Selasa, 18 Februari 2025

INI PROJEK SIAPA ?




4,000 dos vaksin influenza percuma babit 24 klinik di Pulau Pinang bagi fasa pertama

GEORGETOWN: Pulau Pinang menerima sebanyak 4,000 dos vaksin influenza pada peringkat awal pelaksanaan inisiatif suntikan secara percuma kepada semua individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik di negeri itu, bermula hari ini.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, berkata program itu pada ketika ini dilaksanakan di 24 klinik kesihatan iaitu tujuh di Daerah Timur Laut, Daerah Barat Daya (tiga) dan masing-masing enam di Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah manakala dua lagi di Seberang Perai Selatan.

Beliau berpandangan, sambutan warga emas terhadap pemberian vaksin percuma itu agak menggalakkan dengan beberapa fasiliti kesihatan telah menerima slot pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera sehingga 28 Mac ini.

"Namun demikian, saya menyarankan kepada orang awam yang berkelayakan jangan risau, ambil masa dalam slot yang sedia ada, dapatkan temu janji sewajarnya untuk mengelakkan kesesakan di klinik kesihatan bagi menerima vaksin ini.

"Kita akan berusaha untuk memastikan, setiap janji temu yang telah dibuat menerusi aplikasi MySejahtera akan mendapat dos vaksin mereka," katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Kesihatan Jalan Macalister di sini, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini memaklumkan bahawa program vaksinasi sukarela tersebut terbuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung, obesiti, kolesterol tinggi, penyakit buah pinggang kronik atau paru-paru kronik.

Gooi berkata, stok vaksin influenza yang akan dibekalkan fasiliti kesihatan terlibat dijangka mencukupi dan akan digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput pada Ogos 2025 dengan pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada masalah bekalan bagi menjayakan program itu.

"Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya tidak panik dan program ini dijalankan secara sukarela, bukan wajib, yang penting mereka yang berisiko tinggi disarankan mendapatkan vaksin ini sebagai langkah perlindungan diri," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai supaya tidak membuang aplikasi MySejahtera kerana ia masih relevan untuk pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk melibatkan pendaftaran janji temu dengan doktor gigi dan perkhidmatan kesihatan lain.

WOIT

INI PROJEK 

SIAPA?

JENG JENG JENG

DULU WHO

PAKSA VAKSIN

MASA KOBID

RAMAI  TUA MUDA

MATI

AMIN

KALI INI

TERTIBA ADA

VAKSIN PERCUMA

JENG JENG JENG

PASAI APA

TERTIBA BAIK

HATI WALHAL

PERUBATAN

PERCUMA NAK

DIHAPUSKAN

AMIN

RAKYAT WAJIB

BELI INSURAN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Ayat percuma itu penting, betul kah percuma atau silap mata lagi? Mana pergi vaksin percuma dahulu kemudian bayar berjuta ringgit kemudian kah kah kah pasti semuanya akan dikira dihitung secara terperinci nanti, masuk tetap masuk, air minum suam air kosong pun dah kira RM 0.50 sen sekarang, saja nak ingatkan semua tiada perkataan percuma dalam hidup manusia lagi kah kah kah

    BalasPadam