Khamis, 31 Julai 2025

GAJI TAK NAIK - HARGA AIR NAIK


Tarif baru air hampir semua negeri berkuat kuasa esok

Kadar baru tarif air bagi seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan semalam dan akan berkuat kuasa pada 1 Ogos.

Kecuali Perak dan Labuan, kadar tarif domestik meningkat di semua negeri.

Bagi pengguna dengan meter individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, caj bulanan minimum tidak berubah pada RM6.50. Begitu juga caj minimum di Johor untuk meter individu kekal pada RM10.50.

Kenaikan tertinggi dalam caj minimum ialah di Perlis (meningkat RM1.60 kepada RM8.80) dan Kelantan (RM1.20 menjadi RM8).

Sementara itu, pelanggan yang menjadi pengguna air tertinggi akan paling terjejas di Terengganu apabila tarif untuk penggunaan peringkat kedua dan ketiga masing-masing naik 86 sen dan RM1.17.

Kenaikan juga merentas kebanyakan negeri untuk pengguna bukan domestik. Di Perak, kenaikan hanya untuk industri perkapalan.

Pada Jan 2024 Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memberitahu bahawa kerajaan pusat menerima perhonan daripada semua negeri di Semenanjung Malaysia untuk menaikkan tarif air masing-masing.

Untuk rekod, walaupun tarif air terletak dalam bidang kuasa negeri, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 menyatakan, sebarang kenaikan yang ingin dilakukan mesti mendapat kelulusan Putrajaya.

SATU LAGI

PELURU UNTUK

HASUT RAKYAT

AMIN

KENAPA  HARGA

AIR NAIK

APAKAH KITA

KURANG AIR ?

JENG JENG JENG

HARGA AIR NAIK

GAJI TAK NAIK

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

  1. sebut pasal tarif... katanya trump nak datang sini... tak rancang buat demo ke ?

    BalasPadam
  2. Nak tanggung berapa ribu atau berapa juta manusia free loader? Ingat senang kah nak layan semua puak free loader yang ada, berapa negeri berapa ramai mantan bekas yang masih hidup anak cucu cicit kena tanggung woit? Selagi sistem tidak diubah dengan mengutamakan free loader ini selagi itulah rakyat terpaksa menanggung beban hutang, projek pembangunan rumah termiskin pun nak kampau juga EXCO kerajaan negeri, dibagi keluarga kuncu kroni-kroni sakan kah kah kah, dekat luaran saja berwibawa ilmu kuat tapi hancur nampak duit kah kah kah bukan pelik amin selagi orang kita kita aminkan doa

    BalasPadam