Serangan maut di Kashmir: Pakistan berjaga-jaga, bimbang pencerobohan India
ISLAMABAD: Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif tidak menolak kemungkinan akan berlaku pencerobohan tentera oleh negara jirannya, India, susulan serangan militan di Kashmir minggu lalu yang mengorbankan 26 nyawa pelancong.
Serangan itu juga mencetuskan kemarahan di India yang majoritinya berugama Hindu, bersama-sama dengan gesaan tindakan terhadap Pakistan yang majoritinya beragama Islam.
India juga menuduh Pakistan menyokong kegiatan militan di wilayah Kashmir, yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara dan pernah mencetuskan dua peperangan sebelum ini.
"Dalam keadaan sedemikian, beberapa keputusan strategik perlu dibuat dan keputusan itu sudah diambil," katanya kepada Reuters dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.
Khawaja berkata retorik dari India semakin tegang dan tentera Pakistan memberi taklimat kepada kerajaan mengenai kemungkinan serangan dari India.
"Pakistan berada dalam keadaan berjaga-jaga tetapi hanya akan menggunakan senjata nuklearnya jika terdapat ancaman langsung terhadap kewujudan kita," katanya yang juga seorang ahli politik veteran dan ahli lantang parti pemerintah Liga Muslim Pakistan-Nawaz, yang secara tradisinya menyokong rundingan damai dengan India.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sebab-sebabnya kerana menganggap pencerobohan akan berlaku.
Kementerian Luar dan Pertahanan India enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Selepas serangan Kashmir, India berkata, dua suspek militan adalah warga Pakistan dan Perdana Menteri India, Narendra Modi berikrar untuk menghukum penyerang.
Islamabad menafikan sebarang peranan dan menggesa penyiasatan neutral.- REUTERS

Di mana saja kamu berada disitu sudah tidak aman, tidak selamat, semua tempat jejak kamu menuju kehancuran belaka kah kah kah pendek cerita dunia lebih baik tanpa kamu semua, di negara orang di negara sendiri sesama kamu sendiri pun tidak pernah menjadi baik maju kerana niat kamu tidak pernah suci, melaung meraung setiap masa tetapi hati pekerti sifat kamu tidak mulia langsung kah kah kah selamat kan dunia dari orang kamu ini terpaksa dilakukan amin
BalasPadamSebenarnya semua ini dipentaskan macam juga politik di negara dunia ketiga, apabila nak pilihanraya macam-macam drama dipentaskan, sketsa diubah agenda memperkasa rakyat negara jauh , pada hal rakyat sendiri kebuluran tiada pekerjaan, menjadi pengemis di negara maju, semua ini tidak asing lagi dalam dunia sekarang, takrif sampai lingkup konon nak menjadikan Amerika great kah kah kah, pakai bendera atas baju kononnya nak semai cintakan negara, hampeh belaka, bendera negara lain dikibarkan bendera negara sendiri dilupakan sampai koyak rabak terlalu daif pemikiran kita, masih menyakinkan diri kuasa Maha Berkuasa tetapi semua perbuatan orang jahat yang bertopengkan serban dan akidah kah kah kah, pemikiran masih tidak matang, seperti selalu TT katakan, penjual agama penjual senjata lebih kurang sama perangai, kalau tak jual tak ada masyuk kah kah kah
BalasPadam