Trump mengenai fasa kedua gencatan senjata dengan Hamas, yang masih belum dimuktamadkan.

Selepas dua minggu gencatan senjata dikuatkuasakan, dua pejuang Hamas berkata kumpulan itu bersedia memulakan perbincangan mengenai butiran fasa kedua yang berpotensi memastikan penghentian keganasan secara berterusan.

Sebelum berlepas ke Washington, Netanyahu memberitahu wartawan bahawa beliau akan membincangkan mengenai kemenangan ke atas Hamas dalam usaha untuk mengekang Iran serta pembebasan semua tebusan ketika bertemu Trump hari ini.

Pertemuan itu adalah yang pertama bagi Trump dengan pemimpin asing sejak kembali ke Rumah Putih pada Januari lalu, satu keutamaan yang menurut Netanyahu mencerminkan "kekuatan hubungan Israel-Amerika."

Dengan gencatan senjata tidak stabil yang masih bertahan di Gaza dan Lubnan — di mana kempen Israel melemahkan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran — Israel kini menumpukan perhatian ke Tebing Barat yang didudukinya, dalam operasi bertujuan membanteras ekstremisme yang meragut puluhan nyawa.

Trump, yang mendakwa berjaya memeterai perjanjian gencatan senjata selepas 15 bulan perang, berkata kelmarin bahawa rundingan dengan Israel dan negara-negara Timur Tengah "sedang berjalan."

Presiden itu kemudian memberitahu wartawan bahawa beliau "tidak dapat menjamin bahawa keamanan akan berkekalan."

Pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau akan memulakan perbincangan dengan utusan Asia Barat Trump, Steve Witkoff, semalam mengenai syarat fasa kedua gencatan senjata di Gaza.

Witkoff menyatakan beliau "yakin dan berharap" bahawa gencatan senjata itu akan bertahan.

Fasa seterusnya dijangka merangkumi pembebasan baki tebusan dan berpotensi membawa kepada tamatnya konflik bersenjata secara kekal.

WOIT

PERANG GAZA

 AKAN DIMULKAN

SEKALI LAGI ?

AMIN

KALAU TRUMP

CAKAP MACAM NI

ERTINYA

ADA RANCANGAN

ZIONIS BLACKROCK

YANG BARU

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan