PETRONAS catat untung bersih RM55.1 bilion pada 2024, susut 32 peratus
KUALA LUMPUR: PETRONAS merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM55.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, merosot 32 peratus berbanding RM80.7 bilion tahun sebelumnya, sejajar dengan purata realisasi harga yang lebih rendah.
Pendapatan syarikat susut tujuh peratus kepada RM320.0 bilion, manakala perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) turut berkurangan kepada RM114.1 bilion, sejajar dengan penyusutan keuntungan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik, berkata prestasi kewangan syarikat kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran serta tekanan kawal selia yang semakin meningkat berikutan perubahan geopolitik global.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman prestasi kewangan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 di sini, hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan