Selasa, 18 Februari 2025

PERANAN EDISI SIASAT CUKUP BAIK



Ambil tahu, semak dakwaan dalam Edisi Siasat – JIPS


IPOH – Semua Ketua Polis Negeri diminta untuk mengambil tindakan segera terhadap sebarang salah laku melibatkan anggota sebagaimana yang didedahkan dalam media sosial termasuk Telegram Edisi Siasat.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,  Azri Ahmad berkata, semakan juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca dakwaan tersebut disebarkan.

“Saya tak nafikan, saya sendiri turun padang untuk mengesahkan laporan yang dilaporkan dalam portal (Edisi Siasat) itu betul atau tidak, kerana saya dapati ada antaranya tiada asas.

“Katakan Ketua Polis Perak baru lapor dan keluar isu di Perak, seharusnya bertindak segera, lihat ada asas atau tidak. Apabila tiada asas, kita buat semakan kenapa (dakwaan) jadi begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di sini hari ini.

Pada majlis, beliau menyaksikan bekas Timbalan Ketua Polis Pahang,  Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Ketua Polis Perak baharu berkuat kuasa pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai trend aduan salah laku warga polis yang dibuat menerusi media sosial berbanding menggunakan saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambah Azri, tindakan melakukan siasatan berhubung perkara itu penting dalam memastikan persepsi awam terhadap PDRM dapat diurus dengan baik.

Mengulas lanjut beliau berkata, aduan yang dikongsi di media sosial sebenarnya hanya menyukarkan proses siasatan kerana tidak mempunyai maklumat pengadu dan butiran isu yang diketengahkan.

Kata beliau, lebih memburukkan keadaan, jika aduan tersebut bersifat tohmahan dan bertujuan menjatuhkan reputasi serta kredibiliti seseorang dalam pasukan polis.

Tambah Azri, situasi itu hanya mewujudkan persepsi buruk terhadap pasukan polis walaupun maklumat tersebut kebanyakannya tidak berasas.

“Contohnya kes rasuah dalam PDRM yang mana ia sangat sedikit namun persepsi yang tidak dapat dikawal disebarkan bahawa PDRM (mesti) terlibat rasuah.

“Dalam media sosial, kalau sesuatu perkara itu disebut berulang, umpamanya disebut sampai 1,000 kali seolah-olah 1,000 kali perkara (kes) itu berlaku sedangkan kejadian itu hanya sekali. Ini disebabkan oleh persepsi yang sudah dibentuk,” ujarnya. – 

SALUT

EDISI SIASAT

AMIN

SIARAKAN

SEJUTA KALI

PASTIKAN

SATU MALAYSIA

TAHU

AMIN

INI CARA KERJA

MEDIA BARU

AMIN

TERUSKAN

LAWAN MUNGKAR

TEGAK KEDAILAN

TAK KIRA SAPA

JADI KERAJAAN

KHALAS 

1 ulasan:

  1. Selama ini mereka cuba tutup kata ianya cerita kartun cerita selingkuh tetapi hakikatnya semua dikhabarkan dalam edisi siasat betul, kadangkala menghentam seseorang tertentu, mereka pun ada agenda bekerja dengan pihak tertentu itu saja tetapi apa dicakapkan betul seluruh pasukan polis rosak kerana kepala polis yang tidak ada integriti langsung kah kah kah itu pasti sekali

    BalasPadam