Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengancam untuk mengenakan tarif ke atas produk Kesatuan Eropah (EU), dengan menuduh blok itu mengamalkan perdagangan tidak adil, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Bercakap di Rumah Putih pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Trump berkata AS diperlakukan dengan "teruk", sambil mendakwa pasaran Eropah sebahagian besarnya menutup pintu eksport Amerika.
"Mereka tidak menerima kereta kita, mereka hampir tidak menerima produk pertanian kita, mereka hampir tidak menerima apa-apa," katanya.
Beliau merujuk kepada defisit perdagangan yang besar antara AS dan EU, sambil berjanji untuk mengambil tindakan "besar" terhadap blok itu, walaupun tidak memberikan butiran lanjut.
Sepanjang kempen pilihan rayanya, Trump menyebut rancangan untuk mengenakan tarif baharu antara 10 hingga 20 peratus ke atas import dari EU, dengan alasan ia akan merangsang industri domestik dan menangani defisit perdagangan.
Ketika penggal pertama Trump sebagai presiden, AS dan EU terlibat dalam pertikaian perdagangan yang sengit.
Pada 2018, Trump mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium, yang mendorong EU membalas dengan mengenakan tarif ke atas produk AS seperti bourbon, motosikal Harley-Davidson dan jean. - BERNAMA-dpa

Kah kah kah maharaja baru banyak songeh banyak karenah tetapi apa dia cakap memang benar, yang menumpang yang tidak bekerja malas yang menunggang agama bangsa dapat gaji setiap bulan, begitu juga orang politik bekerja sekali dalam lima tahun, ramai begitu tidak pernah turun kawasan tidak pernah nampak, asyik sibuk tetapi sibuk bab apa pulak tidak tahu, ini jadikan mereka sebagai free loader ramai begitu, kah kah kah kalau cakap benar pun akan dijimatkan ini lumrah dunia, golongan cium tangan akan hidup selesa, orang biasa akan suka jenama cium tangan bodek kaki buka pintu tetapi paling terhebat Ketua Nikah Negara tukar portfolio sekelip mata woit kah kah kah terbaik TT
BalasPadam