PAGI INI
RABU 30 APRIL 2025
RAYA DAH ABIS KE?
ULANG TAHUN
Hari ini Trump sambut 100 hari jadi Presiden Amerika. Ada rapat umum di Michigan. Ini kota industri kereta. Trump amat bangga kerana membawa TARIFF.
Ribuan penyokong MAGA bersorak gumbira.
Tidak dapat di nafikan Trump telah berjaya. Trump telah BERJAYA MENGHURU HARAKAN EKONOMI KAPITALIS. Trump kacau seluruh dunia. Bila dunia kacau ada peluang untuk mendirikan dunia baru.
VIETNAM
Hari ulang tahun 50 tahun dulu Gerakan Pembebasan Vietnam di bawah pimpinan parti Komunis Vietnam berjaya menawan Saigon. Gerila Vietcong berjaya mengalahkan bala tentera yang terkuat dalam dunia – TENTERA AMERIKA.
Kota Saigon kini jadi Kota Ho Chi Minh.
STALINGRAD
Hari ini ulang tahun ke 80 kejayaan Rusia mengalahkan fasis Nazi. Dalam sejarah pertempuran perang THE BATTLE OF STALINGRAD – ada terulung. Pertempuran ini titik noktah untuk Hitler dan Nazi.
Nama lama kota ini ilah Volgograd – telah di ganti untuk menjadi STALINGRAD – dari nama Stalin pemimpin Rusia dalam Perang Dunia Ke Dua.
UKRAINE
Setiausaha Negara Amerika Marc Rubio beri kata dua pada Ukraine dan Rusia. Tamatkan perang sekarang. Jika tidak Amerika akan cuci tangan.
PPB NEW YORK
Setiausaha PBB Antonio Guterres menyeru India dan Pakistan untuk meredakan keadaan. Api perang makin memanas akibat pembunuhan 16 warga India di Kashmir oleh Gerila Pembebasan Kashmir. India tuduh ini kerja Pakistan.
CANADA
Parti Liberal menang – 3 kerusi kurang untuk dapat majoriti. Parti Konservatif kalah. Pemimpin Parti Konservatif hilang kerusi. Agenda kempen ialah sapa lebih berani lawan Trump.
YAMAN
Jet pengebom Amerika jatuh diatas kapal induk. Ini kerana cuba mengelak dari serangan roket Houthi.
PAKISTAN
Negara ini mendakwa India sedang merancang untuk menyerang. Apakah ini betul atau hanya AUTA KELING.
ISRAEL
Kebuluran kini menjadi senjata paling ampuh untuk membunuh semua anak watan Palestin.
TURKI
Presiden Erdorgan mendesak ketegangan antara Pakistan dan India di redakan segera.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk segar. Mata hari baru keluar. Sinar masih lemah. Langit biru muda KL & KL Sentral berjerebu.Hujan sana sini kemarin.
Di Pintu masuk jantan berkokok. Dalam Hokkien – wow – cukup ramai Warga Asal menyala hingga tak dengar suara yang lain. Ada tiga pasukan. Salah satu ada 7 ekor. Lepas Pesta Kubur makian banyak anjing dalam Hokkien. Ini kerana ada orang membuang anjing. Anjing ini pula kuat berancuk dan beranak pinak.
Gua yakin hari ini akan panas. Jika hujan malam jadi sejuk.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI RABU
Dapat udang di buat bekal
Untuk di makan rebus keladi
Teringat Madanon rakyat menyesal
Kerana memberi satu undi
Dapat udang perahu karam
Minta tolong dari Cik Ainon
Rakyat menyesal siang malam
Kerana di tipu oleh Madanon
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan