Selasa, 25 Februari 2025

SINDIKET SCAM CHINA MERAH


15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' di Myanmar - KPN

KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dari Myanmar menerusi Thailand, semalam, dipaksa menjadi scammer oleh sindiket jenayah penipuan.

Mangsa yang diperdaya melalui tawaran pekerjaan ini dipaksa oleh sindiket di Myanmar untuk melakukan penipuan bagi aktiviti pelaburan kripto, bitcoin dan 'love scam'.

Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain berkata, semua mangsa terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 45 tahun turut dipaksa menjadi juruteknik komputer dan telefon bimbit.

"Tujuan sindiket penipuan terbabit adalah untuk melancarkan urusan aktiviti penipuan menerusi panggilan atas talian yang dilakukan mereka.

"Kesemua mereka didapati berada di Myanmar sejak 2023 dan 2024 selepas terpedaya dengan tawaran kerja menerusi aplikasi media sosial.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Razarudin berkata, setakat ini, pihak polis sudah selesai merakam keterangan 15 individu terbabit.

"Mereka kini diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.

Beliau menjelaskan setakat ini keesemua rakyat Malaysia yang diserahkan oleh pihak berkuasa Myanmar kepada pihak berkuasa Thailand pada 12 Februari lalu memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman percakapan dijalankan.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan juga mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang berlaku kepada kesemua mangsa.

"Hasil semakan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia mendapati kesemua pergerakan keluar mangsa adalah sah dengan melalui jalan yang diwartakan," katanya.

Semalam, Razarudin memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan daripada 15 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selepas tiba di tanah air, sekitar jam 2.30 petang semalam, melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Sementara itu, Kementerian Luar dilaporkan berkata, mereka adalah antara 261 mangsa yang diselamatkan daripada sindiket penipuan itu dan diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand pada 12 Februari lalu.

Sebelum ini, media melaporkan 261 mangsa diselamatkan pihak berkuasa Myanmar di bandar sempadan KK Park dan Shwe Kokko sebelum dipindahkan ke Thailand untuk proses penghantaran pulang ke negara masing-masing.

Proses dokumentasi kemudian dilakukan pihak berkuasa Thailand sebelum menghantar proses penghantaran pulang mangsa.

KEPALA SINDIKET

SCAM INI  WARGA

CHINA MERAH

AMIN

AWAS !!!

BERHATI HATI

DENGAN WARGA

CHINA MERAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan